klik le

Thursday, January 31, 2013

Meow anda sudah mandi?

Assalamualaikum.

Hai semua adakah meow anda sudah mandi?Hari ni aku nak share tips mandikan meow. Maaf gambar yaya mandi tak dapat disiarkan sebab ini bukan belog porno. faham? eh?.


ni bukan yaya.sekadar gamabr hiasan tq mr google.

Ok perkara utama sebelum mandikan kucing ialah dengan memotong kuku beliau?mengapa? Banyak kebaikan potong kuku meow ni :

1) Masa mandikan kucing, dah tentu ko takkan kena cakar sebab kucing biasanya takut air jadi secara tak langsung dia akan cakar tangan  ko kalau time ko mandikan dia kan? sayangkan kulit?sila potong kuku meow anda.

2) Perabot rumah akan selamat dari cakaran. Meow ni bukan boleh kira time gedik dia datang semua benda nak mencakor, jadi bila kuku dia pendek dia tak boleh mencakor bahkan dia akan tolong bersihkan debu debu dekat perabut anda menggunakan paws dia wakakaka

3) untuk keluarga anda juga. Pernah tengok kucing meroyan?memotong kuku kucing juga merupakan  langkah berjaga jaga kalau kucing anda meroyan. Bila dia meroyan dan nak cakar siapa siapa, dia hanya mampu tunjukkan paws tanpa kuku sebab kuku dia dah kena potong. Lepas tu ko cakap kat meow tu? 'eh meow mana kuku?'

Ok sebenarnya kucing pun kena potong kuku untuk setiap 10 hari. Eh ko ingat ko je nak manicure?meow pun nak weh. Tak caya cuba tanya diorang.

Ni step untuk potong kuku meow:

1) memula pegang meow dengan lembut, jangan ganas ganas.
2) nak guna pengetip biasa pun buleh pun buleh.
3) potong kuku dari arah bawah bukan sisi sebab nanti kuku meow pecah.
4) Refer gambar kat bawah ni untuk tau limitation dia

sumber : google

Lepas kuku dah potong meow boleh mandi tapi sebelum tu pastikan yang meow anda mandi  air suam dan bukan air panas ataupun air sejuk dari paip. Air suam tau.
Masa mandikan meow pastikan slow slow, jangan terus jirus air sedebuk sebab nanti kompem  meow ko melompat. Bila slow slow, meow akan rasa lebih releks.


muka meow pasrah dimandikan..kredit ke google


Untuk shampoo aku pakai brand  shampoo friskies ni untuk yaya, bulu yaya lebih bersinar ibarat rambut model iklan pantene dan keanggunan yaya terserlah.

cett aloe vera bagai. sumber : google

Lepas mandi cepat cepat keringkan meow anda jangan biarkan meow anda kesejukan .

Ok tu je, selamat mandikan meow anda ..

that's all,
till then,
babai ^_^

Sunday, January 27, 2013

kak mimo berjimba di penang..

Assalamualaikum.

Uolss semua ingat tak selepas final exam hari tu Iolss bagitau yang Iolss pergi berjimba and I know uolss semua curious nak tau I pergi mana eh walaupun tak curious Iolss nak bagitau jugak. Di satu pagi  yang hening, Iolss  bersama kawan-kawan Iolls yang lain seramai 4 orang, ok kalau uolss terror matematik termasuk Iolls ofcourse la total yang pergi 5 orang. Ok abaikan. Kami seramai 5 orang pergi berjimba di penang, tempat pertama yang kami pergi ialah Penang Street Art, wall painting. I am sooooo into art u know walaupun pendidikan seni I masa sekolah jarang dapat A. Ok aku tipu, aku tak ada la minat sangat art ni cuma aku pergi sebab nak bergambar, sebab ramai foreigner duk bergambar dan memandangkan aku seorang rakyat Malaysia, aku juga harus bergambar di situ, eh siapa lagi yang akan promote tempat-tempat di Malaysia kalau bukan rakyat Malaysia sendiri? ok take note sila lantik Iolss jadi duta cuti cuti Malaysia.

Mural art penang.
Jenuh jugak la masa ambil gambar dekat mural ni sebab setiap mural ditempatkan di lokasi yang berbeza.  Nak senang kena beli peta dulu sebab ada hampir 8 mural pada setiap lokasi yang berbeza. Kesemua mural ni dilukis oleh seorang artis, artis ye bukan retis,  nama artist tersebut ialah ernest zachrevic and seriously lepas tengok mural tu aku tetiba minat art. eh?

Kalau nak tahu, lokasi mural ni  ada dekat blok-blok yang berhampiran dengan komtar. Meh layan gambar, lai lai..



“Boy on a Bike” Mural, Ah Quee Street, George Town, Penang-with ain



“Boy with dinasour” Mural, Ah Quee Street, George Town, Penang-withkak chik


“Little Children on a Bicycle” Mural, Armenian Street, George Town, Penang

“Reaching Up” Mural, Cannon Street, George Town, Penang-with zira
Children in a Boat” Mural, Chew Jetty, George Town, Penang

3 ketul makhluk Tuhan..2 ketul lagi terjun laut wakakaka


Disebabkan kepanasan dan kepenatan, ada beberapa mural yang tak sempat kami pergi. Tapi rasanya tu dah cukup kot. Yang penting kami seronok ibarat kanak kanak rebena. Next destination? 1st avenue mall diikuti dengan pantai batu feringgi.

ok dah tiba masa untuk berbikini dan berjemur..fuh fuh


by ain
Hari yang sama juga aku rushing kejar bas nak balik rumah. Memandangkan ain ngantuk, aku terpaksa ganti dia drive balik ke kampus dan seriously diorang semua takut dengan cara pemanduan aku..hahahaha..sorry kengkawan.

kuah laksa kuah satay,
ada masa, kita holiday.

naik feri ke batu feringgi (tak ada kaitan)
kalau free I update lagi..*padahal memang free kahkahkah.

Till then,
babai


Thursday, January 24, 2013

Kak mimo dan petua

Assalamualaikum

Tahukah anda bunga raya banyak khasiatnya? Sebenarnya aku baru baca buku 202 khasiat herba yang ditulis Sabda.s. Aku nak share kebaikan bunga raya yang kita selalu jumpa tepi jalan. Lepas aku baca buku ni baru aku tau yang banyak tumbuhan yang selalu kita jumpa mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Bila sebut bunga raya semua orang tau tapi bila sebut hibiscus rosa-sinesis ramai yang tak tau. Hibiscus rosa-sinesis tu merupakan nama saintifik bunga raya lagipun orang mudah nak ingat nama pendek ni. Yelah sebagai contoh nama sharifah zubaiadah, orang mesti panggil pah tak pun bedah takdanya orang nak panggil nama penuh. ok abaikan.

ok ni khasiat bunga raya:

1) Melegakan panas badan

cara rawatan : Ambil beberapa helai daun bunga raya yang segar dan ramas bersama sedikit air. Sikit je jangan letak sebaldi pulak. Lepas tu, apabila dah berlendir, sapukan diseluruh badan atau  letakkan di kepala terutama area ubun-ubun. Tak tau ubun-ubun tu apa? ha engko tanya encik google.


2) Kelemumur

lepas ni tak payah risau dah rambut ada kelemumur dan tak perlu kagum dengan iklan shampoo head and shoulder yang "nama saya rain" tak pun kareena kapoor. Tanpa perlu kekedai dan kehabisan duit, masalah kelemumur dapat diatasi dengan daun bunga raya.kagum?

cara rawatan : Ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramas hingga keluar lendirnya. Ambil lendir tersebut dan pupurkan di atas kepala. Biarkan setengan jam sebelum dibilas. Masalah kelemumur bukan sahaja dapat diatasi bahkan rambut anda akan kembali lebat  takperlu lagi shampoo bawang.


3) Penawar racun dan merawat radang paru-paru.

cara rawatan : Ambil akarnya dan rebus. Minum air rebusan tersebut setelah suam. Jangan buat kerja gila dengan minum ketika air masih mendidih.


Ok tu je untuk hari ni. Nanti kak mimo share lagi petua ye.
Till then,
Bai


Perkara yang bermain dalam fikiran aku..

Assalamualaikum..

Dah hampir seminggu bercuti, banyak benda aku nak update sebenarnya tapi kelajuan internet memang berada pada tahap siput ah mungkin siput lagi laju.

Banyak benda yang bermain dalam fikiran aku sekarang ni..

1) kenapa bila dekat rumah aku malas mandi?
2) kenapa aku cakap kopi yang adik aku buat tak sedap padahal aku dah addicted.
3) Apesal kuku aku panjang balik?bila aku nak potong, pengetip kuku hilang bila aku taknak potong dia ada pulak..eh?
4) kenapa cuti aku sebulan kenapa tak dua puloh empat belas bulan
5) Amenda yang aku beli, cepat benar duit aku habis
6) kenapa aku boleh layan gambar kucing atau video kucing sampai 3 pagi? mana life aku? arggghh
7) kenapa aku lagi tertarik dekat meow instead of mamat korea yang jambu? bubububububu (gelak dalam air).
8) kenapa internet aku slow..aku nak hupdate blog aku..aku nak upload gambar dekat blog aku. tolongla paham!

Maaf, emosi aku terganggu sebab banyak sangat persoalan yang bermain di fikiran aku.
Till then.
babai

Wednesday, January 16, 2013

Listen listen listen

Assalamualaikum.

Sekarang ni kecoh pasal isu forum suara mahasiswa.
Tak perlu nak hurai banyak.
Satu je, kalau kita nak orang hormat kita, kita pun kena hormat orang lain.
Apa yang lebih penting, bila cakap gunalah otak, jangan sampai nampak kebodohan kita sendiri.
Video dari mat lutfi, parodi forum suara mahasiswa..
Genius!


listen..listen..listen..gua nak tido..
ok bai

Eh...macam tak percaya..


Assalamualaikum.

Iolss nak buat pengumuman kat uolss semua. Iolss dah habis exam untuk semester ni. titew conot cangat!!
( seronok  sangat engko tunggu la nanti result keluar tengokla seronok ke tak..). 
Tahun ketiga semester pertama dah berlalu seriously rasa macam cepat sangat, aku rasa baru je hari tu aku masuk sem tiba-tiba dah kemas kemas nak balik.

 my last paper for this sem. eh payyperr la..



walau apa pun aku tetap gembira sebab dapat balik rumah ye lah siapa yang tak seronok balik rumah ye dak? yaya pun dah beranak, mesti anak dia comel comel macam tuan dia..wakkakaka..
esok aku nak pergi berjimba..

till then,
babai


Saturday, January 12, 2013

Eh, suka hati lah


Assalamualaikum..

Eh rajin pulak aku update masa exam week ni eh tapi suka hati lah kan,  ni kan belog aku eh?
Sebenarnya aku saja nak rehat lepas 96  jam mengadap buku tanpa henti. Ok. aku tipu sila jangan percaya. Aku baru je lepas makan dan agak kekenyangan, perut dah macam orang mengandung 3 bulan jadi bila kekenyangan mata mengantuk, bila mengantuk tak boleh nak study, tapi kalau tidur lepas makan nanti gemuk so tak ada option lain selain update blog. Agak-agak relevan tak alasan ni? ok abaikan.

ada a few questions dari pembaca blog ni..
antaranya..
1) blog ni tak ada tutorial ke?

sebenarnya aku memang bercadang nak buat tutorial tapi tutorial apa aku nak buat?

Make up
Aku memang seriously tak gheti make up. Satu satunya bedak yang aku pakai masa keluar rumah atau nak pergi kelas ialah bedak silky girl yang botol kecik tu, harga dia dalam 3 hengget lebih. Bukan bedak compact tapi bedak talkum tu. Muka aku jenis berminyak jadi memang tak sesuai untuk pakai compact powder.
Kalau aku buat tutorial cara nak pakai bedak botol tu ada ke orang nak baca belog aku? kalau aku buat jugak dua baris je la ayat yang aku dapat, tapi kalau nak bagi panjang jugak boleh kut.

Tutorial pakai bedak.

1) Mula-mula pergi kedai, cari bedak yang paling murah.
2) pergi ke kaunter dan bayar harga bedak tersebut.
3) pulang ke rumah, sebelum tu beli pisang goreng tepi jalan.
4) Selepas sampai ke rumah, makan pisang goreng sampai habis.
5)Tonton televisyen sambil mengumpat dengan kawan-kawan.
6) Dah penat mengumpat, sila mandi..bersihkan diri sesucinya.
7) Selepas mandi, tengok muka ada jerawat tak.
8) kalau ada jerawat, picit jerawat secukupnya.
9)lepas picit jerawat, cuci muka  secukupnya sehingga bersih
10) Lap muka sehingga kering
11) perhatikan cermin, yakin yang anda hensem dan cantik
12) keluarkan bedak yang baru dibeli
13) tuang di atas tapak tangan dengan density 0.000000555 kg/m3. Guna penimbang kalau tak yakin
14)Ratakan bedak di atas muka. Sapu dengan rata.
15) pandang cermin dengan confident.

selesai.

Pada pendapat aku, kalau nak buat apa-apa tutorial seseorang tu perlu arif dalam sesuatu perkara tersebut. Kalau tak jadi macam kat atas ni ha..kahakhakhah. jangan marah..chill..

p/s : nak sambung belajo

Friday, January 11, 2013

Untuk apa menipu?


 Assalamualaikum.

Berapa ramai orang yang jujur dalam dunia ni?
kalau ikutkan dalam dunia ni ada ke tak orang yang tak pernah menipu? Mungkin ada. Tapi percentagenya mungkin  sangat sedikit, lagi lagi apabila kita terperangkap dengan mentaliti  boleh  tipu sunat, makin ramai  dan bersemangat la  orang untuk menipu sampai sesetengah tu jadikan menipu ni sebagai habit.

Aku sendiri mengaku yang aku ni pun tak sempurna, kadang-kadang aku pun menipu. Tapi agak agak la kalau nak menipu tu. Aku rasa tipu tu acceptable kalau nak lindungi seseorang atau untuk sebab-sebab tertentu yang munasabah. Tapi aku menyampah dan benci gila dengan spesies manusia yang menipu untuk kepentingan diri sendiri, nak dapatkan simpati atau menipu supaya persepsi orang ramai tentang diri dia bagus dan sempurna.

Apatah lagi kalau cuba dapatkan sesuatu dengan menipu, percayalah apa yang kita dapat tak akan kekal lama. Maaf, sekali aku ditipu aku memang susah percaya pada orang tu. Tak perlu nak menipu bagai, kalau Allah nak tunjuk time tu jugak boleh kantoi, lepas tu tau pulak malu. Aku bukan manusia yang mudah percaya pada luaran seseorang, luar mungkin cantik dan sempurna tapi hati?


Bukan niat untuk mengaibkan sesiapa, semuanya berdasarkan pengalaman aku sendiri.

Kulit putih bersih diluar belum tentu menjamin kebersihan hati didalam. Mungkin dah tiba masa kita berhenti dari mencari krim pemutih terbaik untuk kulit, hati juga perlu diputihkan.


Mimo,
12.15 am

 

Wednesday, January 9, 2013

Kucing meroyan..

Assalamualaikum.

Pernah tengok kucing meroyan?
Ha..meh layan video kat bawah ni..
Garang betul meow ni..


Monday, January 7, 2013

Perbualan bersama presiden mafia..


scene 1
Aku membuat panggilan ke talian tetap rumah.

Aku             : Assalamualakum, hello adik ke ni?
P. Mafia       : Hello? hello? hello?ape?tak dengar,,hello?hello?

tut..tut..tut..talian dimatikan

Lepas tu aku call balik

Aku  : Assalamualaikum..
Mak : waalakumussalam.
Aku : mak, tadi sapa yang angkat telefon?
Mak : adik la tadi. Dia kalau tengah tengok katun memang macam tu.
Aku  :............

scene 2.

Aku       : Assalamualaikum,hello adik.
P. mafia : ye..
Aku       : Dah bagi yaya makan?
P. mafia  : Adik baca kalau bagi kucing makan banyak lepas tu tak payah bagi makan dah..minggu depan pulak bagi..
Aku       :.......

Rindu ke budak ini



p/s :10 days left..

kisah aku si penyeludup..


Assalamualaikum..


Dalam beberapa minggu ni aku selalu berulang alik ke perpustakaan.
Tak perlu bagitau yang aku ni seorang yang rajin, perkataan perpustakaan tu sendiri menunjukkan yang aku ni seorang yang rajin menelaah ataupun mengulangkaji pelajaran..kahkahkah..

Aku sebenarnya mempunyai masalah untuk fokus belajar di dalam bilik al maklumlah si katil yang gebu memanggil manggil untuk didampingi oh si lappy juga bukan main gedik nak kan perhatian. Aku memang kalah pada pujuk rayu dua benda ni. T_T.

So, aku decide untuk study dekat library, baru nampak macam budak bijak..kahkahkah keji gila alasan ni.
Imaginasi aku  menunjukkan yang apabila sampai library aku akan study dengan tekun, tawadduk dan istiqamah.

Tapi..tapi..

Itu semua imaginasi, realitinya tak sampai berapa minit aku dah menguap lepastu  siap boleh tidur dan tambah best siap ada air liur basi memang terbaik!
Jadi untuk elak mengantuk, aku telah menjadi seorang penyeludup.
Library tempat aku belajar agak strict, pakai slipo tak boleh, bawak makanan tak boleh , gula gula, jajan and so on and so forth.
Jadi aku telah menyeludup beberapa jenis makanan ringan . Memang penuh poket sweater dengan seluar aku, sekali tengok dah macam teletubbies..dua kali tengok dah macam aku. ok abaikan.


Berikut perbualan antara seorang pustakawan dan tukang sapu. Masa tu pustakawan ni tengah cek beg aku which is compulsory setiap kali masuk library.

Mak cik tukang sapu : En  tengok ni seplastik penuh sampah..
En pustakawan          : Aik pelik betul. Padahal selalu je cek beg budak budak ni. Tapi tak jumpa apa apa  pun .

en pustakawan tu pun dah jeling jeling aku. Tapi aku buat muka relek dan buat muka tak bersalah, lepas tu aku pun menyampuk.

Akuah ah kan. Pelik betul padahal beg memang kena check. Macam mana lah boleh lepas? pelik betul. En check dah kan beg saya?tak ada pa pe kan? . Saya rasa lahkan encik, mesti ada je diorang sorok kat dalam beg tu, celah buku ke, dalam fail ke.

Ya. aku siap beri cadangan dan ya aku lepas dari menjadi salah seorang yang disyaki. Pandai betul engko berlakon Mimo.

Sebenarnya bukan aku sorang penyeludup, ramai lagi yang jadi penyeludup, cuma sebagai seorang penyeludup kita kena bertanggungjawab kepada barang yang diseludup. Pandai pandai la nak hidup..miahahaha

Sekian.

tak ada maknanya study kalau mengadap lappy miahahhaha

p/s : 3 paper dah lepas 2 more payperss payyyperrrss