Assalamualaikum..
Rasa macam lama je tak update blog. Mesti pembaca blog iolss ternanti nanti update dari iolss ye dak?
Err..ada ke orang baca blog ni? *krik krik..
Ehemm..to be exact, dah final year ni dah tertentu iolss akan busy. Gosip -gosip artis telah digantikan dengan jurnal jurnal ilmiah. Nampak la sangat menipunya kalau aku kata yang aku tak bukak blog beautifulnara tu kan? kalau tak mana nak tau yang si aeril zafril dengan wawa zainal tu dah kawen..ops
Sebenarnya aku nak cerita pengalaman aku bila smartphone yang baru beli tak sampai sebulan masuk air. Ok memang totally masuk air sebab masuk mesin basuh..
Alkisahnya..
Pagi tu feeling dia lain macam. Rasa bersemangat dan energetik. Lepas subuh aku terus mandi dan kemas bilik. Cabut cadar dan ganti dengan baru. Terus turun bawah masuk cadar dengan comforter dalam mesin basuh. Aku tersenyum sendirian. Indahnya hari ni. Lepas masuk duit dan tekan butang 'start' pada mesin basuh, mesin basuh pun berfungsi.
Tiba tiba ada bunyi pelik dalam mesin basuh.
"aik, mesin basuh ni rosak ke?"
Aku bermonolog sendirian. Lepas pikir balik, mesin basuh tu bukan sihat sangat pun. Lantakla yang penting cadar aku siap dibasuh.
Aku pun naik ke bilik, pergi ke tingkap menyiram pokok bunga yang juga aku dah beli dalam tempoh sebulan. Aku pun tersenyum lagi. Ya hari ni sungguh indah. heaven orang kata. Ntah tang mana yang heaven pun tak tau.
|
santek tak bunge ittew? |
Pandangan aku meliar ke arah tingkap. Pemandangan di luar sungguh mendamaikan. Tiba -tiba aku teringat yang aku belum bagi pou aku makan. Mesti kebulur dah tu.
Aku pun segera mencari handphone aku. Cis tak jumpa. Aku cuba recall kat mana last aku letak handphone aku dan baru aku teringat yang handphone aku atas katil. Ye.. Ini bermakna aku bukan sahaja telah membasuh cadar tetapi juga hanphone aku. Jangan puji aku tentang sikap aku yang terlebih rajin ini.
Aku pun cepat cepat turun. Off mesin dan cari handphone dalam mesin basuh yang penuh dengan air sabun. Handphone dapat dikeluarkan tapi seriously dah nazak.
Screen hanya display kaler putih, dalam dan luar screen penuh dengan air. Bila tengok handphone dah macam aquarium cuma takde ikan.
Lepas tu aku buat apa?
Aku terus naik ke atas, cabut bateri, memory card, simcard dan lap handphone aku sampai kering. Orang kata kalau benda digital masuk air rendam dalam beras sebab beras ni function dia boleh absorb moisture gitu. Pakai silika gel pun boleh. Tapi antara beras dengan silika gel, opkos aku pilih beras. Aku terus ajak roomate aku pergi kedai beli beras. Masalah lagi sebab aku tersilap beli beras. Aku terbeli beras pulut.
Beras pulut pun beras jugak. Aku terus rendam handphone aku dalam bekas yang penuh dengan beras tersebut selama 4 hari.
LEPAS 4 HARI...
Aku keluarkan dan handphone aku dah boleh on. Sound, game, apps, call, speaker semua OK!!. Cuma dalam screen ada kesan air sikit tapi lepas dua minggu dah hilang.
Jadi konklusinya, perkara pertama yang perlu dilakukan bila handphone masuk air ialah rendam dalam beras.
Selamat mencuba kakakaka..
^_^
till then..