klik le

Wednesday, March 28, 2012

Orientasi di asrama sekolah~


Sesiapa yang pernah duduk di asrama mesti pernah rasa kena ragging masa orientasi. Kalau yang tak pernah tu sekolah korang memang tak mencabar. kahkahkah. Aku mula duduk asrama masa umur aku 16 tahun, masa tu berada di tingkatan empat. First time duduk asrama, first time jauh dengan family. Masa aku datang, senior siap tolong angkat beg aku, punyalah baik depan mak ayah aku. Semuanya begitu indah.Ofkos la time tu  aku rasa bertuah sebab senior semua baik-baik. Tapi panas yang disangka sampai ke petang rupanya taufan Catarina di tengahhari.

Tragedi bermula..
Lepas mak ayah freshie pulang. Kitaorang pun relek relek la dalam bilik. Lepas tu siren pun berbunyi.

" dalam kiraan 10, semua dah ada kat depan ni!" 

Macam tu lah bunyinya.
kesian aku tengok kawan kawan aku yang tengah tido, terkejar kejar beratur depan senior, siap ada yang tak sempat pakai kain.

Minggu orientasi yang sepatutnya seminggu berlarutan sampai dua minggu.

Sebab?

Sebabnya senior aku time tu buat cerita kat warden yang budak batch aku tak dengar cakap. Padahal diorang yang memang tak puas hati dengan kitaorang. Setiap freshie kena ambil signature setiap senior. Memang sakit dibuatnya senior bukan sepuluh orang tapi beratus kot. Lepastu masing-masing memang kreatif dalam bab mengenakan orang.Antara aktiviti yang perlu dilakukan untuk dapatkan signature.

1. Menyanyi
sumber gambar :google

  • menyanyi ni aktiviti biasa.
  •  Bagi senior yang baik hati diorang akan suruh menyanyi je.
  • kalau suara korang best, korang akan dioffer untuk masuk nasyid. 





2. Melekat dekat dinding.

sumber gambar : googl

  • benda ni perlukan kekuatan fizikal dan mental.
  • fizikal: badan korang kena kuat masa langgar dinding
  • mental : korang kena tahan bila orang lain gelakkan korang.
  • Aktiviti ini memerlukan seseorang itu berlari dengan kadar kelajuan yang sederhana sebelum melekat kedinding macam cicak.





3. kuak lentang atas lantai.

sumber gambar : google





  • Memandangkan tiada kemudahan pool di asrama, senior aku begitu kreatif dengan menyuruh freshie buat kuak lentang atas lantai.
  • Bila tengok ramai yang buat rasa macam kat pantai pulak. 






4. kungfu Mabuk

sumber gambar : google



  •  Satu kelebihan untuk sesiapa yang pernah tengok cerita Jackie Chan atau yang mempunyai bakat semulajadi.
  • Nasib baik aku tak kena buat yang ni, tapi kesian dekat mak cik aku yang sama umur dengan aku tu. Senior tu suruh buat mabuk macam betul-betul. selagi dia tengok korang tak buat betul-betul jangan harap nak bagi signature. Sungguh sadis~




5.  Tarian beruk

sumber gambar :google






  •  Sebelum ni aku tak tahupun tarian beruk tu wujud yang aku tahu tarian zapin, tarian inang barulah wujud
  •  Budak freshie perempuan kena perform benda ni masa riadah. Jadi ramai le yang nengoknya. Memang sangat huduh. Hilang semua ciri-ciri keperempuanan. Yang tinggal ciri keberukan.




6. Pakai tudung bulat sepanjang minggu orientasi.

sumber gambar : google




  • Semua freshie perempuan kena pakai tudung macam ni. Tapi tak la sampai nampak telinga.
  • Senior yang akan adjust tudung kitaorang sampai jadi bulat. Muka freshie semua dah macam katun chibi maruko chan.






7. Tiup lampu sampai padam


sumber gambar:google


  • Bagi yang ni kitaorang kena tiup lampu pendaflour ni sampai padam.
  • Secara logiknya, lampu ni takkan padam kalau takde orang tutup suis tak pun blackout.
  • Jadi kitaorang kena tiup lampu sampai ada senior yang baik hati tutupkan lampu tak pun kitaorang kena tiup sampai diornag puas.




Kalau diikutkan banyak lagi. Bil aku cerita kat kawan-kawan aku yang tak sama sekolah dengan aku, diorang cakap orientasi sekolah aku memang gila. tu belum lagi kena denda macam-macam yang tak masuk akal. Bila ingat masa tu memang sakit hati sangat. Tapi bila kenang balik semua tu dah jadi memori . Tahun tu juga senior aku ramai yang dapat result teruk masa SPM. Mungkin salah satu sebab ramai yang terasa dengan sikap diorang yang suka tindas freshie lepas tu tak minta maaf.
Moral of the story: kalau sakitkan hati orang, kita kena minta maaf..


Lepas aku jadi senior, orientasi sehari je
Budak batch aku memang tak ambil port pasal freshie.
Tapi kitaorang pulak yang pijak kepala.
Tu la..buat baik sangat pun tak boleh
Moral of the story 2 : Jangan jadi baik sangat,sesekali kejam takpe.



"the memories will remains even for the thousand years"

No comments: