klik le

Tuesday, January 31, 2012

cantik vs tak cantik..



Sekarang ni semua orang nak nampak cantik sebab pada zaman sekarang ni cantik dianggap penting. Dalam nak cari pasangan pun,rupa akan dititik beratkan sehinggakan sifat dan peribadi seseorang tu ntah jadi no berapa agaknya.

Sebab tu sekarang ni orang semua berlumba-lumba nak lawakan diri..
Beli makeup..produk pencerah dan ntah apa apa lagi. Semata mata nak nampak cantik dimata orang lain.

Kekadang tu kerana tak cantik seseorang tu akan rasa rendah diri dan tak berkeyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai apatah lagi nak mencari pasangan.
Maaf,sekarang ni aku rasa banyak wanita palsu..
dengan kanta mata big eyes,foundation bagai, bulu mata pelsu (aku lebih suka panggil bulu mata rozita che wan)..ect

Bukan maksud aku tak boleh nak berhias cuma berpada.
kalau sampai berinci mekap dan kawan kau sendiri tak kenal, tu memang melampau..
makeup tu bukan untuk mengubah wajah cuma nak menaikan seri wajah. Yang jadi mangsa lelaki la. Kahwin sebab rupa bila dah kahwin,bini dah cuci semua makeup, muncullah wajah sebenar. Sampai ada kes si suami mintak cerai sebab rasa tertipu dengan kecantikan bini dia selama ni. Tu la sapa suruh tengok rupa sangat.
Tapi make up memang boleh jadikan seseorang tu cantik. Hidung kemek boleh mancung. Kulit gelap jadi cerah. Mata sepet boleh jadi besar. Jangan sampai kena tipu sudah.





from nobody to somebody
sumber gambar : google

Sebenarnyer semua orang cantik tanpa diorang sedari ataupun tak.
Cuma manusia yang membuat menilai kecantikan tu dengan perspektif berbeza.

NAFSU mengatakan perempuan itu cantik kerana rupa parasnya.

AKAL mengatakan perempuan itu cantik kerana ilmu dan kepintarannya.

Tetapi HATI meengatakan perempuan itu cantik kerana akhlak dan peribadinya..

Malang sekali sebab manusia banyak menilai seseorang itu cantik berlandaskan nafsu semata..

Tetapi bagi aku lah..inner beauty ataupon kecantikan dalaman dalam diri seseorang itu lebih penting. Yer lah, kalo harap muka cantik tapi perangai hampeh,tak boleh gak.
Jadi, kecantikan dalaman tu kena lah jaga.Baru boleh nampak cantik. Akhlak dan peribadi tu antara perkara penting yang perlu jaga. Bila dalaman cantik, luaran pun akan ikut cantik. Tak payah la membizikan badan pergi beli produk pencerah. Orang putih pun nak gelapkan kulit diorang tahu tak?
Tapi,kalo dah muka tak cantik perangai pun huduh,tak tau le nak cakap apa lagi..

Kesimpulannya..setiap makluk ciptaan Allah itu cantik dengan caranya sendiri..
You’re beautiful as what you’re. Setiap manusia tu mempunyai kelebihan yang tak mungkin ada pada orang lain. Kan lebih baik cari kelebihan sendiri dari tengok kekurangan.

Jadi..hargai lah diri sendiri. dan serlahkan kecantikan dalaman anda.. Yakin yang anda sebenarnya memang cantik.


jawapan..

KENAPA AKU DIUJI?
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan "Kami telah beriman" sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dans esungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya (Surah Al-Baqarah ayat 286)
KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui (Surah Al-Baqarah ayat 216)
RASA FRUST?
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman (Surah Al-Imran ayat 139)
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
Wahai orang-orang yang beriman!Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, dimedan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan)serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan) (Surah Al-Imran ayat 200)
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalansabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk (Surah Al-Baqarah ayat 45)
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
Sesungguhnya Allah telah membeli drpd org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka (Surah At-Taubah ayat 111)
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal (Surah At-Taubah ayat 129)
AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!
Dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah.