klik le

Friday, July 20, 2012

Kek cawan saya

Assalamualaikum.
Bertemu lagi kita dalam rancangan masak bersama kak mimo..hewhewhew..
Hari ni macam biasa aku nak share resepi kek cawan  yang simple dan mudah dibuat.
Walaupun simple rasa dia sedap..no doubt..
Setakat ni testimoni yang aku dapat semua mengagumkan..hewhewhew.
Mungkin budak darjah 3 pun boleh buat dengan pengawasan ibu bapa..

ok adik-adik ..ni bahan yang diperlukan.

500 gram majerin/butter 
500 gula castor
500 tepung gandum
8 biji telur gred B atau A
perasa/paste ikut kesukaan.
hiasan: ikut kretiviti, tahap kerajinan dan juga bajet.

"ni je bahannya?"

 ye adik-adik, ni aje bahannya.

Cara Membuatnya

1) panaskan oven dulu ye pada suhu 180 degree celcius
2) pukul majerin dan gula sehingga sebati.
3) masukkan telur dan pukul sehingga kembang
4) Selepas adunan tadi kembang sekembangnya means pekat dan likat( maaf aku tak tau nak guna term apa selain kembang), masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sehingga sebati. 

Perhatian ye ketika masukkan tepung tak perlu guna mesin penggaul, gaul guna kaedah manual sebab nak ratakan je. kalau nak jugak guna mesin, sila guna pada kelajuan yang perlahan.

5) Masukkan paste. Gaul sampai sekata.Yang aku buat ni pakai orange paste.
6)  Dah siap masukkan dalam paper cup. Lepastu letak hiasan.

letak ceri pun buleh. cik mimo kedekut..3 biji ceri sudah mencukupi..

7) Masukkan dalam oven lepastu bakar pada suhu 180 degree selama 15 minit..

Perhatin : Elakkan bersms ataupun bergayut di telepon. fokus itu penting untuk elakkan sebarang kejadian tak diingini berlaku pada kek anda.

180 celcius yep..

Lepas 15 minit..

tadaa..

Kalau rajin boleh letak icing bagi nampak cantik dan menarik. Tapi kalau macam ni pun ok dah. Rasa dia memang sedap. Lagi satu aku dah buat eksperimen. Kek cawan ni tahan lama. Tapi kena letak dalam tupperware dan tutup kemas-kemas..

selamat mencuba..^_^

Thursday, July 19, 2012

salam ramadhan

Ramadhan akan menjelma tak lama lagi.
Sebelum tu aku ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf andai aku ada mengguris hati sesiapa sepanjang penulisan aku dalam blog ni. Kepada semua viewer..anda memang awesome..^_^

Salam Ramdhan dari cik mimo..


credits to google

Jambatan Gantung esplanade Temerloh

Benda tipikal yang selalu dikaitkan dengan bandar Temerloh tak lain tak bukan ikan patin. Sampai orang tanya aku "weh kat Temerloh ada benda weh " aku pun tak tahu nak jawab apa selain "ikan patin". Sebagai anak seorang askar yang dibesarkan dekat banyak tempat, aku paling suka Temerloh.
 Sebab?
Temerloh ni bandar dia tak sesak sangat dan tak la mundur sangat. Sejak aku duduk sini dah banyak development. Yang paling aku suka yang terbaru jambatan gantung dekat esplanade Temerloh. Aku memang suka lepak dekat sungai. Aku enjoy tengok view dia.


jambatan gantung

view dari atas jambatan

view dari atas jambatan

view dari atas jambatan

sungai pahang view dari jambatan

Temerloh sign

eh ada orang..

Jambatan gantung ni menghubungkan kedai makan dekat area sungai ni. Kiranya jambatan ni sebagai daya penarik baru la untuk orang datang ke sini. Siapa yang singgah bandar Temerloh, datanglah sini. Tapi kalau datang hari ahad  lagi best sebab ada pasar pagi yang menarik..^_^


cuti sekolah saya pergi ke dusun.

Masa sekolah rendah dulu selalu kena buat karangan tipikal tentang cuti sekolah .'Pada cuti sekolah yang lalu saya pergi ke dusun buah buahan atuk saya'. Padahal masa cuti aku sibuk tengok katun dekat tv. Start pukul 9 aku dengan abang aku tengok Sailormoon. Budak-budak lelaki sejak dulu memang pervert. Suka tengok sailormoon sebab ada scene 'bertukar baju' tu.  Pukul 9.30 sambung tengok dragonballz.Lepas tu sambung tengok cerita lain sampai la ke petang.  Petang pulak aku main kat padang dengan abang-abang aku. Bila masa ntah aku pergi kat dusun. ok abaikan.

Mak aku ada dusun durian dekat kampung. Lepas atuk aku meninggal, tak ada orang dah tengok dusun tu. Jadi sekali sekala mak dengan ayah aku balik kampung menebas dan bersihkan apa yang patut. Mak aku cakap sayang, pokok banyak buah jatuh macam tu je. Aku pun ikut bersihkan dusun tu. Pagi-pagi lagi lepas breakfirst kita orang gerak masuk dusun. Memandangkan jalan nak masuk dusun dah cantik, boleh pergi naik kereta. Sebelum ni kalau nak masuk area dusun dari rumah atuk aku kena naik yamaha cup.


dari depan ayah, mak dan adik-kami bukan gangster walaupun berparang

sebahagian daripada pokok durian..saja close up dekat busut tu..besar gila

cubaan menghidupkan api oleh adik aku..

Balik dari dusun, aku tidur kepenatan. Patut la orang kampung sihat-sihat. Aku menebas tak sampai beberapa minit dah berpeluh macam baru lepas berlari keliling padang.

cuti sekolah saya pulang ke kampung.

Assalamualaikum.
Minggu lepas aku dengan family aku balik kampung sebab nenek aku buat kenduri doa selamat.
Kampung aku terletak dalam daerah Jerantut dan tak jauh denganTaman Negara, Pahang.
Sesiapa yang pernah pergi Taman Negara, kalau tak ikut jeti means ikut jalan biasa akan lalu kampung aku dulu. Sangat..sangat..sangat.. best hewhewhew..

Ok berbalik kepada cerita kenduri doa selamat. Mak aku dilantik oleh nenek serta mak cik-mak cik aku sebagai ketua chef. Secara tak langsung aku bertindak sebagai timbalan chef. Err..sebenarnya tukang kacau je. Tapi...tapi..tapi..memandangkan kami tak masak menggunakan tong gas sebaliknya pakai kawah dan kayu api, tugas seorang pengacau sebenarnya adalah berat. Pedih oo mata masuk asap..


Ni kayu api ye adik adik. Nenek saya rajin kumpul..

Tugas si pengacau bermula

dah siap kari ikan..kehkehkeh

close up

Haziq si budak demok..

kembar si budak demok..




Overall memang seronok balik kampung. Sepupu sepapat pun semua balik. Dah besar besar pun budak-budak ni.

Aku  : Amir, aiman mana?dia tak balik ek?

Amir : Aiman kat poli  kak mimi..

Aku   : Eh..dia bukan sekolah teknik ke?

Amir   : Ish ish kak mimi ni..dah lama la dia habis..amir pun lagi setahun nak grad..

Besar-besar dah budak-budak ni. Cepat betul masa berlalu. Rasa macam baru lagi kitaorang main mercun dengan bola-bola api. Bola-bola api yang kita bakar suratkhabar setiap penjuru tu, lepastu dia naik kat atas. Aku nak explain pun tak reti. Seronok gila ingat zaman budak-budak dulu. Tak sabar nak raya.

Wednesday, July 18, 2012

Perempuan oh perempuan.

Semalam aku keluar  dengan adik aku.
Hajat dihati cuma nak beli 2 item.
Shampoo dan tempat penyangkut yang dekat dinding.

shampoo burung merpati ye..bukan dove

Aku bertekad untuk jadi pembeli berhemah.
Tapi apakan daya.
Akhirnya aku end up dengan beli barang barang yang tak ada dalam list.

perbezaan yang ketara

Kuiz hari ini. sila bandingkan kedua dua gambar dan cari 7 perbezaan.

Tak apa. aku bagi jawapan.

1) selipar yang sweet
2) pencil case yang sweet
3) Tudung bawal
4) laptop skin yang sangat comel..kawaiiiii
5) heat proof gloves yang comel (bajet sokmo masak)
6) Getah rambut yang comel
7) penyangkut angry bird yang comeii..

Perempuan oh perempuan.
Tapi..tapi..jangan salahkan aku. Siapa suruh barang-barang ni comel comel sangat.


Relevan atau tidak handphone boleh di bawa ke sekolah?

Assalamualaikum.
Sekarang ni kecoh dekat Malaysia isu handphone yang boleh di bawa oleh pelajar ke sekolah pada tahun hadapan.
Mula-mula sekali aku nak bagitau setiap yang aku tulis adalah pendapat aku sendiri dan aku bukan prokerajaan mahupun propembangkang.

Sebenarnya sejak zaman aku sekolah handphone ni dah mula dibawa pelajar dan apa yang aku lihat banyak negatif dari positifnya. kenapa?

sumber gambar : Mr google

1. Pelajar akan lalai dan leka.

Kita semua tahu handphone sekarang bukan macam dulu yang fungsinya terhad kepada penghantaran sms dan panggilan telefon . Handphone sekarang banyak aplikasi canggih di mana pengguna boleh surf internet, ambil gambar, main games dan macam-macam lagi. Jadi secara tak langsung sistem pembelajaran tu akan terganggu sebab pelajar lebih fokus terhadap handphone masing-masing berbanding apa yang cikgu ajar didepan kelas.

"Pehal pulak..takdenye  isu  tak  fokus..cikgu yang akan pegang phone kat sekolah"

Der..der.. Aku tak rasa budak-budak akan bagi cikgu pegang phone diorang dan aku sendiri pernah jadi budak sekolah. Budak -budak ni pandai. Diorang tahu cara untuk snek out phone. Jadi keberangkalian untuk handphone tu di bawa masuk ke dalam sesi pembelajaran  adalah besar. Mungkin peratus pelajar yang tidur dalam kelas berkurang tapi kalau peratus pelajar yang tak fokus dalam kelas berkurang bagi aku tu lebih teruk. Kalau sebelum ni sebelah tangan duk bawah meja bermesej, lepas phone dibenarkan disekolah tak mustahil kedua dua tangan sibuk bermesej.

2. Kemungkinan bertambahnya kes kecurian.

Sebelum handphone dilarang pun kes kecurian handphone dah ada. Jadi cuba bayangkan kalau  lagi ramai student bawak handphone yang canggih ke sekolah, tak mustahil kes kecurian bertambah. Pasa masa tu tak lain tak bukan pihak sekolah yang akan dipersalahkan. Beban guru dan sekolah akan semakin bertambah sebab nak pastikan pelajar tak hilang fokus disamping mengawasi kecurian dari berlaku.



3.  Pelajar akan lebih demand.

Aku tak rasa budak-budak sekarang nak pakai handphone cikai yang skrin hitam putih. Ibu bapalah yang jadi mangsa nak penuhi kehendak anak-anak. Pelajar ni kebiasaannya akan demand handphone yang canggih sebab nak show off dekat kawan-kawan. Tambahan lagi, ibu bapa kena tambah elaun atau duit belanja anak masing-masing sebab nak beli prepaid.

sumber : Mr google

4. Alasan kecemasan yang kurang releven

Salah satu alasan supaya handphone dibenarkan dibawa kesekolah ialah senang untuk ibu bapa dihubungi jika sebarang kecemasan berlaku pada anak masing-masing. Bagi aku alasan ni tak konkrit sebab setiap sekolah dibekalkan kemudahan telefon. kalau sesuatu berlaku terhadap pelajar-palajar ini, cikgu pasti akan menghubungi keluarga masing-masing. Lagi satu bagi aku kalau student tu sakit ke, pengsan ke, sawan ke takdenya dia nak contact parents dia. Alih-alih cikgu jugak yang kena hubungi ibu bapa masing-masing.


"masa aku sekolah dulu bersepah budak-budak bawak handphone..takde pon masalah"

Masa aku sekolah dulupun bersepah budak bawak handphone ke sekolah tapi bukan atas kebenaran pihak sekolah. Mungkin ada cikgu yang sporting yang benarkan student bawa handphone ke sekolah, yang tu aku tak nafikan. Tapi pada masa tu, kalau terdapat sebarang kecurian, pihak sekolah tak bertanggungjawab. Selain tu pelajar juga tak berani untuk bermesej atau menggunakan handphone secara terbuka ketika guru mengajar. Dan tambahan lagi handphone zaman sekarang semakin canggih. Aku tak expect pelajar boleh fokus benda yang cikgu ajar kalau dekat hujung jari diorang ada sesuatu yang lebih menarik.


"ko jeles ni sebab masa ko sekolah tak boleh bawak handphone"

Bagi aku tak ada istilah jeles.Aku pun bukan spesies yang obses dengan handphone. Cuma  bagi aku setiap keputusan yang hendak dibuat perlu diperhalusi dari semua aspek. kesatuan Perkhidmatan Perguruan kebangsaan Malaysia (NUTP) sendiri menyifatkan keputusan kementerian pelajaran membenarkan pelajar membawa handphone ke sekolah adalah sesuatu yang yang kurang wajar dimana boleh mendatangkan banyak masalah. Jangan lepas ni jadi macam isu PPSMI sudah.



Tuesday, July 10, 2012

Di keheningan malam

Sekarang tepat jam 1.05 pagi. Time ni aku memang sangat sangat sangat aktif. Mak aku cakap aku macam musang. Berjaga di malam hari lepastu tidur disiang hari. Tau dek mak cik-mak cik yang nak buat aku menantu confirm cancel. Tapi..tapi..tapi..itu tak bermakna aku tidur memanjang di siang hari. Cuma, waktu siang masa aku tidur lebih banyak dari aktiviti lain..kahkahkah

Sebenarnya aku masih lagi geram sebab line maxis buat hal. Dah beberapa hari line problem. Dah lama kot tak buka fesbuk. Aku rasa pencawang maxis terbakor tak pun terbalik. Tapi itu semua tak menghalang aku untuk terus aktif di waktu malam. Sebelum final exam habis, aku dah penuhkan external hard disk aku dengan cerita- cerita yang bermanfaat. Dari korea, jepun, hindustan, Omputih, drama,movie,series.. You name it. ^_^

Sebelum aku habiskan entry aku kali ni aku nak share sesuatu




Pertama kali aku bersyukur sebab dikelilingi orang-orang yang selalu ambil berat pasal aku. Tiap kali aku down dan sedih aku ada sahabat serta keluarga yang banyak chillkan balik life aku. Dari mereka aku belajar untuk menjadi lebih tabah dan selalu ingat bahawa setiap ujian yang Allah bagi tandanya Dia sayangkan kita. Jadi tak mau sedih ye kawan-kawan.. ^_^

"sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan"
Surah al-Insyirah : 6

Saturday, July 7, 2012

Mari berskipping bersama kak mimo

Hampir dua minggu aku duduk rumah, dua minggu jugak la aku mengumpul segala lemak yang ada kat badan. Masa dekat u  selalu   aku cycling tak pun joging. Tapi lain keadaan bila dekat rumah sebab dekat rumah aku banyak menghabiskan masa dangan berhibernasi. Jadi memandangkan ramai yang tegur termasuk ayah aku sendiri tentang tahap kemontelan aku yang berganda, sekarang adalah masa yang tepat untuk berubah. Ye. Kita skipping dalam rumah ye kawan-kawan.

sumber gambar : Mr google



Mesti ada yang tanya kenapa tak joging kan?
Memandangkan aku ni seorang perempuan, berikut adalah sebab-sebab aku tak joging.

1. Risau kena kejar dengan anjing pastu kena gigit..Masuk hospital satu hal pastu kena samak lagi
2. Risau diculik mungkin tahap kegemukan boleh menjadi sasaran penculik untuk menjual anggota badan  aku ke pasaran gelap dengan harga tinggi.
3. Alasan je semua padahal memang aku malas nak keluar rumah. kahkahkah..

Tapi skipping pun banyak manfaat yang penting konsisten. Kalau seminggu sekali takpun sebulan sekali kau buat memanglah berat badan tak turun.

Ni antara kebaikan berskipping:

1. Boleh dilakukan didalam rumah tanpa perlu risau tentang kebarangkalian diculik atau dikejar anjing.

2. Lompat selama 1 jam = membakar 1000 kalori

3. kuatkan hati,jantung selain dapat turunkan kolestrol

4. Mengawal tekanan darah & mengurangkan risiko sakit jantung.

5. Untuk mengatur pernafasan- Sesapa yang semput-semput tu memang sesuai sangat berskipping ni

6. Menurunkan berat badan dengan cepat-memang sesuai untuk kita kita yang nak turunkan berat badan.

7. Melatih otot kaki, dada, tangan dan bahu.

Pendapat  aku kalau betul nak turunkan berat badan, perlu konsisten  dan jangan sekadar  hangat-hangat tahi chicken. Lepastu jangan paksa diri. Mula-mula buat mana yang mampu . Then,lepas agak konsisten, baru tambah bilangan lompatan atau masa..

 Selamat berskipping dari kak Mimo..^_^

Thursday, July 5, 2012

Tips kurangkan rasa marah..

Setiap orang mempunyai perasaan marah . yang membezakan sama ada kita bijak atau tidak untuk kawal perasaan marah tersebut. kadang-kadang marah ni pun penting bergantung kepada situasi. Tapi ada juga orang yangs selalu marah tak kena tempat. Kalau perempuan boleh salahkan PMS tapi kalau lelaki? Melalui pembacaan aku nak share tips bagi kurangkan marah.

1. Ambil wuduk.
 
sumber gambar :mr google


Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Marah itu datangnya daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk."(hadis Riwayat Abi Daud).


2. Minum air kosong.


sumber gambar : mr google


Kalau rasa nak marah sedangkan diri rasa tak patut marah, tenangkan diri dengan minum air masak sebanyak yang boleh. Minum sambil duduk dan sebolehnya habiskan minuman tersebut sekali nafas. Kenapa air kosong?sebab sebahagia bumi ialah air dan sebahagian besar dari tubuh kita juga terdiri daripada air. Manusia akan dehydrated bila kekurangan air. Air akan menstabilkan semua sistem dalam badan kita. Ia bukan sahaja membetulkan sistem dalam tubuh bahkan juga emosi.


3.  Minum susu.

sumber gambar : mr google


 kajian sains membuktikan kalsium berkesan terhadap saraf manusia. Ia mampu merehatkan otak jadi sangat bermanfaat untuk menenangkan jiwa. susu merupakan minuman kedua terbaik selepas air kosong.


4.  Tidur

sumber gambar : mr google

Tidur juga merupakan salah satu cara untuk meredakan kemarahan. sebab kebiasaanya lepas bangun tidur perasaan marah akan berkurangan ataupun hilang. Tidur mampu merehatkan otak yang kepenatan dan seterusnya menstabilkan emosi.


Marah bukan untuk dibenci...^_^

Tak tahu nak kata apa dah..

Aku sendiri tak paham. Banyak banyak orang dalam dunia ni kenapa ibu bapa juga yang nak dibuat musuh?
Pendapat aku budak-budak sekarang memang manja sangat atau mungkin generasi lembik? Tak boleh nak tegur langsung. Kalau aku buka facebook, memang tak sah kalau tak ada status yang kompelin atau kutuk mak bapak sendiri.  Kalaupun nak sangat bergaduh, carilah orang lain selain ibu dan ayah.

Walau terlalu menyampah, jangan lepaskan pada mereka. Sejahat mana pun mereka, mereka tetap ibu dan bapa kita. Carilah orang lain untuk dibenci. Ibu bapa bukan tempat untuk membenci. Jangan pilih ibu bapa untuk bergaduh. Kalau betul nak cari musuh, cari orang yang betul-betul boleh dibuat musuh. Ibu bapa haram dimusuhi malah sepatutnya disayangi.


sumber gambar : mr google..


Orang yang selalu membelakangkan ibu bapa sukar untuk dapat kebahagian didunia apatah lagi diakhirat. Percayalah tak kemana hidup tanpa restu dari ibu bapa. Tak percaya? ha try la buat baru tahu langit tinggi ke rendah.

" Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada ibu bapanya, ibunya yang telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah(dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dua tahun(dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaku dan kedua ibubapamu serta Aku jua tempat kembali'. Surah Luqman: ayat 14

Sementara ibu bapa masih ada, berbuat baiklah dengan keduanya dan berbakti selagi boleh. Kita berikan mereka kasih, kita juga akan dikasihi. Kita berikan mereka sayang.Pasti kita juga akan disayangi. Kita berikan mereka cinta, kita juga akan dicintai bukan sahaja oleh mereka bahkan juga Allah s.w.t. Ibu bapa juga manusia. Tidak lari dari membuat kesilapan. Mereka pun tak selalunya betul tetapi dah jadi tanggungjawab kita untuk mentaati kedua duanya. Peringatan untuk diri sendiri juga. no offense.

childhood..

Semalam aku belek-belek album lama sambil borak dengan mak aku.. Tengok balik gambar masa kecik-kecik dulu. Comel je semua masa budak-budak. Ye la masa budak-budak mana ada yang tak comel kan?  Mak aku cerita masa aku kecik  ada budak pernah gigit pipi aku sebab geram sangat. Menjerit aku masa tu mana taknya sampai bengkak kot budak tu gigit.Mungkin masa tu diameter pipi aku agak besar sampai mendorong budak tu berhalusinasi. Time tu dia ingat pipi aku kuih pau agaknya ..T_T
 
Kalau cerita zaman kanak-kanak,mesti  semua orang suka  sebab zaman kanak kanak banyak kenangan manis. Tambah-tambah lagi masa tu kita tak perlu pikir masalah .Tak perlu pikir macam mana nak cari rezeki, macam mana nak lulus dalam exam dan sebagainya. Mungkin ada insan yang kurang bernasib baik yang mana zaman kanak-kanak dia tak seperti orang lain. Tetapi semua yang melalui zaman kanak-kanak akan cakap yang zaman kanak-kanak paling best. Life  masa tu makan tido main pastu main makan tido.

Dalam entry sebelum ni aku ada cerita pasal abang aku. Kami memang rapat masa kecik dan tak sangka semua dah kahwin dan akan kahwin. Zaman kanak-kanak aku sangat menarik sebab ada diorang. Masa kecik aku agak boyish sebab banyak bercampur dengan lelaki. Rambut aku pun tak panjang. Paling panjang yang aku simpan paras bahu.


 Hari raya. 5 tahun time ni. bergambo bersama abang2, sepupu sepapat dan mak cik

Bergambo sebelum ke sekolah dengan angah. Aku pergi sekolah dengan dia

Ntah sapa budak lelaki dalam gambar ni. Yang nyata dia ada rambut dan aku botak.
.

3 tahun masa ni. Hari Raya. agak selebet sebab baru lepas main polis and thief


Seronok gila bila ingat zaman kecik kecik. Tak sabar nak raya * tetiba..