Hampir sebulan aku tak update..
Macam lama sangat dah aku rasa. Bulan puasa ni aku sememangnya sibuk. Sibuk yang sememangnya sibuk. Aku dah start mengarut. Ok cut the crap .. Bulan puasa ni aku tolong mak aku business kuih raya. Jadi tiap tiap hari aku mengadap kuih raya sampai satu tahap aku rasa muka aku dengan kuih raya dah tak banyak beza. Aku juga ambil part time jahit labuci dengan manik (padahal bukan banyak pun).Tapi.. tapi.. tahukah korang semua bahawa nak jahit labuci dan manik perlukan tahap kesabaran dan ketekunan yang tinggi.Sampai mak cik aku cakap.."eh future engineeer menjahit"?
Sebenarnya aku mula belajar jahitan manik dengan labuci ni untuk menambah lagi kemahiran yang aku ada. Instead teori yang aku belajar dekat uni dalam bidang yang aku ambil, aku rasa setiap orang perlukan kemahiran sekurang-kurangnya satu. Mak aku cakap, orang yang ada kemahiran campak dekat mana-mana pun boleh hidup.Tambahan lagi kalau perempuan sebab perempuan yang banyak kemahiran ni biasanya menjadi pilihan ramai lelaki. Sebab tu aku nak tambahkan lagi kemahiran yang aku ada. Sampai mak cik-mak cik yang jumpa aku mesti cakap "bagusnya anak mah tu dah la pandai masak.. pandai menjahit pulak tu..sesuai beno nak dibuat menantu". Ok aku tipu. Aku belum sampai ke tahap tu.
Bila cakap pasal lelaki dan kemahiran
pula, aku sangat teruja bila tengok lelaki memasak .Aku rasa lelaki
nampak hot bila memasak. Ok. Kita tolak chef wan.
Jamie oliver. Aku suka tengok dia masak. sempoi.. tup tup dah siap.
jamie oliver yaww..credits to google |
sherson lian. Aku tengok mamat ni dalam 5 rencah 5 rasa.
.
credits to google |
Apa yang aku nampak sesiapa yang ada kemahiran senang nak berjaya dalam hidup. Bagi aku tahap pelajaran seseorang belum tentu menjamin kesenangan hidup di kemudian hari.. Jadi, bagi yang dapat sambung study dekat top uni jangan nak ek sangat ye. Kadang-kadang kawan-kawan kita yang belajar dekat kolej komuniti tak pun dekat mana mana pusat kemahiran lagi berjaya dari kita. Bagi sesiapa yang tak dapat masuk uni, jangan risau. Kalau betul tak minat sangat belajar, cari lah kolej yang menawarkan kursus kemahiran yang korang minat. Tetapkan azam dan jangan putus asa.
Banyak orang berjaya dekat dunia ni tak masuk kolej dan berhenti belajar tapi masih berjaya contohnya microsoft founder " bill gates". Kat Malaysia ni pun ramai yang tak belajar tinggi tapi boleh berjaya. Aku tak bermaksud pendidikan tu tak penting, tapi aku nak cakap yang pendidikan tu tak menjamin kejayaan seseorang. Mentaliti masyarakat kita sekarang ni kalau seseorang tu belajar kolej ke, politeknik ke, giat mara ke mula la pandang serong. 'low class' kononnya. Yang belajar uni juga yang dipandang tinggi walhal kursus yang diambil tu biasa dan tak berat pun tapi sebab dekat kad matrik tertera belajar unibersiti sekian sekian..perasaan bangga tu wujud. Lepas tu mula pandang rendah orang lain yang tak berjaya menjejakan kaki ke menara gading. Pointer pun cukup-cukup makan tapi bangganya kemain macam dapat dean list setiap sem.
Pergh panjang gila aku bebel.
Aku rasa ni antara entry terpanjang yang pernah aku tulis..aku sendiri pun tak larat nak baca..
No comments:
Post a Comment