setiap orang akan pernah merasa kegagalan dalam hidup.
Tak terkecuali selagi dia ialah manusia..
yang membezakan besar atau kecil kegagalan itu.
Mak aku pernah pesan dekat aku, jangan takut untuk gagal.
Yang membezakan orang berjaya dengan orang gagal ialah
Orang gagal dia akan berhenti dan putus asa bila menemui kegagalan
Orang berjaya dia akan bangkit dan berusaha selepas menemui kegagalan..
Gagal? cuba lagi.
Masih gagal?
cuba lagi sampai berjaya.
Orang berjaya tak kan anggap kegagalan itu sebagai halangan.
Orang berjaya akan anggap kegagalan itu suatu cabaran untuk berusaha lebih baik
kegagalan itu sebenarnya adalah langkah sebelum kejayan itu dikecapi.
Jadi, jangan rasa putus asa dan lemah bila kita gagal.
Dan jangan iri hati dengan kejayaan orang lain
sebab kita tak tahu apa yang telah dia tempuh.
Allah sendiri takkan membebani hambaNya dengan sesuatu yang hambaNya tak mampu.
Jika buah-buahan itu diperah untuk dijadikan jus, bunga bungaan dihancur untuk dijadikan pewangi,
Jika kita manusia yang rasa tertekan ingatlah bahawa Allah nak keluarkan sesuatu yang terbaik dari diri kita.
kebanyakan orang yang berjaya hari ini sebenarnya pernah hadapi kegagalan.
Apa yang jadi masalah ialah bila kita malas berusaha.
kejayaan itu tak kan dapat tanpa usaha.
Yang penting, sentiasa bersyukur.
sumber : google |
" dare to fail means you're ready for the success"
No comments:
Post a Comment