Kali pertama masa aku kena kena anjing selepas curi basikal abang aku.
Alkisahnya.
Ayah : Mimi jangan keluar petang ni.Duk rumah je. Dah nak maghrib dah.
Aku : Ye..(sambil buat muka budak baik yang skema)
Lepas ayah aku keluar, aku terus ambil basikal abang aku. kebetulan abang aku baru lepas upgrade basikal dia dan aku memang gian nak naik basikal dia.
Abang aku : woiiiii..basikal aku!!(sambil belari kejar aku)
Aku : wek!wek! nasib la!(sambil kayuh basikal laju laju )
Rupa rupanya masa aku ejek abang aku , ada anjing yang tengah perhatikan aku. Dia ingat aku ejek dia agaknya Dengan muka yang macam tak puas hati dengan aku, anjing tu terus kejar aku.
sumber gambar : google |
Lebih kurang macam gambar dekat atas ni la masa kejadian tersebut berlaku. Cuma aku tak pakai topi lepas tu jarak anjing tu jauh sikit. Memandangkan anjing tu makin dekat, aku up lagi speed basikal aku. Sampai dekat satu simpang, brek aku tak berfungsi. Memang padan muka aku. Ni lah akibat tak dengan cakap ayah dan curi basikal abang aku. Tuhan memang bayar aku cash.
Tiba tiba ada kereta bergerak laju dari arah depan. Aku yang memang tengah panik telah membuat keputusan untuk langgar tembok dari dilanggar kereta. Oh ye, anjing tu dah berhenti dari kejar aku.
aku perasan muka anjing tu macam kesian bila tengok aku jatuh tergolek. Sebelum aku pengsan, aku perasan muka anjing tu berubah.
sumber gambar : google |
Berubah begini
sumber gambar : google |
Lepas tu aku terus pengsan tak sedar apa dah. Bila aku sedar, penuh orang keliling aku. Aku bangun, kepala aku pening sangat. Nasib baik rumah aku dekat. Aku terus tolak basikal aku sampai rumah . Badan aku berdarah, gigi aku patah, tangan aku terseliuh dan calar. Aku terus mandi sebab tak nak mak aku nampak. Lepas mandi aku terus mengaji muqadaam sorang- sorang. Mak aku pun pelik. Last-last abang aku kantoikan aku. Teruk jugak aku kena marah dengan mak ayah aku. Tu belum kira masa tangan aku kena urut. Sakit gila. Seminggu lepas kejadian, aku benci tengok basikal dan berubah jadi baik. Tapi seminggu je la.
Kali ke dua aku pengsan masa aku camping. Aku pengsan masa kawad. Sampai sekarang abang aku ejek aku budak lembik. Aku demam kot time tu.
"we can change the future, but the past will remain the same. But, we could learn from the past but we can't learn from the future"
2 comments:
mcm manelah anjing leh kejar awk hu89...
anjing kejar pakai kaki dia la..hahahha
Post a Comment