klik le

Friday, March 29, 2013

Movie paku..

Assalamualaikum..

Tak lama lagi akan ditayangkan movie yang berjudul paku lakonan Johan As'ari, Aisyah Illias, Diana Johor, dan Azad. Ok aku terus terang, aku memang tak suka tengok cerita hantu  dan lagi prefer tengok cerita thriller yang kerat-kerat orang. Sebab? bila aku tengok cerita hantu aku akan mengambil masa bertahun untuk padam memori hantu tu dalam ingatan aku. Ni semua sebab cerita hantu Indonesia tajuk dia tak silap aku Malam Satu Suro yang ada sundalbolong. Demmit tetiba bulu roma aku meremang. Aku tengok cerita tu masa darjah satu, lepas tu sampai termimpi-mimpi dah tu pulak ambil masa bertahun nak hilangkan si sundalbolong tu dalam ingatan aku. See the point? Lepas ni jangan gedik-gedik ajak aku tengok cerita hantu..huh!

Ok berbalik pasal movie paku ni, aku tak tengok pun lagi cuma baru tengok trailer tu pun kawan aku yang suggest masa tu dalam lab komputer. Tengah syok-syok tengok tiba-tiba kena tegur dengan Dr Asyraf.

" ha tengok youtube, tengok apa tu?"

Agak terperanjat disitu lepas tu jawapan spontan " cerita hantu dr" sambil tangan masih tak dialihkan dari mata. Arghh aku memang tak boleh get along dengan benda mistik ni. 

Alkisahnya Paku ni mengisahkan si Johan As'ari yang kematian isteri dalam satu incident yang menyayat hati. Sebab sayangkan isteri dia, dia sanggup nak hidupkan balik isteri dia. Method yang dia guna tak lain tak bukan ialah cucuk paku. So dia dengan kawan-kawan dia sanggup korek balik kubur bini dia. Lepas dah cucuk paku tu hidupla balik bini dia (kena faham maksud hidup ni..) . Tapi ada a few things yang si Johan ni kena buat antaranya tak boleh ada ayat al- Quran tergantung dalam rumah, tak boleh laungkan azan dan ect.
Lepas tu banyak konflik, suspen dan sebagainya dan nak tahu lebih pergi tengok sendiri kat pawagam. Tapi setakat ni lepas tengok trailer ramai kawan aku cakap best. Tapi tak tahulah kualiti dia macam mana. Kadang-kadang cerita hantu banyak benda mengarut, tapi benda tu yang best wakakaka.

kat bawah ni trailer dia..


katanya berdasarkan cerita benar, ntah ye ntah tidak. kalau nak tahu, pergi kompemkan dengan director dia ye..hihihi.

Selamat menonton

Tips kulit berminyak dan berjerawat.


Assalamualaikum..

Hai uolss. Sebelum ni aku pernah buat review pasal produk muka kan? Kali ni aku nak buat review khas untuk sapa sapa yang satu spesies dengan aku yang mempunyai kulit berminyak tahap gaban, dah berminyak lepas tu jerawat boleh pulak bermaharajalela macam buat parti atas muka aku. Aku sebenarnya excited ni kahkahkah.

Alkisahnya, aku pernah mempunyai kulit yang flawless tapi panas yang disangka sampai ke petang rupanya ribut taufan catherina di tengahari. Lepas umur aku masuk 22 tahun, aku mempunyai masalah jerawat yang teruk gila. Dah la berketul ketul pastu besar besar pulak tu. Serius scary.

Aku tak pernah tukar pencuci muka since aku remaja. Aku memang stick dengan safi balqis gamat tu. Tapi lepas dah jerawat semakin teruk, aku decide untuk tukar pencuci muka lain. Atas nasihat mak aku, aku tukar kepada sebamed, aku pernah gak try cetaphil tapi tak suka sebab dia macam tak bersih je lepas cuci maybe sebab buih takde langsung so aku rasa muka aku tak bersih walaupun cuci banyak kali. ok abaikan




Eh tapi orang kata muka berminyak lambat kedut..really??


Nak kata kulit aku flawless macam retis-retis korea memang tak lah tapi kulit aku bertambah baik lepas aku pakai produk-produk yang bagi aku sesuai untuk manusia yang kulit berminyak dan berjerawat.

Jadi sekarang ni aku nak buat review produk yang bagi aku sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat.

Produk yang pertama woot woot..

SEBAMED

Produk ni memang best dan aku pernah try krim,toner dengan cleanser dia. Ada pros dengan cons jugak. Macam toner, tak  sesuai sangat dengan aku sebab bila pakai  kulit aku makin berminyak. Krim pun sama. Tapi cleanser dia memang terbaik. Jadi sekarang ni satu-satunya produk sebamed yang aku pakai ialah sabun sebamed yang keler putih tu. Ada dua kaler satu yang hijau dan satu yang putih. Tapi untuk muka aku prefer yang putih tu la sebab memang untuk muka yang sensetip pon. Yang kaler hijau tu not bad jugak tpai bau dia alahaii.. 

yang ni yang kaler hijau



Sebamed ni tak susah pun nak cari, stok ada je kat farmasi takpun kat guardian atau watson tapi biasanya aku beli kat watson harga tak silap aku Rm 13++ tapi kekadang watson ada buat promotion. The best part sabun ni tahan lama dalam sebulan gitu.

Dan so far, kulit aku makin kurang berminyak dan kebanyakan kawan aku yang ada masalah jerawat pun prefer sabun ni.

Produk yang seterusnya ialah..

TOPICIL 


yang belah kiri tu tak ada kaitan..

Topicil ni disuggestkan oleh owner farmasi dekat parit buntar. Aku suka gila benda ni sebab? tahan lama dan berkesan. Functon dia kecutkan jerawat dan hilangkan parut tapi ambil masa, jangan lah pakai sehari dua lepas tu ko expect muka ko flawless macam retis korea, memang taklah. Benda ni tahan lama, walaupun kecik tapi since aku beli dah 6 bulan tak habis habis lagi. Cara penggunaan cuma dapkan je dekat muka. Harga dalam rm 2+..tapi bawah rm 30.
Rate? 9/10

Tips yang lain, jangan pakai bedak kompak atau foundation. Aku tahu setengah daripada korang memang suka mekap tapi kalau kulit korang teruk berhenti la dulu, bagi kulit korang rehat dulu. tapi kalau nak pakai jugak bedak aku nasihatkan pakai bedak tabur. Bedak tabur tengok jugak, johnson baby tu tak ok sangat sebab kulit tetap rasa berminyak. So aku nak cadangkan jeng jeng jeng

bedak AIKEN
sumber gambar: Google
Yes bedak ni la yang aku tepek dekat muka aku. Memang tekstur dia kasar tapi trust me, jerawat boleh hilang. Ni semua dari experience aku sendiri.


Tips yang lain macam biasa, minum air kosong banyak banyak (benda ni yang orang jarang buat lepas tu keep complaining napa muka banyak jerawat), kurangkan makanan berminyak dan makanan yang banyak preservatives. Senang cerita amalkan gaya hidup sihat..eceeh. Lagi satu elak la makanan yang gatal macam sambal belacan dan seafood. Aku pernah buat eksperimen kat diri aku sendiri, bila aku makan belacan je jerawat naik, bila tak makan je kulit ok eh? tapi sebab aku ni memang peminat tegar sambal belacan, aku makan je, result tanggung sendiri..mihmihmihmih



ok..
till then

Thursday, March 28, 2013

Tu la..kan dah kena penampo..



Degil betul. Ha kan dah kena penampo sampai jatuh tergolek.. kahkahkah.. kelakar betul diorang ni.

Saturday, March 23, 2013

cinta yang terhalang..




kesian meow cinta beliau dihalang. Jangan putus asa ye meow.harharharhar.

Thursday, March 21, 2013

Berhenti! mereka juga makhluk Tuhan!.

Assalamualaikum..

Maaf.
Aku agak sibuk kebelakangan ni..Emosi. Rohani. fizikal. Semua nak kena settle down.

Kebelakangan ni, dekat media sosial facebook terutamanya banyak dipaparkan kisah penderaan haiwan.
Bagi aku manusia yang mendera haiwan ni ialah manusia yang tak ada akal.
seriously aku tak tahu atas sebab apa manusia ni sanggup buat macam tu.

kalau ada kucing lalu, mintak makanan dan kau kedekut sangat nak bagi, ignore dah cukup tak perlu sepak terajang bagai.

kalau ada kucing curi makanan, biarkan.. tu rezeki dia tak perlu nak pukul kerat kaki dan sebagainya.
Fikirlah..kita manusia berakal jangan samakan diri sendiri dengan haiwan. Orang yang sanggup buat macam tu kadang-kadang aku rasa level dia lebih rendah dari haiwan

Aku juga pernah baca satu komen sangat bodoh dekat facebook. Gambar anjing didera dipaparkan dan salah seorang telah memberi komen.
.
"nasib baik anjing, bukan kucing"

Mungkin dia rasa anjing selayaknya diperlakukan begitu tanpa memikirkan semua haiwan tu makhluk Tuhan.

Oh aku juga pernah jumpa spesies manusia yang claim diri dia pencinta haiwan tapi setiap kali jumpa kucing kurap tepi jalan rasa "jijik" lari..dan cakap "euuu kotornya kucing ni". Kalau setakat suka kucing comel yang bersih tak perlu claim diri sendiri sebagai pencinta haiwan. Seriously kau buat aku muntah hijau.

Lagi satu kepada yang rasa diri dia pencinta haiwan, dan nak adopt kucing tak perlu habis beribu ringgi untuk dapatkan baka yang hidung kemek, kucing tepi jalan kalau dibersihkan, dijaga dengan elok pasti comel.


Aku rasa perlu ditubuhkan satu page baru untuk "pencinta haiwan comel"
tak pun pencinta kucing comel je" .


Sunday, March 10, 2013

Pray for Sabah..

Assalamualaikum..

Pray for sabah,
Pray for lahad datu.

Semoga keadaan bertambah baik. Untuk angah aku yang dah berada disana almost a  week berjuang untuk negara, semoga Allah swt melindungi dirimu dan semua pejuang tanah air.


dulu pendek

Monday, March 4, 2013

wish list..

 Assalamualaikum..

Sem baru dah start, agak sibuk sebab jadual pack err jadi sebelum assignment dan projek bertimbun dan berlonggok , aku seharusnya menghabiskan masa dengan berhibernasi sepuasnya supaya tidak menyesal di kemudian hari. Faham maksud aku? tak faham? tak apa tak penting pun.

Hari ni aku nak bagitahu wish list aku, tak semua tapi sebahagian..ni wish list untuk jangka pendek..


1)Yamaha fG730s


Aku suka music dari sekolah lagi. Sejak gitar lama dirosakkan presiden mafia and the geng, aku dah lama tak main gitar dah. Jangan salah sangka aku bukan klon yuna, najwa latiff apatah lagi ainan tasneem. Aku cuma bermain muzik, bukan menyanyi.

sebab?

sebab suara aku ke laut...kahkahkah..eh tak kalau ke laut mungkin boleh diselamatkan lagi tapi kalau ke dalam kawah gunung berapi? * jawab sendiri ..

2 ) Bungee jumping


wanna fly
Aku teringin buat bungee jumping lepas tengok runningman..wakakakka..
Aku ingat nak buat dalam tahun ni jugak..woot..woot..

c) pengunjung tetap gym..

Hmm..minggu  lepas aku dah pergi..tapi sehari..the next day sampai hari ni, masa petang aku dihabiskan dengan tidur..
Sem ni jugak aku masuk kelas tarian..kahkahkah..ntah macam mana boleh masuk pun aku tak tahu. Mula mula aku ingat masuk kelas tarian ni menari macam gangnam style kiranya presedin mafia darjah 4 tu boleh buat, sekali lagi aku silap.

Mula mula kena buat stretching macam budak yang menari ballet tu buat, aku masuk tarian moden yang mana basicnya dari tarian ballet. Tapi baru 4 step dah mengah, lagi 76 steps kena ingat.
Harapan aku semoga sem ni berakhir dengan dapat tubuh badan macam model victoria secret...kahkahkah..errr..keep on dreaming .



Nanti titew hupdate lagi yew mucuk..
maaf aku tekanan..

till then..bai..




Friday, March 1, 2013

besday ayah saya..

Assalamualaikum..

Almost 2 weeks since last aku update belog yang tak seberapa ni.
Hari ni 1st Mac 2013, besday ayah aku yang ke 58..woot woot..

Ini ayah saya..

gambar candid masa kenduri kahwin  belah perempuan
kalau ikutkan muka aku iras mak aku tapi perangai aku banyak ikut ayah aku..like father like daughter kan?

Perangai aku yang aku rasa dari genetik ayah aku :

1-spesies introvert..tak suka tempat yang ada ramai orang
2-tak suka kotor..ayah aku selalu jugak buat kerja rumah, kalau dia mop lantai  mesti dia buat 2- 3 kali round, bilik air tak boleh kotor..kalau aku mop lantai seround je dia mesti tegur, kalau bilik air kotor pun dia tegur. Perangai ni dah berjangkit dekat aku. Hari pertama bila aku cuti sem aku akan cuci semua bilik air dan kemas rumah lepas tu akan end up dengan dua plastik sampah yang besar. Jumpa je benda rosak atau tak guna aku buang.
Sampai satu tahap...

presiden mafia : sapa nampak kertas sekolah adik atas meja?

semua mata dalam rumah pasti tertumpu kat aku.
Aku?
biasanya jawapan selamat aku akan bagitau..' tak nampak' tak pun ' tu lah letak merata lagi kan dah hilang'.

3- tak suka pinjam barang orang dan akan berusaha sendiri untuk dapatkan sesuatu walau susah macam mana pun. Dari lesen, laptop dan barang-barang yang lain aku guna duit aku sendiri yang aku dapat dari kerja-kerja part time yang pernah aku buat.

4- Persamaan seterusnya ialah kami dua dua tak merokok. Miahhahaha. Sebab tu dia nampak lebih muda dan sihat..agaknya?

5- Adik aku pernah gelakkan aku masa aku tengah drive sebabnya tiap kali nak elak lubang atau lalu jalan yang bengkang bengkok aku kadang-kadang akan tercakap 'warghhh' yang mana benda ni biasanya dipraktikkan oleh ayah aku. secara tak langsung.

6- suka kacang. Kalau ada kacang dalam rumah, yang akan habiskan kacang tu tak lain tak bukan aku dengan ayah aku.

siapa tak sayang ayah ye dak?

till then..