A : Salam..testing
B : Salam..testing apa?
A : haha..weh aku nak tanya dengan mintak pendapat. Kalau ada orang sakitkan hati kita tahap gaban, apa yang patut kita buat?
B : Kita wat tak tau ja. Sebab sabar tu sebahagian dari iman. Jadi bersabar. jangan kita balas apa yang orang buat dekat kita. Sabar ja. Yang membezakan kita dengan orang lain..hang sabar..
A : Tapi macamana kalau hati susah nak maafkan orang tu?berdosa tak? Aku dah cuba nak maafkan tapi tak boleh.
B : Dosa tak dosa aku tak mau jawab. Tapi sebolehnya kalau kita buat salah dengan orang tu kita kena minta maaf. Sama ada dia maafkan atau tak tu terpulang. yang penting kita dah buat dah tanggungjawab kta dengan minta maaf. Jadi, kalau boleh hang maafkan..sedangkan Allah pun maafkan hambaNya...nikan pulak kita sebagai hambaNya. Takkan tak boleh maafkan sesama hamba?
A : Dah cuba tapi macam x ikhlas..sakit sangat hati aku ni gamaknya. aku rasa biarlah masa menentukan
B : Susah tau nak cakap pasal ni. Takpa.. hang buat ja yang terbaik. Soal ikhlas ni susah sikit. Allah ja yang tau. Kadang-kadang kita kata ikhlas tapi hati kata? mengungkit juga kadang-kadang. tu yang susah. Bila hang betoi-betoi boleh maafkan dia baru akan timbul keikhlasan tu
thanks sahabat, well said..
No comments:
Post a Comment