Hari ni aku nak perkenalkan kucing aku yang bernama yaya..
Kenapa yaya?
sebab dia betina..takkan aku nak bagi nama john pulak ye dak?
Aku bertemu yaya secara rasmi masa cuti sem baru-baru ni.
Semasa aku duduk belakang rumah aku sambil usha buah mangga kat pokok, tiba-tiba ada kucing hitam yang keding melintas.
Dia tengok aku, lepas tu aku tengok dia balik. Dia buat muka kesian.
Aku memang tak boleh tengok kucing yang buat muka comel dan kesian. Lepastu aku suruh adik aku beli frieskies. Bagi dia makan. Habis licin dia makan. Lapar sangat gamaknya.
Bermula hari tu, yaya selalu datang belakang rumah aku. Secara tak rasmi juga yaya jadi kucing aku.
Yaya anak beranak hanya boleh duduk luar rumah je. Ayah aku dah warning dah. Dia memang tak suka kucing masuk rumah. Adik aku yang perempuan pulak takut kucing. Kucing tu jauh pun nak menjerit. Parak..parak..
Tapi tak apa. Yaya tak kisah duduk luar rumah. Senang dia nak flirt dengan kucing jantan lain. Hasil hubungan yaya dengan kucing jantan, beliau telah buntingkan 3 ekor anak yang memang tak ada rupa yaya langsung. Mesti ikut muka bapak dia. Meh tengok gambar yaya and her family..cekidaut..
meet yaya.. |
yaya eating smart heart suggested by izzah..wala.. |
yaya kekenyangan |
yaya tak larat bangun.. |
anak yaya |
auuu chakk!! |
ini baru betul malu-malu kucing |
still malu.. |
meow kat belakang tu getting annoyed..hahaha |
what the...?said meow.. |
1 comment:
RIP yaya
Post a Comment