Sebelum ni aku dah cerita pasal kampung aku yang dekat dengan Taman Negara, Pahang kan? Raya keempat baru-baru ni, aku, family serta saudara mara aku yang lain seramai sebelas orang berkesempatan pergi ke Taman Negara Pahang. Aku yang tak bawa langsung kasut terpaksa membeli kasut getah yang orang bawa pergi berkebun berharga RM7. Ayah aku lagi sempoi berkemeja lengan pendek dan berseluar slack. Serius, tak ada gaya orang masuk hutan. Mungkin sebab dah biasa jadi, beliau hanya relek sahaja dan tak excited. Sebelum tu, meh aku cerita apa tu taman negara dan apa yang ada dekat taman negara Pahang ni.
Alkisah..
Taman negara pahang merupakan sebuah hutan hujan yang tertua didunia dianggarkan berumur 130 juta tahun. Ekosistemnya juga yang paling rumit dan kaya didunia. Secara logiknya, banyak gila khazanah alam yang terdapat dekat taman negara ni. Taman negara juga pahang antara Taman Negara yang terbesar di Malaysia dengan keluasan 2447 km persegi.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan di Taman Negara ialah panjat gunung (gunung tahan), jungle trekking, night safari, river crossing, canopy walkaway, river crossing, jelajah jeram, memancing, mandi manda..dan banyak lagi. Bagi aktiviti memancing, kebiasaannya dijalankan di kawasan
Lata Berkoh dan Sungai Kenyam. Terdapat 300 spesies
ikan terutamanya dari keluarga kap seperti
ikan kelisa, ikan kelah, dan lain-lain lagi yang banyak terdapat di sungai-sungai di Taman Negara. Kalau nak tengok beruang, harimau, tenuk dan hidupan liar lain secara live pun boleh.
Jadi, tak hairan, jika Taman Negara Pahang merupakan destinasi pilihan pelancong dari dalam dan luar negara. Bagi yang cintakan alam dan sukakan aktiviti lasak, Taman Negara adalah destinasi yang tepat. Memandangkan banyak gila tempat yang menarik, sehari tak cukup untuk menghayati keindahan alam di Taman Negara. Tak perlu risau pasal penempatan sebab chalet dan resort memang banyak. Camp site pun turut disediakan.
Bagi aku serta family aku, kami cuma melawat dua tempat iaitu canopy walkaway dan lubuk simpon .Itu pun dah ambik masa lebih setengah hari. Meskipun kami pergi beramai, nasihat aku kalau nak ajak orang tua pastikan orang itu fit. Sebab dalam tu kena berjalan dan jarak dia agak jauh.
Memandangkan kami ikut jalan darat, tapi nak masuk taman negara masih perlu merentasi sungai Tahan. Tambang Rm1.00 seorang . Nak berenang pun boleh sebab jarak dia memang dekat. Cuma nasihat aku, air yang tenang jangan disangka tiada buaya..
|
Muka excited orang tak pernah masuk hutan..wakaka |
|
nak berenang pun boleh..pun boleh.. |
|
|
foreigner yang duk depan aku macam justin bieber. nasib I tak minat .. |
Sampai diseberang atau juga dikenali sebagai Mutiara taman negara, bayaran permit Rm 1.00 seorang harus dibayar. Bagi permit kamera pula Rm5.00 sebuah.
Aktiviti pertama kami hari tu ialah canopy walkaway. Ada dua option nak pergi ke sana sama ada naik bot yang mana tambang bagi sebuah bot Rm80 atau berjalan kaki, junggle trekking sejauh 1.7 km.
Canopy walkaway adalah salah satu destinasi wajib bagi pengunjung taman negara.Sangat berbaloi. Ok..kita sambung lagi nanti ye...
1 comment:
kalau nak jungle trekking untuk day trip tanpa guide boleh ke?
Post a Comment