Assalamualaikum..
Keputusan SPM 2013 baru diumumkan dan tahniah kepada mereka yang mendapat keputusan cemerlang. Dan untuk yang kurang cemerlang, jangan risau peluang banyak lagi sebenarnya. Percayalah.
Entry ni kak Mimo buat khas untuk orang yang dapat result yang kurang cemerlang sebab kak mimo tau yang ekselon dalam SPM tu banyak pilihan. Kak mimo cuma nak nasihat berdasarkan pengalaman orang-orang yang bagi kak mimo, sangat hebat dan sangat bermotivasi.
Buat adik adik sekalian, kak Mimo nak nasihatkan buat keputusan dengan bijak. Tanya diri sendiri nak jadi apa, mampu atau tidak, suka atau tidak dan kaji betul betul pilihan yang di buat tu. Jangan sekali kali ikut orang. Pesen budak sekarang, kawan ambik course tu dia pun nak ambik. Last-last kawan performed dan dia hancus. Yang penting dapatkan nasihat dari orang-orang sekeliling yang tahu pasal course yang nak diambil tu. Jangan main isi je borang UPU lepas dah satu sem ambik boleh pulak cakap" aku salah amik course la". Tanya pendapat cikgu tentang potensi diri. Buat banyak research tentang course yang akan dipilih. Sila jangan malas ye adik-adik.
Nak sambung universiti tapi result tak ok?
Jangan risau adik-adik banyak lagi peluang nak sambung belajar. Kolej kolej kerajaan dan politeknik berlonggok. Jangan pandang rendah dekat orang yang berkelulusan kolej komuniti dan politeknik. Peluang nak sambung universiti dari kolej kerajaan contohnya politek mara dengan politeknik lebih cerah berbanding kolej swasta.
Salah seorang proffesor kak Mimo belajar dari Sijil politeknik, lepastu sambung Diploma, lepas tu degree, lepastu master lepas tu phd. sekarang ada title professional engineer dan professor.
Hebat?cuba bilang berapa kali dia konvo?
Coursemate kak Mimo pun ada sorang yang start dari sijil politeknik kemudian pursue diploma kat poli gak pastu masuk USM siap dapat offer kerja from top company sebelum graduate.
Banyak lagi kisah kisah mereka yang tak performed dalam SPM tapi hidup berjaya jugak. Kalau tak minat study, apa kata ambik kemahiran. Kalau perempuan tu yang minat menjahit tu, belajar la menjahit. Mana tahu rezeki lebih ke arah tu. Banyak dah yang berjaya bila ada kemahiran ni, kawan kak mimo pun ramai yang dah ada business sendiri even tak futher study.
Nasihat untuk adik-adik, kalau nak ambik kemahiran ambik la dekat giat mara atau kolej komuniti sebab yuran tak payah bayar siap dapat elaun lagi.
Pandang ke depan dan ingat SPM ni bukan penentu masa depan. Ramai jugak yang straight A masa SPM tapi tak performed dekat uni dan dalam life. Yang penting kan adik-adik, jaga hubungan dengan Allah dan orang sekeliling terutamanya mak dan ayah.
Pesanan ikhlas dari kak Mimo
Oh lupa bagi yang result tak ok lepastu malas sambung belajar, jangan risau pastikan diri anda cantik dan sila buru lelaki kaya yang ada ferrari (sarcasm)...kahkahkakahkah..
Till then,
No comments:
Post a Comment