Salah seorang pembaca setia aku mencadangkan aku untuk buat satu entry pasal gambar kat bawah ni. Dia ni memang selalu baca blog aku walaupun banyak benda merapu yang aku tulis. Dia dah mula baca blog aku sebelum aku buat blog dekat blogger.com ni. Dia juga merupakan salah satu sebab kenapa aku tulis blog sampai hari ni. Sentiasa support aku walaupun aku tahu blog aku ni banyak benda merapu.
Ok my dear viewer..
Normal bagi seseorang untuk mempunyai sifat saling sayang menyayangi. Cinta sesama insan bukan kita yang boleh kawal. Perasaan itu sendiri hadir tanpa diundang. Pada pendapat aku sendiri, cinta itu lebih indah kalau tak diungkap. Lebih manis jika disimpan pada yang berhak. Memang betul bagi pasangan yang belum berkahwin, jarak yang jauh mampu menguji kesabaran jarak yang dekat pula ujian iman menanti. Berhenti berharap pada yang tak pasti. Jangan terlalu yakin orang yang bersama kita sekarang ni bakal menjadi teman hidup kita.Kalau betul dia ditakdirkan untuk kita, takkan lari gunung dikejar. Aku sendiri pernah berharap dan harapan itu sendiri memakan diri. Bagi perempuan, cari lelaki yang betul-betul boleh membimbing kita. Cinta sahaja bagi aku tidak mencukupi. Perkahwinan itu bukan sehari dua. Teringat aku kata-kata seorang kawan " kau ingat cinta tu boleh beli roti gardenia dekat kedai"?.Kelakar.. tapi mempunyai maksud tersirat yang mendalam.
Kahwin untuk sekadar memenuhi tuntutan nafsu kebiasaannya tidak kekal. Bagi aku sendiri, aku akan tunggu. Menanti pada yang berhak.Cinta akan jadi berharga bila diberikan harga terhadapnya. Nilainya akan bertambah tinggi bila harganya ditinggikan. Tidak perlu ingat memori luka dalam hidup kita. Setiap kelukaan akan lebih parah jika kita menghirisnya sendiri. Carilah kesembuhan. Anggap setiap yang ada pada kita dan semua yang tak terjangkau oleh kita tidak semestinya hak kita tetapi kita perlu redha dan tabah dengan apa sahaja ketentuanNya.
No comments:
Post a Comment