Assalamualaikum.
Baru baru ni aku ada baca satu artikel tentang 7 perkara yang perlu dielakkan selepas makan. Antara tujuh tujuh tu, sebahagian daripadanya aku selalu buat..oppssss..
sumber : google |
Merokok
Merokok lepas makan ni biasanya orang selalu buat lepas buka puasa. Err..tapi kalau tak puasa pun aku selalu tengok orang buat. Sila elakkan kerana kajian dari pakar menunjukkan bahawa sebatang rokok yang kita hisap selepas makan bersamaan dengan sepuluh batang rokok. Which means, chances untuk dapat kanser tu lebih tinggi.. Tak takut? sila terjun dari bangunan 10 tingkat..
Makan buah.
Makan buah-buahan memang bagus untuk kesihatan Tapi timing harus kena. Seeloknya makan buah setengah jam sebelum atau setengah jam selepas makan. Makan buah secara tiba-tiba selepas makan, akan buatkan perut kita kembung. Sama juga dengan air. Elakkan makan berselang seli dengan air dan kalau boleh setengah jam sebelum atau setengah jam selepas makan. Tak nak buat? jangan harap nak dapat perut yang kempis. Boroilah anda selama-lamanya. Oh ada orang kata tak nak perut buncit jangan minum ais. aku ingat mitos..tapi guess what..it really works on me...kahkahkah..
Minum teh
Tahukah anda, minum teh sejurus makan boleh menganggu sistem pencernaan anda. Patut la kalau minum air teh lepas makan susah nak 'uk uk'. Ni semua disebabkan kandungan asid yang tinggi pada daun teh buatkan makanan yang kita ambil susah untuk dihadam.
Longgarkan tali pinggang.
Mandi
Dah jadi kebiasaan, lepas makan je longgarkan tali pinggang. Tanda perut penuh dan tanda kekenyangan. Oh juga tanda kebahagiaan sebab perut naik secara mendadak. Tapi sebenarnya amalan ni perlu dielak sebab tak elok untuk usus. Kalau nak longgarkan, longgarkan siap-siap sebelum makan.
Mandi
Mandi selepas makan. Oh ni memang habit aku. Orang tua- tua selalu pesan jangan mandi lepas makan nanti gemuk dengan perut buncit. Kajian pula menunjukkan ketika mandi, pengaliran darah akan lebih tertumpu kepada kaki dan tangan kita. Jadi, bila kita mandi dalam keadaan perut tengah penuh, darah dibahagian perut akan berkurangan. Kekurangan darah semasa proses penghadaman akan mendatangkan masalah kepada perut kita.
Bersenam atau aktivit fizikal.
Mungkin sebelum ni kita pernah dengar berjalan selepas makan mampu memanjangkan jangka hayat. Tapi sebenarnya , aktiviti fizikal yang
dilakukan selepas selesai makan boleh mengganggu sistem penghadaman
apabila zat-zat makanan akan lambat diserap oleh tubuh. Kita perlu ambil masa
sekurang-kurangnya satu setengah jam untuk berehat sebelum bersenanm atau melakukan aktiviti fizikal yang lain.
Tidur
Tidur sejurus makan memang best. Yang tu aku tak deny. Biasala lepas makan mesti mata berat, tup tup dah tidur.Walaupun diri sendiri sedar yang benda ni tak elok tapi tu jugak yang selalu buat. Tidur selepas makan akan menyebabkan masalah usus disebabkan makanan tak dapat dihadam dengan sempurna. oh ye dari kajian aku sendiri eh dari pemerhatian aku sendiri, tidur lepas makan perut buncit dan boleh tambahkan berat badan. Jadi kalau tak nak perut boroi sila elakkan . Tak nak elak? masih nak amalkan? Jangan bermimpi untuk dapat perut yang flat..kahkahkah..
Ok. tu je nak update..
k bai
2 comments:
terbaik lah artikel nie..time kasih ats kongsian ilmu..saye nk share bole kn..? ;-)
boleh..silakan..
Post a Comment