Assalamualaikum..
Aku ada sorang kawan ni, lelaki. Termasuk dia dah beberapa orang minta nasihat aku pasal putus cinta. Orang kata pemberi nasihat yang terbaik bagi sesuatu masalah itu ialah orang yang pernah melalui pengalaman tersebut..kahkahkah.
Ok ok kembali kepada cerita. Budak lelaki ni baru clash, lelaki ni tak tahu apa salah dia tapi pompuan tu mintak clash. Bila dia tanya pompuan tu, pompuan tu tak dapat berikan alasan yang konkrit.
Lelaki ni bagi aku baik orangnya..setia..yang penting ambil berat pasal perempuan tu selalu tanya khabar kiranya takde la ignore perempuan tu macam pompuan tu tak wujud.
Bila aku dengar je dia cerita aku dah agak, pompuan ni ada lelaki lain. Cliche. Dengar pun boleh tahu. Pastu aku cakap kat kawan aku ni
" ko tunggu je beberapa hari, kompem ada boypren lain." Agak kejam tapi tu lah realiti dan beberapa hari kawan aku mesej
"memang dia ada orang lain".
Perempuan ni pun masalah, bila ada lelaki yang setia dan paling penting ambik berat jumpa lelaki lain terus mintak clash eh tapi laki pun sama kan, aku tau tak semua tapi ada kan?
Aku cakap kat kawan aku, sabar dan percaya yang suatu hari nanti seseorang yang lebih baik akan muncul dalam hidup dia.
Ok ni tips putus cinta yang bagi aku sesuai untuk dipraktikkan:
1. Sabar dan dekatkan diri kepada Tuhan. Allah tak pernah tinggalkan kita, kita je yang selalu alpa.
2. Jangan berseorangan. Percayalah bila kita keseorangan kita akan melayan perasaan. Pergi la hang out dengan kengkawan. Lepak kat tempat yang sceneric tak pun borak dengan biawak tepi longkang . Yang penting jangan keseorangan.
3.Buang semua barang yang mengingatkan kita pada dia. Tapi bagi aku kalau barang-barang yang masih baru atau branded, jual la dekat ebay. Pastu dapat duit boleh beli benda lain. Err..aku pernah buat.
4. Tukar no phone, buang dia dalam friendlist dekat facebook, twitter dan media sosial yang lain untuk elakkan berhubung kembali.
5. Lakukan aktiviti fizikal yang memenatkan kemas rumah ke, berkebun ke takpun kacau mana2 anjing gila yang jumpa tepi jalan, lepas tu main kejar-kejar sampai penat. Balik rumah tido lepas tu kompem tak ingat apa-apa dah.
6. Join event yang melibatkan banyak orang, bergaul dengan orang ramai. Percayalah yang bunga tu bukan sekuntum dan kumbang tu bukan seekor bahkan banyak spesiesnya.
7. Buang semua gambar yang ada dalam simpanan. Kena ingat benda pertama nak lupakan seseorang ialah dengan membuang semua benda yang meningatkan kita pada dia.
Putus cinta ni bukan pengakhiran hidup. Sakit tu memang sakit, tu memang tak di nafikan. Tapi hidup harus diteruskan ye dak?. Benda paling bodoh yang orang putus cinta buat, commit suicide. Ingat kita ada agama dan keluarga. Masih ada orang yang ambil berat dan sayang pada kita.
Jodoh, ajal maut semua tu dah ditentukan.
Till then