klik le

Friday, March 29, 2013

Movie paku..

Assalamualaikum..

Tak lama lagi akan ditayangkan movie yang berjudul paku lakonan Johan As'ari, Aisyah Illias, Diana Johor, dan Azad. Ok aku terus terang, aku memang tak suka tengok cerita hantu  dan lagi prefer tengok cerita thriller yang kerat-kerat orang. Sebab? bila aku tengok cerita hantu aku akan mengambil masa bertahun untuk padam memori hantu tu dalam ingatan aku. Ni semua sebab cerita hantu Indonesia tajuk dia tak silap aku Malam Satu Suro yang ada sundalbolong. Demmit tetiba bulu roma aku meremang. Aku tengok cerita tu masa darjah satu, lepas tu sampai termimpi-mimpi dah tu pulak ambil masa bertahun nak hilangkan si sundalbolong tu dalam ingatan aku. See the point? Lepas ni jangan gedik-gedik ajak aku tengok cerita hantu..huh!

Ok berbalik pasal movie paku ni, aku tak tengok pun lagi cuma baru tengok trailer tu pun kawan aku yang suggest masa tu dalam lab komputer. Tengah syok-syok tengok tiba-tiba kena tegur dengan Dr Asyraf.

" ha tengok youtube, tengok apa tu?"

Agak terperanjat disitu lepas tu jawapan spontan " cerita hantu dr" sambil tangan masih tak dialihkan dari mata. Arghh aku memang tak boleh get along dengan benda mistik ni. 

Alkisahnya Paku ni mengisahkan si Johan As'ari yang kematian isteri dalam satu incident yang menyayat hati. Sebab sayangkan isteri dia, dia sanggup nak hidupkan balik isteri dia. Method yang dia guna tak lain tak bukan ialah cucuk paku. So dia dengan kawan-kawan dia sanggup korek balik kubur bini dia. Lepas dah cucuk paku tu hidupla balik bini dia (kena faham maksud hidup ni..) . Tapi ada a few things yang si Johan ni kena buat antaranya tak boleh ada ayat al- Quran tergantung dalam rumah, tak boleh laungkan azan dan ect.
Lepas tu banyak konflik, suspen dan sebagainya dan nak tahu lebih pergi tengok sendiri kat pawagam. Tapi setakat ni lepas tengok trailer ramai kawan aku cakap best. Tapi tak tahulah kualiti dia macam mana. Kadang-kadang cerita hantu banyak benda mengarut, tapi benda tu yang best wakakaka.

kat bawah ni trailer dia..


katanya berdasarkan cerita benar, ntah ye ntah tidak. kalau nak tahu, pergi kompemkan dengan director dia ye..hihihi.

Selamat menonton

1 comment:

Lynn Kucing said...

Bila filem ini akan ditayangkan di pawagam?