klik le

Saturday, April 27, 2013

Kesian Tempe..

Assalamualaikum..

Hai uolss. Tetiba semangat update belog. Tetiba la sangat kan? Lately ni aku rasa tak best sebab kerja sekolah banyak. Assignments, projects bertimbun dan aku tak ada semangat nak buat. Terus terang, aku memang malas dan sampai sekarang aku musykil bukan ke time cuti ialah masa untuk bercuti dan berehat tapi kenapa time tu jugak cikgu dengan lecturer bagi kerja menimbun?

Musykil sampai sekarang. T_T

Berbalik kepada tajuk entry..
Pernah dengar tak orang cakap, nak sayang atau benci seseorang atau  sesuatu harus berpada? Mulanya aku tak berapa paham maksud disebalik ayat ni. Suka hati la bila nak benci atau sayang seseorang ye dak? Kenapa kena ada limitation pulak. 

kenapa?kenapa?kenapa?

Benda ni bermain dalam kepala aku doplah empat juta kali.
Rupanya baru la aku paham benda yang kita benci dulu tak mustahil satu hari nanti kita akan suka dan benda yang kita suka tak mustahil satu hari nanti kita akan benci.

Ni pengalaman aku. Dulu aku benci gila tempe. Tau tak tempe yang orang jawa suka makan tu? Aku tak suka nama dia, bau apatah lagi rasa. Pantang betul aku bila ada orang sebut tempe. Yang menjadi masalah ialah adik aku suka makan. Aku pun tak tau macam mana tekak dia ni boleh jadi tekak jawa. Asal dia balik je rumah mesti mak aku masak tempe, asal mak aku masak tempe je mesti dia balik rumah. Eh?



Sampai aku pernah merajuk sebab mak aku masak tempe. Cis! bila ingat balik nampak sangat ketidakmatangan aku ketika itu. Tapi aku peduli apa itu semua salah tempe dan kesian tempe dipersalahkan.
Dan entah macam mana, ada satu hari tu aku termakan tempe. Dan sejak hari tu aku terus obses makan tempe. Tiap kali balik rumah, aku akan pesan dekat mak aku, " mak masak tempe ek" sampai mak aku pun boring masak tempe. Kalau dekat hostel pulak aku akan pesan dekat mak cik kafe supaya simpankan tempe untuk aku setiap hari. 

Nampak tak? kita boleh obses terhadap sesuatu yang pernah kita benci dulu.

Eh makan tempe elok untuk kulit tau uolss. Tapi jangan berlebih, makan apa pun kalau berlebih ada keburukan. Makan tempe boleh cantikkan kulit. Nanti kalau ada orang jumpa dan tanya kenapa kulit cantik, nanti jawab je "Iolls makan tempe you" kan kelas tu daripada jawapan cliche..

" muke I cantik kesan dari air wuduk" 

same goes to people..

Benci atau sayang orang biar berpada. Jangan terlalu sayang, sebab tak mustahil suatu hari nanti akan membenci. Sama jugak kalau nak benci orang, janganlah sibuk mengutuk orang tu "hitam la, gemukla, jongang la" sebab tak mustahil kita akan end up dengan hidup bersama orang yang kita pernah kutuk atau benci dulu.

till then..


Thursday, April 18, 2013

Meow for adoption..

Assalamualaikum.

Salah seorang kawan baik aku nak let go salah seekor meow beliau sebabnya meow dekat  rumah beliau dah banyak.



Jangan risau meow comel ni baik budaknye..

Meow ni duduk area kl, kira meow bando la ni. Cet.
Kepada sesiapa yang duduk area kl, terutamanya cheras, boleh PM owner dia dekat facebook.
Ini link untuk owner meow ni:


till then..

Friday, April 12, 2013

Kak Mimo berjimba di Taiping pulak..

Assalamualaikum..

Kebelakangan ni aku cepat emo. Cis! ni mesti PMS. Aku juga berubah menjadi seorang pemalas, mungkin sebelum ni aku memang pemalas tapi kali ni lagi malas, dapat bayangkan?

Aku malas nak mandi *ewww, malas nak buat assignment, malas study, malas update belog dan macam-macam malas lagi. Tapi, ada dua benda yang aku takkan malas bahkan rajin dan terlebih, tak lain tak bukan aktiviti makan dan berhibernasi, wakakaka.. Eh?

Selain tu aku pun perasan yang belog aku ni makin lama tak ada hala tuju adakah ini tanda-tanda penuaan?
 I really need to fix this..

Panjang gila mukadimah, ok berbalik kepada tajuk entry, bulan lepas aku dengan kawan-kawan aku berjimba di Taiping, kitaorang panjat bukit larut. Ni kali pertama aku pergi bukit larut. Bukit Larut ni selalu di mentioned oleh cikgu geografi masa tingkatan 3 sebab tempat ni merupakan kawasan yang mempunyai jumlah hujan yang tinggi di Malaysia. Dengan fakta ni jelas menunjukkan aku agak fokus dalam kelas geografi kahkahkah*fokus la sangat..blerghh

Meh aku google sikit, bukit larut atau maxwell hill terletak di negeri Perak. Siapa cakap bukit larut kat pahang ke, kl ke  sila ambil semula paper geografi masa form 3.




Fakta.

Bukit Larut ni tinggi 1250 m dari aras laut (4100 kaki) suprisingly lagi tinggi dari Gunung Jerai tapi kenapa gunung jerai ialah gunung dan bukan bukit jerai?. Masih curious.
Perjalanan ke puncak dari kaki bukit ialah 13 kilometer means 26 kilometer pergi dan balik tetapi ada option lain. Boleh naik jip untuk ke puncak tapi seriously tak mencabar dan tak rasa kepuasan dia.
Aku dengan kawan-kawan aku yang lain seramai 6 orang decide untuk hiking tapi yang berjaya sampai ke puncak 2 orang, aku dengan budak bawah ni.



5 orang yang lain kecundang di tengah jalan. Walaupun ada yang tak sampai puncak, view perjalanan nak sampai puncak tu pun cantik sebab ada air terjun dan environment dia sangat sangat nyaman very da refreshing uolss.

Meh cekidaut gambar-gambar kat bukit larut.

ni masa checkpoint ke 50 something tak silap

panjat..panjat

nyaman 



ini ialah pokok

the best part bila kabus lalu dekat muka- fatin
view dekat kafe

playground



Apa yang aku suka pasal bukit larut ni view dia sangat ohsem sebab hutan dia tak terusik dan boleh tengok macam macam spesies flora dan fauna . Paling best mestila dekat puncak sebab environment dia sangat sangat refreshing even tengahari sejuk dia memang best macam kat cameron. Tapi ada jugak yang tak best, contohnya dari segi facilities la  contohnya tandas dan surau susah nak cari dan yang ada condition tak berapa bagus . Aku rasa bukit larut ni ada tarikan tersendiri tapi banyak benda yang perlu diperbaiki.

rasa tidak seperti rupa

Ada a few tips dari aku, kalau nak pergi sila bawa bekal sebab kafe dekat puncak harga mahal giler dan seriously tak sedap. Makanan tu boleh habis kalau korang memang lapar giler giler. Sebab bila kita lapar giler giler, makan apa pun rasa sedap. Faham?

Oh sila bawa baju hujan sekali sebab tempat ni hampir setiap hari hujan kalau tak korang akan menerima nasib seperti aku dan kawan aku. Masa nak turun hujan lebat gila, dan tak ada option lain selain teruskan perjalanan tapi yang tak bestnya ada a few guys yang naik jip, gelakkan kitaorang lepas tu siap ambik gambar. Seriously memang aku bengang. Dahla  lelaki, naik jip lepastu boleh gelakkan orang perempuan yang kena hujan. Demmit. Patutlah kualiti lelaki kat Malaysia makin berkurang.

Secara keseluruhannya bukit larut memang best tapi seriously sangat penat. The next day, kami 7 orang jalan kengkang, urat sendi semua sakit dah macam orang tua, mungkin badan pun terkejut tiba tiba kena paksa buat aktiviti  Aku pulak end up dengan beli panaflax tapi tak berkesan lepas tu nak buat semua benda jadi sakit yang paling teruk nak beron pon sakit ish ish. 

Lagi satu, siapa yang berhasrat nak hiking, sila pergi awal sebab 13 km nak sampai puncak memang tak lah sejam dua tu belum lagi berenti ambik gambar. ok?

Till then..

Wednesday, April 10, 2013

Tuesday, April 9, 2013

Sampah!

Assalamualaikum..

Aku curious berapa ramai lelaki kat dunia ni sampai ramai perempuan nak berebut dan seriously aku menyampah gila perempuan yang bergaduh sebab rebut boyfriend.

Dan lelaki, kalau hang tak suka perempuan tu yang hang layan pasai pa? Perempuan ni dah la cepat perasan, hang layan baik mesti dia ingat hang suka kat dia. Yang perempuan pun satu meroyan tak tentu  pasal kalau hang nak ambik je la yang nak serang-serang orang pasai apa?

Mungkin lelaki tu rasa hot sebab ramai orang minat dia?
bullshit!
menyusahkan orang lain ada la.

Ni yang aku malas ada akaun facebook ni.
Tak pasal-pasal spoilkan mood aku.
huh!

Saturday, April 6, 2013

G I Joe : Retaliation

Assalamualaikum.

Hai apa khabar? Harap anda semua sihat. Saya baik-baik sahaja.
Cit! dah macam buat surat kiriman tak rasmi masa sekolah dulu pulak.
Ok straight tu the point. Semalam aku dengan kawan aku keluar untuk berjimba. Asalnya nak tengok movie paku sebab kawan aku ni suka gila tengok cerita mistik ni dan aku pun cakap..

 " boleh, tapi dalam panggung tu aku tutup mata je la"

lepas check dekat internet, movie paku tak release lagi. Jadi, kami berdua telah bersepakat untuk menonton movie G I joe : retaliation.




Bagi yang tak tahu cerita ni mengenai apa, meh aku cerita sikit.

G I Joe ni merupakan satu team yang berkhidmat untuk US dan diorang ni dihantar ke Pakistan untuk satu misi tanpa mengetahui yang misi ini ialah satu pakatan jahat untuk menghancurkan diorang. Dalam misi ni, 3 orang anggota G I JOe yang terselamat, Dwayne Johnson, (Roadblock), Adrianne Palicki (Lady Jaye) dan D.J. Cotrona (Flint). Oh kapten diorang yang hensem tu Channing Tatum (Duke) tak dapat diselamatkan dan mati ditempat kejadian* ok part ni aku tak suka sebab aku suka si channing ni. 

Duke

Anggota GI Joe yang terselamat ni kemudian pergi menuntut bela atas kematian kawan-kawan diorang. Agak mengejutkan untuk diorang sebab rupa-rupanya white house dah dikuasai oleh orang jahat dalam usaha untuk mengusai dunia. Jadi atas bantuan kawan-kawan lama diorang, diorang pun pergi menuntut bela. 

Macam biasa, the rock menguasai skrin dengan daya tarikan dan karisma yang tersendiri. No wonder la Paramount sain kontrak dengan dia. Chemistry antara channing Tatum dengan the rock di awal permulaan cerita ni juga bagus. Bruce Wiilis pula melakukan tugas yang baik sebagai Joe dan pendapat aku, paling mendapat perhatian dah pasti Adrianne Palicki ( Lady Jaye) sebab seriously dalam cerita ni dia nampak hot  walaupun lakonan dia so-so. 



Overall, pengarah John M. Chu does a great job walaupun ada beberapa part yang nampak berterabur dan tak logik *biasalahbenda tak logik ni la yang nampak best wakaka.
Walaupun ni bukanlah karya masterpiece takpun movie blockbuster yang sempurna, G I Joe still possible to enjoy dan worth every penny yang aku dah invest.
Rating? 
Aku bagi 7/10. hewhewhew