Aku sendiri tak paham. Banyak banyak orang dalam dunia ni kenapa ibu bapa juga yang nak dibuat musuh?
Pendapat aku budak-budak sekarang memang manja sangat atau mungkin generasi lembik? Tak boleh nak tegur langsung. Kalau aku buka facebook, memang tak sah kalau tak ada status yang kompelin atau kutuk mak bapak sendiri. Kalaupun nak sangat bergaduh, carilah orang lain selain ibu dan ayah.
Walau terlalu menyampah, jangan lepaskan pada mereka. Sejahat mana pun mereka, mereka tetap ibu dan bapa kita. Carilah orang lain untuk dibenci. Ibu bapa bukan tempat untuk membenci. Jangan pilih ibu bapa untuk bergaduh. Kalau betul nak cari musuh, cari orang yang betul-betul boleh dibuat musuh. Ibu bapa haram dimusuhi malah sepatutnya disayangi.
sumber gambar : mr google.. |
Orang yang selalu membelakangkan ibu bapa sukar untuk dapat kebahagian didunia apatah lagi diakhirat. Percayalah tak kemana hidup tanpa restu dari ibu bapa. Tak percaya? ha try la buat baru tahu langit tinggi ke rendah.
" Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada ibu bapanya, ibunya yang telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah(dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dua tahun(dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaku dan kedua ibubapamu serta Aku jua tempat kembali'. Surah Luqman: ayat 14
Sementara ibu bapa masih ada, berbuat baiklah dengan keduanya dan berbakti selagi boleh. Kita berikan mereka kasih, kita juga akan dikasihi. Kita berikan mereka sayang.Pasti kita juga akan disayangi. Kita berikan mereka cinta, kita juga akan dicintai bukan sahaja oleh mereka bahkan juga Allah s.w.t. Ibu bapa juga manusia. Tidak lari dari membuat kesilapan. Mereka pun tak selalunya betul tetapi dah jadi tanggungjawab kita untuk mentaati kedua duanya. Peringatan untuk diri sendiri juga. no offense.
No comments:
Post a Comment