klik le

Friday, June 29, 2012

Tekanan? chill..


Tadi aku buka facebook. Salah seorang kawan aku bagitahu yang dia agak depressed. Dia minta pendapat. Aku tahu aku bukan orang terbaik yang dapat bagi nasihat. Aku pun selalu jugak depressed ni. Tapi aku nak share jugak cara-cara yang boleh diamalkan untuk kurangkan depressed ni.


sumber gambar : Mr google


Antara langkah yang boleh diambil untuk kurangkan tekanan :

1) Dekatkan diri kepada Allah s.w.t. Especially dengan mengamalkan segala yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Selalulah mengaji al- Quran. Kalau facebook boleh buka hari-hari kenapa al-Quran tak boleh dibuka hari hari kan?

2) Cari tempat yang sunyi untuk beribadat, bertafakur dan bermuhasabah diri. Fikir tenang- tenang.

3) Bergaul dengan orang yang positif dalam persekitaran yang positif. Sila jauhi orang yang berion negatif.

4) Banyakkan bersabar. Setiap manusia akan diuji sesuai dengan kemampuannya. Itu hakikat yang harus diterima dan kita seharusnya reda.

5) Sentiasa bersyukur. Sama ada diuji atau mendapat nikmat.

6) Bersihkan hati dan paling penting jangan ada perasaan dendam, hasad dengki, riak atau takbur.

7) Lapangkan dada. Ingat setiap yang berlaku adalah takdir Allah dan dengan izin-Nya. Pasti ada hikmah..

8) Teruskan berdoa dan bertawakkal..




Err last sekali pastikan tidur mencukupi..*_^..
Tidur itu penting!!!!



No comments: