klik le

Wednesday, February 12, 2014

senarai cita-cita aku masa kecik


Assalamualaikum..

Hai uolss..
Masa kita sekolah rendah uolss ingat tak yang cikgu pernah suruh listkan senarai cita-cita yang kita nak jadi bila besar. Tipikal budak-budak mesti pilih doktor, cikgu, peguam, jurutera, kiranya semua kerja yang glamer glamer orang kata.

Aku pun tak terkecuali. Dekat pilihan pertama, biasanya aku akan letak cikgu, diikuti dengan peguam dan kemudian doktor.Dari darjah satu sampai darjah enam, aku akan letak benda yang sama sebabnya malas nak pikir. Jurutera pulak tak ada dalam senarai dan tak silap aku tak pernah ada dalam senarai.

Tapi tu semua bukan cita-cita aku yang sebenar. Cita-cita aku yang sebenar masa kecik kalau ikutkan:

1) Power rangers kaler pink



Macam dalam entry sebelum ni aku ada cerita sebab apa aku nak jadi power ranger. Selain daripada berperasaan yang aku ni dilahirkan untuk  selamatkan bumi, aku minat pink ranger ni sebab dia cantik.Time tu kimberly yang jadi pink ranger, comey sangat dia. Dan macam biasa, aku akan anggap abang-abang aku tu sebagai alien yang bakal memusnahkan bumi. Alien dengan power ranger memang tak boleh get along. Sebab tu kami asyik bergaduh.


2) Penjual bunga --macam Rosalinda 


Rosalinda ayamor



Yang penjual bunga ni sebabnya aku rasa aku terpengaruh dengan Rosalinda. Dengan berharap bila aku jadi penjual bunga, aku akan berjumpa dengan jejaka hensem yang kaya  seperti Fernando Jose Altamirano del castillo *gila ko nama penuh aku letak..kahkakahkah. Tapi aku rasa bukan aku sorang je, mak cik-mak cik yang jadi suri rumah pun ada sampai tahap terlupa nak masak sebab layan Rosalinda*eleh.. saya tau mak cik nak tengok fernando kan?

fernando jose..melting..hikhikhik

3) Tukang kebun atau tukang sapu


Dari sekolah lagi aku suka tengok pak cik dengan mak cik yang jadi tukang kebun atau tukang sapu. Macam happy je diorang buat kerja. Relek je aku tengok diorang macam tak ada tekanan. Sampai dekat universiti pun aku suka tengok pak cik-pak cik tukang kebun ni. Lepas buat kerja, diorang lepak bawah pokok ramai-ramai sambil makan atau minum. Memang gaji diorang tak banyak tapi somehow happy je aku tengok diorang.

Lepas spm sambil tunggu result, aku penah request dekat mak aku:

Aku : Mak, orang nak kerja..boleh tak?

Mak aku : Nak kerja kat mana?

Aku : Nak mintak dekat MPT* MPT ni singkatan untuk majlis perbandaran Temerloh

Mak aku : Ha?nak kerja apa dekat sana?

Aku : Tukang sapu. Macam best je tengok mak cik mak cik tu sapu sampah.

Mak aku : Nah amik penyapu ni, gi sapu dekat tingkat atas semua bilik sampai dekat bawah.

Aku :  ..................................



Till then,

No comments: