Assalamualaikum..
Untuk pengetahuan uolss semua iolss merupakan pelajar kejuruteraan awam atau dalam bahasa omputihnya civil engineering.
To be exact, ramai yang tak tahu apa tu kejuruteraan awam. paling koman pun akan jawab
"oo..yang buat bangunan tu ek?"
The worst part ada yang kaitkan kejuruteraan awam tu dengan tandas awam, telefon awam dan semua yang awam awam ni. Er masa sekolah dulu pun aku ingat macam tu jugak.
Ok sebelum tu meh aku cerita definisi kejuruteraan awam.
kejuruteraan awam ni sebenarnya satu bidang kejuruteraan yang merangkumi semua aspek rekabentuk, pembinaan, penyelenggaraan dan dalam masa yang sama kena fikir aspek kesan terhadap alam sekitar.
Bawah ni bidang-bidang kejuruteraan awam. Awam ni banyak cabang dia.
kredit kepada en google |
1) kejuruteraan struktur
Ha ni yang buat bangunan-bangunan yang korang selalu nampak tu. Arkitek yang design rupa bangunan tu tapi Civil engineer yang akan pastikan bangunan tu selamat atau tak, mampu tampung beban atau tak. Civil engineer ni bertanggungjawab dalam merekabentuk struktur bangunan tersebut. Selain bangunan strukur seperti jambatan, empangan, lapangan terbang, port-port juga dibawah tanggungjawab kejuruteraan awam.
2) kejuruteraan geoteknik
Geoteknik ni uolss pun tau kan melibatkan tanah. civil engineer ni akan pastikan kekuatan tanah bagi sesuatu tempat atau projek . Contoh yang paling senang, time korang lalu highway tu mesti perasan banyak slope atau dalam bahasa melayu dia cerun. Mostly cerun tu semua dah diprotect. Kadang-kadang korang akan nampak ada konkrit, kadang-kadang korang akan nampak rumput je. Walaupun nampak rumput atau konkrt je tapi beyond that ada reinforcement la, dan macam macam lagi bentuk protection yang dibuat untuk pastikan cerun tersebut stabil. Aplikasi yang lain contohnya nak pastikan kekuatan tanah sebelum sesuatu struktur atau bangunan didirikan.etc
3)kejuruteraan lebuh raya dan pengangkutan
Rekabentuk jalan raya dan sistem pengangkutan termasuk dalam skop kerja jurutera awam jugak. Kena pikir macam mana nak design jalan untuk kurangkan kesesakan dan dalam masa yang sama kena pikir aspek rekabentuk jalan tu sendiri. ok jalan yang kita duk guna sekarang ni walaupun nampak atas dia tar, tapi bawah dia ada layer yang lain. Uolss jangan la marah kalau orang tengah construct jalan lambat tu buat kerja lambat. Banyak proses nak kena buat.. kesian deyolss semua taw.
sila kredit ke en google untuk gambar di atas |
4)kejuruteraan hidraulik
Kejuruteraan hidraulik ni melibatkan air. Macam mana nak supply air dapat kepada uolss. Melibatkan juga kestabilan sungai, pastu rekebantuk sistem perpaipan dan lain-lain lagi.
5)kejuruteraan alam sekitar
Semua projek memang perlu consider environment kan? Jadi jurutera awam ni kena pastikan setiap projek tak bagi kesan buruk kepada environment. Contoh paling popular projek lynas. Selain chemical engineer civil engineer pun memainkan peranan.
Ok banyak lagi cabang dia, aku tak larat nak cerita. Pa pe pun meh layan video bawah ni untuk dapatkan lagi clear view.
till then,
No comments:
Post a Comment