klik le

Friday, April 12, 2013

Kak Mimo berjimba di Taiping pulak..

Assalamualaikum..

Kebelakangan ni aku cepat emo. Cis! ni mesti PMS. Aku juga berubah menjadi seorang pemalas, mungkin sebelum ni aku memang pemalas tapi kali ni lagi malas, dapat bayangkan?

Aku malas nak mandi *ewww, malas nak buat assignment, malas study, malas update belog dan macam-macam malas lagi. Tapi, ada dua benda yang aku takkan malas bahkan rajin dan terlebih, tak lain tak bukan aktiviti makan dan berhibernasi, wakakaka.. Eh?

Selain tu aku pun perasan yang belog aku ni makin lama tak ada hala tuju adakah ini tanda-tanda penuaan?
 I really need to fix this..

Panjang gila mukadimah, ok berbalik kepada tajuk entry, bulan lepas aku dengan kawan-kawan aku berjimba di Taiping, kitaorang panjat bukit larut. Ni kali pertama aku pergi bukit larut. Bukit Larut ni selalu di mentioned oleh cikgu geografi masa tingkatan 3 sebab tempat ni merupakan kawasan yang mempunyai jumlah hujan yang tinggi di Malaysia. Dengan fakta ni jelas menunjukkan aku agak fokus dalam kelas geografi kahkahkah*fokus la sangat..blerghh

Meh aku google sikit, bukit larut atau maxwell hill terletak di negeri Perak. Siapa cakap bukit larut kat pahang ke, kl ke  sila ambil semula paper geografi masa form 3.




Fakta.

Bukit Larut ni tinggi 1250 m dari aras laut (4100 kaki) suprisingly lagi tinggi dari Gunung Jerai tapi kenapa gunung jerai ialah gunung dan bukan bukit jerai?. Masih curious.
Perjalanan ke puncak dari kaki bukit ialah 13 kilometer means 26 kilometer pergi dan balik tetapi ada option lain. Boleh naik jip untuk ke puncak tapi seriously tak mencabar dan tak rasa kepuasan dia.
Aku dengan kawan-kawan aku yang lain seramai 6 orang decide untuk hiking tapi yang berjaya sampai ke puncak 2 orang, aku dengan budak bawah ni.



5 orang yang lain kecundang di tengah jalan. Walaupun ada yang tak sampai puncak, view perjalanan nak sampai puncak tu pun cantik sebab ada air terjun dan environment dia sangat sangat nyaman very da refreshing uolss.

Meh cekidaut gambar-gambar kat bukit larut.

ni masa checkpoint ke 50 something tak silap

panjat..panjat

nyaman 



ini ialah pokok

the best part bila kabus lalu dekat muka- fatin
view dekat kafe

playground



Apa yang aku suka pasal bukit larut ni view dia sangat ohsem sebab hutan dia tak terusik dan boleh tengok macam macam spesies flora dan fauna . Paling best mestila dekat puncak sebab environment dia sangat sangat refreshing even tengahari sejuk dia memang best macam kat cameron. Tapi ada jugak yang tak best, contohnya dari segi facilities la  contohnya tandas dan surau susah nak cari dan yang ada condition tak berapa bagus . Aku rasa bukit larut ni ada tarikan tersendiri tapi banyak benda yang perlu diperbaiki.

rasa tidak seperti rupa

Ada a few tips dari aku, kalau nak pergi sila bawa bekal sebab kafe dekat puncak harga mahal giler dan seriously tak sedap. Makanan tu boleh habis kalau korang memang lapar giler giler. Sebab bila kita lapar giler giler, makan apa pun rasa sedap. Faham?

Oh sila bawa baju hujan sekali sebab tempat ni hampir setiap hari hujan kalau tak korang akan menerima nasib seperti aku dan kawan aku. Masa nak turun hujan lebat gila, dan tak ada option lain selain teruskan perjalanan tapi yang tak bestnya ada a few guys yang naik jip, gelakkan kitaorang lepas tu siap ambik gambar. Seriously memang aku bengang. Dahla  lelaki, naik jip lepastu boleh gelakkan orang perempuan yang kena hujan. Demmit. Patutlah kualiti lelaki kat Malaysia makin berkurang.

Secara keseluruhannya bukit larut memang best tapi seriously sangat penat. The next day, kami 7 orang jalan kengkang, urat sendi semua sakit dah macam orang tua, mungkin badan pun terkejut tiba tiba kena paksa buat aktiviti  Aku pulak end up dengan beli panaflax tapi tak berkesan lepas tu nak buat semua benda jadi sakit yang paling teruk nak beron pon sakit ish ish. 

Lagi satu, siapa yang berhasrat nak hiking, sila pergi awal sebab 13 km nak sampai puncak memang tak lah sejam dua tu belum lagi berenti ambik gambar. ok?

Till then..

2 comments:

cik zira said...

abis rr lemak awk panjat bukit

mimo said...

hai cik zira! i miss u so much much much much..hahahhaha