klik le

Friday, August 31, 2012

Taman Negara Pahang Part 2..

Assalamualaikum..
Dalam entry taman negara pahangpart 1 aku dah cerita pasal canopy walkaway  jadi sekarang ni aku nak cerita pasal lubuk simpon. Destinasi kedua yang aku pergi pada hari tersebut. Lubuk simpon ni terkenal sebagai tempat bermandi manda dan berkhelah. Air sungai dia memang sangat sangat sangat jernih. Ni bukan typo ye. Perkataan sangat yang banyak tu saja aku buat nak emphasize tahap kejernihan air sungai tu. Siap boleh nampak ikan berenang -berenang. dari canopy walkaway, kami sewa bot untuk ke lubuk simpon.
Tapi, bot tu hanya hantar kami ke jalan masuk lubuk simpon. Selebihnya, kami harus berjalan kaki lebih kurang hampir 1 km.

ni bot dia..roofless

the emak, the ayah and the adik-wearing safety jacket


presiden mafia yang sangat teruja

Naik bot memang seronok sebab laju. Tengok muka adik aku pun dah tahu tahap keseronokan dia. Dalam beberapa minit perjalanan, kami pun sampai. Tak lama pun. Lepas tu kami terus berjalan ikut laluan yang disediakan untuk sampai ke lubuk simpon.

well said..

600m more..

cantik!

kena hati hati..

ish..mak aku relek je jalan..

Lepas hampir 1km berjalan, kami pun sampai. Aku pun ambik kesempatan melihat keindahan alam terlebih dahulu. Tiba-tiba...demmit..aku ingat dekat pantai je ada orang berjemur, dekat tepi sungai pun ada. Aku tengok beberapa orang foreigner yang half naked duk berbaring jemur badan. Aku tak tengok lama sebab nanti kurang pahala..kehkeh..



Maaf. Tak banyak gambar yang aku ambil dekat lubuk simpon sebab nanti tak pasal pasal aku dapat dosa sebab share benda yang tak sepatutnya..ngeh ngeh. Apa yang dapat aku kongsikan, tempat dia memang sejuk, air jernih lepas tu pasir dia memang boleh buat golek-golek/ berjemur macam tepi pantai. Tempat nak sembahyang turut disediakan tapi kena jalan kaki hampir 1km baru jumpa surau. Nak sembahyang tepi sungai pun boleh pun boleh tapi tak khusyuk pulak kang..haha.

Lepas mandi-manda, main mata dengan foreigner (ok yang ni aku tipu) kami pun bergerak pulang. Secara keseluruhannya Taman Negara Pahang memang awesome! memang tak sia-sia pergi..
k.bai ^_^

yaya's family..

Assalamualaikum..
Hari ni aku nak perkenalkan kucing aku yang bernama yaya..
Kenapa yaya?
sebab dia betina..takkan aku nak bagi nama john pulak ye dak?
Aku bertemu yaya secara rasmi masa cuti sem baru-baru ni.
Semasa aku duduk belakang rumah aku sambil usha buah mangga kat pokok, tiba-tiba ada kucing hitam yang keding melintas.
Dia tengok aku, lepas tu aku tengok dia balik. Dia buat muka kesian.
Aku memang tak boleh tengok kucing yang buat muka comel dan kesian. Lepastu aku suruh adik aku beli frieskies. Bagi dia makan. Habis licin dia makan. Lapar sangat gamaknya.
Bermula hari tu, yaya selalu datang belakang rumah aku. Secara tak rasmi juga yaya jadi kucing aku.
Yaya anak beranak hanya boleh duduk luar rumah je. Ayah aku dah warning dah. Dia memang tak suka kucing masuk rumah. Adik aku yang perempuan pulak takut kucing. Kucing tu jauh pun nak menjerit. Parak..parak..
Tapi tak apa. Yaya tak kisah duduk luar rumah. Senang dia nak flirt dengan kucing jantan lain. Hasil hubungan yaya dengan kucing jantan, beliau telah buntingkan 3 ekor anak yang memang tak ada rupa yaya langsung. Mesti ikut muka bapak dia.  Meh tengok gambar yaya and her family..cekidaut..

meet yaya..

yaya eating smart heart suggested by izzah..wala..

yaya kekenyangan

yaya tak larat bangun..

anak yaya

auuu chakk!!

ini baru betul malu-malu kucing

still malu..

meow kat belakang tu getting annoyed..hahaha

what the...?said meow..
  the end..

Thursday, August 30, 2012

Hari rabu ialah hari kokorikulum..

Masa dekat sekolah hari rabu je memang wajib pakai baju beruniform sebab hari rabu diisytihar sebagai hari kokorikulum. Bagi sekolah aku, student yang tak pakai baju beruniform akan didenda. Jadi setiap pelajar wajib untuk memakai sama ada suka atau tidak.

Bercerita pasal unit beruniform, aku memang suka tukar-tukar. Sebelum join mana-mana badan beruniform, aku akan survey sama ada aktif ke tak. Aku memang suka kelab kelab yang tak aktif ni. Dalam adik beradik aku, aku lah yang paling kurang athletic. Aku memang kurang sikit kalau bab sukan atau kawad-kawad ni. Jadi selama beberapa tahun, aku telah memilih PBSM. 

Sebab?

Antara sebabnya unit beruniform PBSM dekat sekolah aku antara yang tak aktif. Kurang perjumpaan. kurang aktiviti kawad oh tambahan lagi PBSM ialah alasan untuk aku tak merentas desa. 
Sapa yang tak suka ye dak?orang lain sibuk berlari aku pulak naik kereta cikgu sambil pegang first aid kit tunggu kalau ada orang pengsan ke tak. Tak payah sibuk sibuk nak berlari bagai.kahkah. keji gila alasan ni..

Lepas habis PMR aku bertukar ke sekolah teknik. Dekat sekolah teknik, aku disarankan oleh senior supaya masuk Puteri Islam. Pendapat aku ketika itu..

"puteri islam ayu..tak ganas..tak ada kena kawad bagai..Lepas tu pakai baju kurung"
" Petang-petang kat asrama boleh tido..tak payah sibuk nak gi perjumpaan bagai"
"kalau kawad pun angkat kaki sikit je..tak mencabar..almaklum..pakai baju kurung"

Tapi tekaan yang aku buat semua meleset sama sekali. Puteri Islam dekat sekolah aku antara badan beruniform yang aktif. Petang-petang ada kelas menjahit , aktiviti memasak takpun berkawad. Serius, terjejas masa tidur aku di waktu petang. Tambahan lagi, masa berkawad Puteri Islam sekolah aku dilatih oleh pok cik polis. Dem! puteri Islam kawad macam budak kadet polis. Nak nangis aku. Aku pun pelik macam mana nak kawad kalau pakai baju kurung kan? Dah la pakcik tu suruh angkat kaki tinggi macam askar kawad. Lepas tu suruh pakai kasut kawad yang but tu. Serius tak ayu langsung.

Padan muka aku. Rupa-rupaya badan beruniform Puteri Islam dah ada uniform yang baru. Patutla..tu la akibat bila tak ambil tahu perkembangan dunia luar..

gambo kredit ke google

Uniform baru ni bagi aku agak comel. Bila pakai rasa macam power rangers kaler pink. Lagi pun cita-cita aku masa kecik memang nak jadi power rangers kaler pink. Jadi, masa pakai uniform tu, aku bayangkan yang aku ni power rangers pink. T_T. Walaupun pada mulanya aku tak berkenan langsung sebab Puteri Islam ni kemain aktifnya, lama kelamaan rasa seronok pulak. Banyak benda baru yang aku belajar.

Kalau time perkhemahan bersepadu aku suka sangat tengok budak pengakap performed. Tak kisah la masa kawad ke, masa buat persembahan ke memang best. oh tambahan lagi aku ada suka dekat sorang budak pengakap. Normal la kan bila suka seseorang. Yang tak normal tu bila orang yang tak ada perasaan tak pun suka kaum sejenis. ok. abaikan.

Oh dia ada dalam ni. nostalgik sungguh..
Gambar pengakap kat atas ni aku beli lima kupang dekat cikgu kaunseling. Masa perkhemahan bersepadu cikgu kaunseling ada ambil gambar student sepanjang aktiviti berlangsung. Jadi mana mana student yang nak beli gambar boleh beli dengan harga lima kupang. Secara tak langsung juga aku beli gambar dekat atas. Ye..secara tak langsung..

Wednesday, August 29, 2012

Taman Negara Pahang part 1

Sebelum ni aku dah cerita pasal kampung aku yang dekat dengan Taman Negara, Pahang kan? Raya keempat baru-baru ni, aku, family serta saudara mara aku yang lain seramai sebelas orang berkesempatan pergi ke Taman Negara Pahang. Aku yang tak bawa langsung kasut terpaksa membeli kasut getah yang orang bawa pergi berkebun berharga RM7. Ayah aku lagi sempoi berkemeja lengan pendek dan berseluar slack. Serius, tak ada gaya orang masuk hutan. Mungkin sebab dah biasa jadi, beliau hanya relek sahaja dan tak excited. Sebelum tu, meh aku cerita apa tu taman negara dan apa yang ada dekat taman negara Pahang ni.


Alkisah..
Taman negara pahang merupakan sebuah hutan hujan yang tertua didunia dianggarkan berumur 130 juta tahun. Ekosistemnya juga yang paling rumit dan kaya didunia. Secara logiknya, banyak gila khazanah alam yang terdapat dekat taman negara ni. Taman negara juga  pahang antara Taman Negara yang terbesar di Malaysia dengan keluasan 2447 km persegi.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di Taman Negara ialah panjat gunung (gunung tahan), jungle trekking, night safari, river crossing, canopy walkaway, river crossing, jelajah jeram, memancing, mandi manda..dan banyak lagi. Bagi aktiviti memancing, kebiasaannya dijalankan di kawasan Lata Berkoh dan Sungai Kenyam. Terdapat 300 spesies ikan terutamanya dari keluarga kap seperti ikan kelisa, ikan kelah, dan lain-lain lagi  yang  banyak terdapat di sungai-sungai di Taman Negara.  Kalau nak tengok beruang, harimau, tenuk dan hidupan liar lain secara live pun boleh. 

Jadi, tak hairan, jika Taman Negara Pahang merupakan destinasi pilihan pelancong dari dalam dan luar negara. Bagi yang cintakan alam dan sukakan aktiviti lasak, Taman Negara adalah destinasi yang tepat. Memandangkan banyak gila tempat yang menarik, sehari tak cukup untuk menghayati keindahan alam di Taman Negara. Tak perlu risau pasal penempatan sebab chalet dan resort memang banyak. Camp site pun turut disediakan.

Bagi aku serta family aku, kami cuma melawat dua tempat iaitu canopy walkaway dan lubuk simpon .Itu pun dah ambik masa lebih setengah hari. Meskipun kami pergi beramai, nasihat aku kalau nak ajak orang tua pastikan orang itu fit. Sebab dalam tu kena berjalan dan jarak dia agak jauh.
Memandangkan kami ikut jalan darat, tapi nak masuk taman negara masih perlu merentasi sungai Tahan. Tambang Rm1.00 seorang . Nak berenang pun boleh sebab jarak dia memang dekat. Cuma nasihat aku, air yang tenang jangan disangka tiada buaya..

Muka excited orang tak pernah masuk hutan..wakaka
nak berenang pun boleh..pun boleh..
foreigner yang duk depan aku macam justin bieber. nasib  I tak minat ..

Sampai diseberang atau juga dikenali sebagai Mutiara taman negara, bayaran permit Rm 1.00 seorang harus dibayar. Bagi permit kamera pula Rm5.00 sebuah.

Aktiviti pertama kami hari tu ialah canopy walkaway. Ada dua option nak pergi ke sana sama ada naik bot yang mana tambang  bagi sebuah bot Rm80 atau berjalan kaki, junggle trekking sejauh 1.7 km. 

Canopy walkaway di Taman Negara Pahang merupakan titian gantung yang terpanjang dan tertinggi didunia. sesiapa yang ada acrophobia-takutkan ketinggian jangan gedik-gedik nak naik ye. Bagi penggemar burung, canopy walkaway ni memang pilihan yang tepat. Banyak spesies burung yang dapat dilihat. Pendapat aku sendiri, naik canopy walkaway ni memang best. Panorama cantik lepastu rasa macam berjalan atas pokok. Yang tak bestnya gambar cuma boleh diambik diatas platform. Mengambil gambar di atas titian gantung adalah dilarang sama sekali. T_T. Oh lupa bayaran masuk Rm 5 seorang bagi dewasa dan Rm 3 bagi kanak-kanak.


I'm coming baby!


view dari atas platform



omo..daebak!

sorry for the low quality..

kasut berkebun..wakaka

Canopy walkaway adalah salah satu destinasi wajib bagi pengunjung taman negara.Sangat berbaloi. Ok..kita sambung lagi nanti ye...

Selamat Hari Raya!


Alhamdulillah..masuk hari ni dah hari ke 10 kita menyambut bulan Syawal.  Tahun ni aku tak banyak sangat beraya ke rumah orang. Masa aku banyak di habiskan dekat rumah dan pergi kenduri kahwin. Ramai sungguh orang kahwin raya tahun ni Oh. Tahniah untuk diri aku juga sebab tahun ni duit raya yang aku dapat lagi banyak dari tahun lepas. Kedua-dua timbalan presiden mafia  yang juga merangkap anak buah aku juga pulang berhari raya.Overall raya kali ni seronok sebab dapat banyak duit raya. Siapa tak seronok dapat duit raya ye dak?


Terima kasih daun keladi..taun depan dapat lagi..
Aiman dan haiqal
Dikesempatan ni aku juga nak ucapkan selamat hari raya  aidilfitri kepada semua pembaca blog omel omelan. Anda memang awesome! Selamat hari raya!

Saturday, August 25, 2012

Kemaafan

 Perbualan dengan seorang  sahabat.

A      : Salam..testing

B      :  Salam..testing apa?

A      : haha..weh aku nak tanya dengan mintak pendapat.  Kalau ada orang sakitkan hati kita tahap gaban, apa yang patut kita buat?

     : Kita wat tak tau ja. Sebab sabar tu sebahagian dari iman. Jadi bersabar. jangan kita balas apa yang orang buat dekat kita. Sabar ja. Yang membezakan kita dengan orang lain..hang sabar..

A      : Tapi macamana kalau hati susah nak maafkan orang tu?berdosa tak? Aku dah cuba nak maafkan tapi  tak boleh.

B      : Dosa tak dosa aku tak mau jawab. Tapi sebolehnya kalau kita buat salah dengan orang tu kita kena minta maaf. Sama ada dia maafkan atau tak tu terpulang. yang penting kita dah buat dah tanggungjawab kta dengan minta maaf. Jadi, kalau boleh hang maafkan..sedangkan Allah pun maafkan hambaNya...nikan pulak kita sebagai hambaNya. Takkan tak boleh maafkan sesama hamba?

A      :  Dah cuba tapi macam x ikhlas..sakit sangat hati aku ni gamaknya. aku rasa biarlah masa menentukan

B      : Susah tau nak cakap pasal ni. Takpa.. hang buat ja yang terbaik. Soal ikhlas ni susah sikit. Allah ja yang tau. Kadang-kadang kita kata ikhlas tapi hati kata? mengungkit juga kadang-kadang. tu yang susah. Bila hang betoi-betoi boleh maafkan dia baru akan timbul keikhlasan tu

thanks sahabat, well said..

Tuesday, August 14, 2012

kalau dah jodoh..


Salah seorang pembaca setia aku mencadangkan aku untuk buat satu entry pasal gambar kat bawah ni. Dia ni memang selalu baca blog aku walaupun banyak benda merapu yang aku tulis. Dia dah mula baca blog aku sebelum aku buat blog dekat blogger.com ni. Dia juga merupakan salah satu sebab  kenapa aku tulis blog sampai hari ni. Sentiasa support aku walaupun aku tahu blog aku ni banyak benda merapu.

Ok my dear viewer..



Normal bagi seseorang untuk mempunyai sifat saling sayang menyayangi. Cinta sesama insan bukan kita yang boleh kawal. Perasaan itu sendiri hadir tanpa diundang. Pada pendapat aku sendiri, cinta itu lebih indah kalau  tak diungkap. Lebih manis jika disimpan pada yang berhak. Memang betul bagi pasangan yang belum berkahwin, jarak yang jauh mampu menguji kesabaran jarak yang dekat pula ujian iman menanti. Berhenti berharap pada yang tak pasti.  Jangan terlalu yakin orang yang bersama kita sekarang ni bakal menjadi teman hidup kita.Kalau betul dia ditakdirkan untuk kita, takkan lari gunung dikejar. Aku sendiri pernah berharap dan harapan itu sendiri memakan diri. Bagi perempuan, cari lelaki yang betul-betul boleh membimbing kita. Cinta sahaja bagi aku tidak mencukupi. Perkahwinan itu bukan sehari dua. Teringat aku kata-kata  seorang kawan " kau ingat cinta tu boleh beli roti gardenia dekat kedai"?.Kelakar.. tapi mempunyai maksud tersirat yang mendalam. 

Kahwin untuk sekadar memenuhi tuntutan nafsu kebiasaannya tidak kekal. Bagi aku sendiri, aku akan tunggu. Menanti pada yang berhak.Cinta akan jadi berharga bila diberikan harga terhadapnya. Nilainya akan bertambah tinggi bila harganya ditinggikan. Tidak perlu ingat memori luka dalam hidup kita. Setiap kelukaan akan lebih parah jika kita menghirisnya sendiri. Carilah kesembuhan. Anggap setiap yang ada pada kita dan semua yang tak terjangkau oleh kita tidak semestinya hak kita tetapi kita perlu redha dan tabah dengan apa sahaja ketentuanNya.


Monday, August 13, 2012

formspring pengukur tahap kebosanan..

Aku mula ada akaun formspring beberapa tahun lepas. Pada pendapat aku, formspring dapat menentukan tahap kebosanan seseorang. Lagi banyak soalan formspring yang di jawab, makanya tahap kebosanan seseorang itu semakin tinggi. Kat bawah ni antara soalan dekat akaun formspring aku yang di tanya oleh formspring, kawan-kawan aku dan juga cik anon..er anonymous..

longest days?probably 3 days..masa camping..badan pun bau macam kambing..oh mungkin kambing lagi wangi dari saya..


tido..memang best..rugi la kalau hangpa tak tidoq..nikmat ooo..


yeah i do..echo dalam bilik air membuatkan suara kedengaran best..perghh..


J.K rowling..i could be a millionaire or should i say billionaire..kaya jenab kaya..


enjoy the view..close my eyes..feel the vibe..^_^


banyak..tapi yang paling nak in real life doraemon..best oo kalau doremon tu wujud..


Depends. It is not a good excuse for lying if it would getting people in trouble or covering up ur own mistakes. But i think it is acceptable if you want to prevent hurting someones feelings or protect someones privacy..

errr..Malaysia is freaking hottt..


mimown si emo..kahkah..ntah..aku main bubuh je


best jugak layan formspring ni bila boring..

Sunday, August 12, 2012

ok dah update!

Hampir sebulan aku tak update..
Macam lama  sangat dah aku rasa. Bulan puasa ni aku sememangnya sibuk. Sibuk yang sememangnya sibuk. Aku dah start mengarut. Ok cut the crap .. Bulan puasa ni aku tolong mak aku business kuih raya. Jadi tiap tiap hari aku mengadap kuih raya sampai satu tahap aku rasa muka aku dengan kuih raya dah  tak banyak beza. Aku juga ambil part time jahit labuci dengan manik (padahal bukan banyak pun).Tapi.. tapi.. tahukah korang semua bahawa nak jahit labuci dan manik perlukan tahap kesabaran dan ketekunan yang tinggi.Sampai mak cik aku cakap.."eh future engineeer menjahit"? 

Sebenarnya aku mula belajar jahitan manik dengan labuci ni untuk menambah lagi kemahiran yang aku ada. Instead teori yang aku belajar dekat uni dalam bidang yang aku ambil, aku rasa setiap orang perlukan kemahiran sekurang-kurangnya satu. Mak aku cakap, orang yang ada kemahiran campak dekat mana-mana pun boleh hidup.Tambahan lagi kalau perempuan sebab perempuan yang banyak kemahiran ni biasanya menjadi pilihan ramai lelaki. Sebab tu aku nak tambahkan lagi kemahiran yang aku ada. Sampai mak cik-mak cik yang jumpa aku mesti cakap "bagusnya anak mah tu dah la pandai masak.. pandai menjahit pulak tu..sesuai beno nak dibuat menantu". Ok aku tipu. Aku belum sampai ke tahap tu.
Bila cakap pasal lelaki dan kemahiran pula, aku sangat teruja bila tengok lelaki memasak .Aku rasa lelaki nampak hot bila memasak. Ok. Kita tolak chef wan. 

Jamie oliver. Aku suka tengok dia masak. sempoi.. tup tup dah siap.

jamie oliver yaww..credits to google
sherson lian. Aku tengok mamat ni dalam 5 rencah 5 rasa.
.
credits to google
Apa yang aku nampak sesiapa yang ada kemahiran senang nak berjaya dalam hidup. Bagi aku tahap pelajaran seseorang belum tentu menjamin kesenangan hidup di kemudian hari.. Jadi, bagi yang dapat sambung study dekat top uni jangan nak ek sangat ye. Kadang-kadang kawan-kawan kita yang belajar dekat kolej komuniti tak pun dekat mana mana pusat kemahiran lagi berjaya dari kita. Bagi sesiapa yang tak dapat masuk uni, jangan risau. Kalau betul tak minat sangat belajar, cari lah kolej yang menawarkan kursus kemahiran yang korang minat. Tetapkan azam dan jangan putus asa. 
Banyak orang berjaya dekat dunia ni tak masuk kolej dan berhenti belajar tapi masih berjaya contohnya microsoft  founder " bill gates". Kat Malaysia ni pun ramai yang tak belajar tinggi tapi boleh berjaya. Aku tak bermaksud pendidikan tu tak penting, tapi aku nak cakap yang pendidikan tu tak menjamin kejayaan seseorang. Mentaliti masyarakat kita sekarang ni kalau seseorang tu belajar kolej ke, politeknik ke, giat mara ke mula la pandang serong. 'low class' kononnya. Yang belajar uni juga yang dipandang tinggi walhal kursus yang diambil tu biasa dan tak berat pun tapi sebab dekat kad matrik tertera belajar unibersiti sekian sekian..perasaan bangga tu wujud. Lepas tu mula pandang rendah orang lain yang tak berjaya menjejakan kaki ke menara gading. Pointer pun cukup-cukup makan tapi bangganya kemain macam dapat dean list setiap sem.
Pergh  panjang gila aku bebel.



Aku rasa ni antara entry terpanjang yang pernah aku tulis..aku sendiri pun tak larat nak baca..