Assalamualaikum..
Maaf.
Aku agak sibuk kebelakangan ni..Emosi. Rohani. fizikal. Semua nak kena settle down.
Kebelakangan ni, dekat media sosial facebook terutamanya banyak dipaparkan kisah penderaan haiwan.
Bagi aku manusia yang mendera haiwan ni ialah manusia yang tak ada akal.
seriously aku tak tahu atas sebab apa manusia ni sanggup buat macam tu.
kalau ada kucing lalu, mintak makanan dan kau kedekut sangat nak bagi, ignore dah cukup tak perlu sepak terajang bagai.
kalau ada kucing curi makanan, biarkan.. tu rezeki dia tak perlu nak pukul kerat kaki dan sebagainya.
Fikirlah..kita manusia berakal jangan samakan diri sendiri dengan haiwan. Orang yang sanggup buat macam tu kadang-kadang aku rasa level dia lebih rendah dari haiwan
Aku juga pernah baca satu komen sangat bodoh dekat facebook. Gambar anjing didera dipaparkan dan salah seorang telah memberi komen.
.
"nasib baik anjing, bukan kucing"
Mungkin dia rasa anjing selayaknya diperlakukan begitu tanpa memikirkan semua haiwan tu makhluk Tuhan.
Oh aku juga pernah jumpa spesies manusia yang claim diri dia pencinta haiwan tapi setiap kali jumpa kucing kurap tepi jalan rasa "jijik" lari..dan cakap "euuu kotornya kucing ni". Kalau setakat suka kucing comel yang bersih tak perlu claim diri sendiri sebagai pencinta haiwan. Seriously kau buat aku muntah hijau.
Lagi satu kepada yang rasa diri dia pencinta haiwan, dan nak adopt kucing tak perlu habis beribu ringgi untuk dapatkan baka yang hidung kemek, kucing tepi jalan kalau dibersihkan, dijaga dengan elok pasti comel.
Aku rasa perlu ditubuhkan satu page baru untuk "pencinta haiwan comel"
tak pun pencinta kucing comel je" .
No comments:
Post a Comment