Assalamualaikum.
Sekarang ni kecoh dekat Malaysia isu handphone yang boleh di bawa oleh pelajar ke sekolah pada tahun hadapan.
Mula-mula sekali aku nak bagitau setiap yang aku tulis adalah pendapat aku sendiri dan aku bukan prokerajaan mahupun propembangkang.
Sebenarnya sejak zaman aku sekolah handphone ni dah mula dibawa pelajar dan apa yang aku lihat banyak negatif dari positifnya. kenapa?
sumber gambar : Mr google |
1. Pelajar akan lalai dan leka.
Kita semua tahu handphone sekarang bukan macam dulu yang fungsinya terhad kepada penghantaran sms dan panggilan telefon . Handphone sekarang banyak aplikasi canggih di mana pengguna boleh surf internet, ambil gambar, main games dan macam-macam lagi. Jadi secara tak langsung sistem pembelajaran tu akan terganggu sebab pelajar lebih fokus terhadap handphone masing-masing berbanding apa yang cikgu ajar didepan kelas.
"Pehal pulak..takdenye isu tak fokus..cikgu yang akan pegang phone kat sekolah"
Der..der.. Aku tak rasa budak-budak akan bagi cikgu pegang phone diorang dan aku sendiri pernah jadi budak sekolah. Budak -budak ni pandai. Diorang tahu cara untuk snek out phone. Jadi keberangkalian untuk handphone tu di bawa masuk ke dalam sesi pembelajaran adalah besar. Mungkin peratus pelajar yang tidur dalam kelas berkurang tapi kalau peratus pelajar yang tak fokus dalam kelas berkurang bagi aku tu lebih teruk. Kalau sebelum ni sebelah tangan duk bawah meja bermesej, lepas phone dibenarkan disekolah tak mustahil kedua dua tangan sibuk bermesej.
2. Kemungkinan bertambahnya kes kecurian.
Sebelum handphone dilarang pun kes kecurian handphone dah ada. Jadi cuba bayangkan kalau lagi ramai student bawak handphone yang canggih ke sekolah, tak mustahil kes kecurian bertambah. Pasa masa tu tak lain tak bukan pihak sekolah yang akan dipersalahkan. Beban guru dan sekolah akan semakin bertambah sebab nak pastikan pelajar tak hilang fokus disamping mengawasi kecurian dari berlaku.
3. Pelajar akan lebih demand.
Aku tak rasa budak-budak sekarang nak pakai handphone cikai yang skrin hitam putih. Ibu bapalah yang jadi mangsa nak penuhi kehendak anak-anak. Pelajar ni kebiasaannya akan demand handphone yang canggih sebab nak show off dekat kawan-kawan. Tambahan lagi, ibu bapa kena tambah elaun atau duit belanja anak masing-masing sebab nak beli prepaid.
sumber : Mr google |
4. Alasan kecemasan yang kurang releven
Salah satu alasan supaya handphone dibenarkan dibawa kesekolah ialah senang untuk ibu bapa dihubungi jika sebarang kecemasan berlaku pada anak masing-masing. Bagi aku alasan ni tak konkrit sebab setiap sekolah dibekalkan kemudahan telefon. kalau sesuatu berlaku terhadap pelajar-palajar ini, cikgu pasti akan menghubungi keluarga masing-masing. Lagi satu bagi aku kalau student tu sakit ke, pengsan ke, sawan ke takdenya dia nak contact parents dia. Alih-alih cikgu jugak yang kena hubungi ibu bapa masing-masing.
"masa aku sekolah dulu bersepah budak-budak bawak handphone..takde pon masalah"
Masa aku sekolah dulupun bersepah budak bawak handphone ke sekolah tapi bukan atas kebenaran pihak sekolah. Mungkin ada cikgu yang sporting yang benarkan student bawa handphone ke sekolah, yang tu aku tak nafikan. Tapi pada masa tu, kalau terdapat sebarang kecurian, pihak sekolah tak bertanggungjawab. Selain tu pelajar juga tak berani untuk bermesej atau menggunakan handphone secara terbuka ketika guru mengajar. Dan tambahan lagi handphone zaman sekarang semakin canggih. Aku tak expect pelajar boleh fokus benda yang cikgu ajar kalau dekat hujung jari diorang ada sesuatu yang lebih menarik.
"ko jeles ni sebab masa ko sekolah tak boleh bawak handphone"
Bagi aku tak ada istilah jeles.Aku pun bukan spesies yang obses dengan handphone. Cuma bagi aku setiap keputusan yang hendak dibuat perlu diperhalusi dari semua aspek. kesatuan Perkhidmatan Perguruan kebangsaan Malaysia (NUTP) sendiri menyifatkan keputusan kementerian pelajaran membenarkan pelajar membawa handphone ke sekolah adalah sesuatu yang yang kurang wajar dimana boleh mendatangkan banyak masalah. Jangan lepas ni jadi macam isu PPSMI sudah.
No comments:
Post a Comment