Aku memang ada masalah nak pakai high heels. Sampai sekarang high heels yang aku beli tak sampai 3 kali aku pakai. Serius, wedges yang tinggi seinci lebih tu pun aku fail nak pakai. Aku cuma pakai bila ada event penting tak pun dinner. Kalau aku pakai pun mesti aku spare selipar jepun dalam beg aku. Ya. itu fakta.
Serius aku sangat kagum perempuan yang pakai high heels. Tambahan lagi bila pakai sambil berlari. Aku sangat kagum. Tapi hakikat yang sebenar ialah pemakaian kasut tumit tinggi ada kesan buruk.
Ramai perempuan pakai high heels sebab nak nampak elegen dan berkeyakinan oh dan juga nak nampak tinggi. Pemakaian high heels yang kerap sebenarnya bukan saja mendatangkan masalah pada kaki, tapi kesan dia dapat dilihat pada bahagian badan yang lain.
Hasil kajian pakar pembedahan ortopedik
dari Kolej Perubatan Baylor, Houston, Profesor Madya Dr. John Marymont
mendapati seseorang yang memakai kasut bertumit 2.5 inci memberi 50%
lebihan tekanan manakala kasut bertumit 3 inci memberi 76% lebihan
tekanan pada kaki.
Menurut S. M. Mohamed Idris, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP),
“Kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asalnya dan menimbulkan masalah kesihatan bukan sahaja kepada kaki tetapi keseluruhan badan. Ia boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian rahang, leher dan kepala, gangguan kitaran haid malah membawa kepada masalah kesuburan,”
Lepas ni mesti ramai yang tak pakai high heels. Sebenarnya bukan tak menggalakkan 100% , cuma pemakaian yang kerap dan lama boleh menimbulkan banyak kesan buruk.
Tips untuk pemakaian kasut:
- Tumit kasut tidak terlalu tinggi
- Pilih kasut tumit tinggi yang hujungnya tidak meruncing,dan pastikan jari kaki anda selesa.
- Pilih kasut tumit tinggi yang diperbuat daripada kulit atau mikrofiber (strukturnya lembut), jangan pula pilih yang terlalu keras sehingga membuatkan kaki melecet.
- Penggunaan Insolia membantu dalam menyeimbangkan kembali berat badan yang tertumpu kepada hujung kaki supaya diseimbangkan kepada bahagian tumit
" It is better for us to realize our mistake now before it's too late.."
No comments:
Post a Comment