klik le

Wednesday, December 31, 2014

Bercakap dengan kucing

Assalammualaikum


Hai uolss. 

Minggu lepaskan ada percubaan menculik kucing aku. 
Memandangkan kawasan rumah aku dah macam tasik disebabkan banjir, ramai la yang datang melawat dan masa tu Riki si gemuk ada dekat luar. Dia pun jakun tak pernah tengok orang ramai dan pantang ada orang panggil dia comel terus pergi dekat orang tu...demmit. Nasib baik adik aku si presiden mafia perasan ada orang nak bawak lari si gemuk tu.
Lepas kejadian tu, terus aku bagi ceramah free dekat makhluk berbulu tersebut.


Aku : Riki, engko tu kuat makan, engko ikutla orang yang engko tak kenal. Nanti dia tak bagi makan   makan tau la engko. Engko sehari makan banyak kali. Engko kalau ikut orang tak kenal, kurus  la engko. 


Riki pun pandang aku terkebil kebil. Ntah paham entah tak. Tapi ada  kajian mengatakan kucing sebenarnya paham apa yang kita cakap cuma dia buat buat tak paham.. eh?



Till then!

Mimi

Thursday, December 25, 2014

Pray For Pantai Timur

Assalammualaikum



"Sesungguhnya banjir adalah ujian dari Allah S.W.T Sekalipun ia pahit, namun kadang-kadang ujian ini bertujuan membersihkan dosa dan mengangkat darjat. Sebagaimana ubat yang pahit itulah yang menyembuhkan penyakit."

Tuan Guru Nik Abdul Aziz


Bawah ni gambar banjir sekitar Temerloh










May Allah ease everything..
Pray for east coast.


Regards,
Mimi



Wednesday, November 12, 2014

aku dan adik#1


Assalammualaikum


Ada suatu hari dimana adik aku merangkap presiden mafia mundar -mandir depan aku.


Adik : Mimo..adik nak main laptop..

Aku : tak boleh tengah buat kerja sekolah ni. 

sambil aku tunjuk bergulung pelan depan aku. Oh ye..bos aku memang suka bagi kerja sekolah.

Adik : Boleh la..adik main kejap je

sambil buat muka penuh harapan.

Aku : Nak main boleh, tapi kena cakap Mimo comel doploh kali.

Adik : Takpela, baik adik mengaji

Aku: ............................





Monday, November 10, 2014

hak asasi transgender? serius lawak

Assalammualaikum



ehem.
Sapa sapa yang rajin online mesti tau pasal hak asasi transgender yakni lelaki yang berpakaian perempuan dibenarkan di khalayak ramai.
Sapa yang tak online dan tak tau pasal berita ni duduk diam-diam.


ubahsuai cermin kereta kena saman..
ubahsuai tayar kena saman..

ubah suai jantina tak kena apa apa.

well done Malaysia!



Regards,
Mimi

Saturday, November 8, 2014

selamat bergraduasi

Assalamualaikum




Alhamdulillah..

Hari ni aku selamat bergraduasi.
cuma aku tak dapat pergi..
for a few reasons..

Kepada kawan-kawan
geng tido
geng gosip
geng kuat makan
geng kerja last minit
we made it finally!!!!



Life is divided into three terms - that which was, which is, and which will be.
Let us learn from the past to profit by the present, and from the present, to live better in the future-unknown


Best regards,
Mimi

Friday, November 7, 2014

chenta hati yang baru...ehemm

Assalamualaikum












Regards,
Mimi

Buli

Assalamualaikum..






Gambar dekat atas diambil dari video buli yang menjadi viral dekat media sosial baru-baru ini.
Jujur aku tak sanggup nak tengok.

Kesian.

Marah.

Sakit hati.

Semua ada.


Apa solusinya?

Update dari berita baru baru ni mengatakan dua daripada budak yang terlibat dibuang sekolah.
Lihat komen difacebook.
Scroll satu satu.

Ramai yang cakap buang sekolah jalan yang paling baik. Pendapat aku buang sekolah hanya mampu menyelesaikan masalah sementara. Buang sekolah kemudian diterima masuk ke sekolah lain apa penyelesaiannya? Gejala ni akan terus berlaku tanpa penghujung.

Berhentikan terus?

Apa akan jadi dengan nasib budak-budak tu?

Bukan aku menyokong gejala buli. 
Sama sekali tidak.

Buli ni dah berlaku berpuluh tahun, cuma disebabkan teknologi, benda ni tersebar luas.
Pendapat aku, jangan terus dibuang sekolah.
Akhlak budak-budak ni perlu dipulihkan terlebih dahulu.
Semua harus memainkan peranan.

Aku dah jumpa orang yang kaki buli, nakal dan boleh dikatakan tak ada masa depan berjaya menjadi orang ataupun tidak salah aku kata modal insan berkualiti.

manusia boleh berubah.
bagi peluang.
bagi bimbingan.
bukan terus menghukum.


Regards,
Mimo









Thursday, November 6, 2014

Pendapat

Assalamualaikum





Aku tak rasa hubungan tanpa kepercayaan dan komunikasi boleh berjaya.
Tak akan.


Regards,
Mimi













Wednesday, November 5, 2014

KL-Seri Kembangan-Rembau-Seremban-Temerloh

Assalamualaikum


Banyak  tempat dalam sehari.
Bukan bercuti tetapi bekerja.
Bukan naik kapal terbang tetapi drive sendiri
Bertemankan budak praktikal di sebelah.
Gila penat.
Penat gila.
Tenaga cepat hilang.
Bekejar ke sana ke mari.
Aku rasa dah macam orang tua.
Siapa yang letak"willing to travel" dalam resume
Fikir-fikirkan balik



Regards,
Mimi

Sunday, November 2, 2014

Bila nak kawen?

Assalamualaikum..


Semalam selamat sudah kawan baik merangkap jiran aku merangkap geng basikal masa sekolah diijabkabulkan bersama insan yang tersayang. Semoga cinta mereka kekal hingga ke jannah.

Alkisahnya..
Tengah duduk-duduk sambil hias masakan pengantin datang sorang mak cik menyapa aku.

Mak cik Jenab (bukan nama sebenar) : Mimo (bukan nama sebenar), hai awak bila lagi..

Aku : ha bila apa mak cik? sambil buat buat tak paham

Mak Cik Jenab : Kawen la. buat tak paham pulak.

Aku : Awal lagi.. hahahaha..relek relek dulu.. nanti dah sampai seru kawen la saya.

Mak Cik Jenab : Takpe kumpul duit banyak-banyak bole buat grand sikit..

Aku : InsyaAllah..

Tu baru sorang. Ada la dalam 2-3 mak cik yang aku jumpa tanya bila aku nak kawen. Siap berteka teki bakal laki aku orang mana. Aku pun tak tahu siapa bakal laki aku dan bila aku akan kawen tup tup diorang tahu dulu. Hairan bin ajaib sungguh.

Soal kahwin semua urusan Allah. Siapa aku nak tentukan jodoh aku sendiri? Tetapi, masyarakat tak boleh disalahkan jugak sebab pertanyaan mengenai kahwin ni merupakan sesuatu yang tipikal. Walaupun aku ni baru habis belajar dan baru nak mulakan hidup, orang akan tetap tanya bila nak kahwin. Lagi lagi bila pergi kenduri kahwin.

Kepada sesiapa yang senasib dengan aku, bertabahla nak..kihkihkih..


Regards,
Mimi





Friday, October 31, 2014

weh korang

Assalamualaikum..

Eh baru aku perasan bulan lepas aku tak update belog..kakakakaka
err..sorry sorry

Serius aku busy macam mesin basuh..
selalu kena travel..
engko ingat tak penat?penat weh sebab travel untuk kerja bukan makan angin..
menyesal pulak letak willing to travel dalam resume..
Kadang kadang kena on call..eh engko ingat doktor je on call, engineer pun kena tau..ehh?

Tapi setakat ni..
Alhamdulillah..kehidupan semakin baik. Cuma bulan lepas banyak sangat dugaan lepas tu stress memanjang. Aku pun lepaskan satu persatu. Omputih cakap things happen for a reason. Orang Melayu pulak akan cakap, ada hikmah disebalik yang terjadi.

Bulan lepas bulan sedih. 2 ekor kucing aku mati. Tapi aku kena move on. Aku harap kembang mengandung lagi. Aku syak kali ni anak dia kaler oren sebab boyfriend dia kaler oren.

Semoga kembang mendapat anak yang comel-comel.
hidup kembang..

eh?


Regards,
Mimo

Tuesday, September 9, 2014

kehidupan baru

Assalamualaikum

Giler lama aku tak update..
Buat yang tertanya maaf.
Aku dah beberapa bulan bertukar status.
Eh..
Bukan status bini orang atau mak orang..
Tapi status aku yang bertukar dari seorang pelajar kepada pekerja.
Kerja aku mengadap komputer..mengadap drawing..mengadap indon atau bangla dan mengadap kontraktor. dan last but not least mengadap meeting.
Aku sekarang makan gaji dekat company yang lebih menjurus kepada kejuruteraan air.
Bos yang ok ..environment kerja yang ok.
cuma penat.
Dah lama aku tak tido siang. dulu time study, tu aktiviti wajib aku dengan roomate..

Hai roomate..
kengkawan

Rindu pulak aku ke roomate..ke budak kelas.
Agak-agak diorang rindu aku tak?kakakaka
Bila free stalk fb dengan insta diorang.
Agaknya diorang stalk aku tak?

Lupa nak bagitau.. Kembang dah beranak lagi.. Dua ekor je
yang belang tu kuat menetek sebab tu buncet

Anak sulung kembang..menumpang kasih sayang biri biri lepas mak beliau dapat anak baru

Last sekali..

pilih jangan tak pilih..aku suggest yang posing sambil baring. pandai buat kerja..

kakakakak till then


Monday, August 4, 2014

ehem

Assalamualaikum


Selamat hari raya uolss.





regards,
Mimi^_^

Saturday, June 14, 2014

Wednesday, June 11, 2014

Bila menilai melalui luaran

Assalamualaikum


Hai uolss
Pernah dengar kan perkataan "first impression"?
'"First impression" ni lebih kurang macam pandangan pertama untuk menilai seseorang which means kita tak kenal lagi dia tapi kita akan judge dia melalui apa yang kita nampak..

Macam kes aku pulak, banyak kali jugak la orang salah tafsir apa yang aku rasa.
Kes pertama yang aku ingat masa aku darjah satu. Time tu nak  dekat hari sukan dan cikgu nak buat pemilihan untuk sukaneka. Antara sukaneka time tu yang nak diselect peserta ialah tiup belon.
Aku memang tak nak tiup belon.Sebab aku tak suka time dia pecah, sebab boleh buat jantung aku terperanjat dan juga membuatkan bibir aku sakit.

At last, cikgu umumkan nama orang yang terpilih untuk mewakili rumah sukan untuk masuk ke pertandingan tiup belon tersebut. Dan aku tak terpilih . Hui dalam hati bukan main seronok kot. Tiba-tiba cikgu tu cakap dekat aku.

" Mimo (bukan nama sebenar), jangan la sedih, boleh cuba game lain pulak nanti.
Aku pun jawab"eh saya tak sedih la cikgu".
" muka macam nak nangis je saya tengok" balas cikgu tu pulak.

Aku perasan, mata aku mempunyai kandungan moisture yang agak tinggi. Mata aku selalu berkaca, muka budak nak nangis. Tapi aku syak benda tu semua takde kaitan dengan perasaan aku tetapi disebabkan kandungan lembapan yang tinggi..mihmihmih

Cerita seterusnya pulak masa aku tingkatan 5. Tengah sedap buat karangan, cikgu BM panggil dekat meja dia.

"Mimo (bukan nama sebenar), kenapa saya tengok muka awk sedih je, awk ada masalah ke?
"Eh, takde masalah pun cikgu, saya ok je ni ha"
" Kalau awk ada masalah bagitahu la saya, cuba senyum"
Dengan rasa terpaksa aku pun menghadiahkan sekuntum senyuman (maaf kalau bahasa aku tak kena)
" ha kan comel tu, sy berharap awak tak sedih dah lepas ni"
Aku pun berlalu pergi dengan perasaan yang masih keliru.

Last sekali, ada orang cakap muka aku  ketat. Kiranya muka nak cari gaduh.  Padahal masa tu aku sedang berfikir dengan serius.  Takkan aku nak sengih tiba-tiba kan?
Kang kalau aku sengih kang ramai pulak jatuh hati. eh?
konklusinya, apa yang kita nampak tak semestinya sama dengan apa yang kita fikirkan.

Ok la uolss.
Take care

Regards,
Mimo

Printing baju murah..lai lai lai..

Assalamualaikum..

Aku nak share pasal bisness kawan aku, dia ada buat printing baju. Harga murah-murah dan memandangkan beliau seorang kawan yang baik, apa salahnya aku tolong promote business beliau ye dak?










Kalau berkenan boleh contact tauke dia nama beliau syamil dan nombor beliau- 0199637287
sehelai RM25 untuk print penuh pada baju. kalau print sikit sikit tu lagi murah rasanya. Boleh nego.
Postage untuk 35 helai ke atas katanya free. Marilah kita membantu bisnes orang Melayu.. hahahaha



Regards,
Mimo


Friday, May 30, 2014

Dugaan dihujung bulan..

Assalammualaikum..

Hai uolss.. hikhikhikhik.. rmesti uolss rindu dekat Iolss kan? krik..krik..krik..

Untuk pengetahuan korang, aku baru je habis hari-hari yang sengsara sebelum grad..
Bukan exam.. bagi aku exam tak mendebarkan langsung..selaku orang yang dah bertahun ambik final exam, exam tu macam dah imune..kahkahkah..

Bulan ni aku ada banyak projek nak kena hantar dan yang paling penting final draft untuk  FYP.
Hidup aku tunggang langgang. Bakul sampah dalam bilik pun dah penuh tapi, aku tak buang buang lagi walaupun dalam tu ada kertas dengan tisu je tambah pulak dengan cotton bud yang aku buat korek telinga.

Padahal sebelum ni, ada sekeping tisu je aku akan rasa annoying dan secara automatik aku akan angkat bakul sampah menuju tong sampah utama yang terletak di luar bilik nun jauh dihujung koridor.

Tapi tu ok lagi, yang paling mendebarkan dah sah sah la viva FYP. seminggu hidup aku macam orang gila. Heart beat aku laju gila. Tiap kali aku jumpa orang aku akan cakap " weh aku nerveous".
Sapa tak nerveous weh, viva FYP benda yang paling orang risau lagi lagi kalau dah tahu panel tu memang scary.

Tapi..

Alhamdulillah. dah lepas pun. kena tembak tak dapat nak tepis tu lain cerita.. well, I made it..*flip tudung

Sekarang ni boleh fokus untuk baiki thesis dengan hardbound tapi kan tapi kan..time tengah sengkek ni la printerku buat hal. Padahal aku dah slow talk dah dengan beliau sebelum ni.

Aku cakap dekat printer aku " Printer kalau nak buat hal lepas hantar hardbound thesis tau" kata aku dengan lemah lembut terhadap printer.
Nampaknya printer aku tak heran pun. Beliau meragam. mahukan catridge baru gamaknya. Continuous ink yang install dekat luar printer memang tak membantu langsung.

Malang bagi aku, sumber kewangan aku dah fly pergi beijing. Macam tau tau je aku nak ketuk duit dia.
Aku memang suka mintak duit dekat abang aku. Sebab rasa bersalah pulak minta dekat mak ayah.
Tapi, dekat abang-abang, aku tak rasa bersalah pulak.kahkahkahkah.

Lagi satu, luggage baru pun aku tak beli lagi. Luggage sebelum ni dah selamat kena ambil dengan orang.
Dugaan dihujung bulan.
Tapi apalah sangat dugaan ni berbanding nikmat yang aku dapat sebelum ni..ye dak?

ok lah uolss. nanti ittew update lagi

Regards,
Mimo

Saturday, May 17, 2014

Tuesday, May 13, 2014

Kak mimo buat review

Assalamualaikum..

Hai uolss, hari ni iolss nak buat review produk..
Agak lama jugak la aku tak  buat review produk kan? sebab aku tak tahu nak review apa kahkakah..
Ok ok berbalik kepada tajuk entry..
Mula-mula sekali, aku bukan jual produk malah tak dibayar pun jauh sekali menjadi duta.
So review yang aku buat ni memang berdasarkan pengalaman aku sendiri.

Pernah dengar kan 3 basic penjagaan kulit bermula dari cucian, lepastu sapu toner pastu sapu pelembab kan?kan?. Kalau tak tahu memang kulit korang lebih tua dari usiakorang.kihkihkih#padahalbarulepastengokiklanSK11.

Kalau korang pernah baca entry-entry aku sebelum ni, aku keep mentioned yang aku mempunyai kulit berminyak dan berjerawat. 
Aku memang tak apply toner atau pelembab. Sebab aku rasa, minyak dekat muka aku ni dah kira macam pelembab semulajadi gitu. So tak perlu la pelembab-pelembab ni kan?
Tapi kadang-kadang aku perasan, ada ketika kulit aku jadi kering kat certain part.

Setakat ni aku tak jumpa lagi toner yang sesuai apatah lagi pelembab. Banyak dah cream pelembab yang aku try. Tapi at the end, jerawat tumbuh dengan meriah.
Ada sorang  kawan aku, syorkan aku guna fair and lovely sebab dia water base. 
Aku try, tapi bila aku berhenti pakai, jerawat naik dengan meriah jugak. 

ottoke? 

Setelah sekian lama, akhirnya aku  berjumpa  jugak dengan krim pelembab yang sesuai untuk orang kulit berminyak dan berjerawat macam aku. Ni pun lepas diperkenalkan oleh pembaca blog ni.

Nama krim tersebut ialah

jeng..jeng jeng..
organic aid vitamin e moisturizing cream

Ni la rope krim tersebut. Sumber gambar : google

Lepas pakai krim ni, aku perasan yang jerawat tak naik. Kiranya krim ni sesuai la untuk orang kulit berminyak macam aku. Tekstur krim ni agak melekit sikit tapi bila apply kan..woahh..tak rasa melekit pun. Lagi satu aku perasan yang kulit aku tak mudah terbakar bila berjemur bawah matahari. Packaging dia memang agak kecik tapi kan, dah dekat dua bulan aku pakai tak habis lagi kiranya memang jimat la.

Nak beli dekat mana cream ni?
Aku biasa beli dekat watson. Kat guardian pun ada rasanya.

Harga?
Aku beli dekat watson harga dia dalam RM16.90 sebekas. Tapi kan, baru-baru ni watson ada buat promotion tau uolss, rm 28++ untuk dua bekas kirannya memang super jimat.

kesimpulannya, krim ni memang bagus tengok nama pun organic aid, kira macamsemula jadi gitu. Sapa sapa yang kulit berminyak tu, aku memang rekemenkan uolss beli krim ni. Betul ni memang tak tipu. 

ok la uolss, nanti iolss update lagi ye?
Kak Mimo lap uolss
hahaha.

Till then,







Monday, April 21, 2014

Kak Mimo berjimba di Langkawi... omnomnomnom Part 3

Assalamualaikum..
hai uolss..cerita langkawi tak habis lagi sebenarnya..

Ok bersambung..
Lepas aktiviti bagi makan burung helang, kami semua bergerak untuk next destination Pulau Beras Basah Langkawi untuk bermandi manda(again) dan snorkeling..woot woot


not Bali, not even Phuket 

Macam biasa kat sini boleh cuci mata..omnomnomnom..hahahahahaha..eh maksud aku cuci mata tengok view..korang pikir benda ha?ish ish ish

kamera aku tak canggih tak boleh masuk dalam air.. :(


Air dia yang jernih membuatkan kita boleh nampak ikan ikan yang berkejaran. Tapi apa yang penting, bila dapat menghabiskan masa bersama kawan-kawan tersayang.*kompem membermember aku terharu kalau baca ni..kakakakakah.

Pulau beras basah merupakan destinasi terakhir untuk island hopping, so next destination kami check in tempat baru.. woot woot..

Kami pilih Pak Su homestay area Ulu Melaka. Ulu Melaka ni dekat dah dengan makam mahsuri dan air port pun dekat. Condition memang tip top. Ada 3 bilik. Dua bilik ada aircond dan satu bilik lagi ada kipas. Ala tak heran pun ada ekon ke tak sebab cuaca tak panas pun. Ada astro, pastu dapur besar, pastu bilik air bersih dan besar* shower dia best bak hang pastu memang lengkap la rumah dia. Aku rasa dalam 10-15 orang la boleh sumbat. Harga ok la Rm 170 semalam, rumah besar kut kalau 10 orang masuk berapa je bayar kan?kan?.Lagi satu ada kucing jiran sebelah yang tersangat comel. Asal nampak muka aku terus datang menggesel. Izah bagi nama Mike sebab sebijik macam muka kucing dia yang lari dari rumah. Semoga Mike baik baik sahaja diluar sana.

pandangan yang tak berapa nak depan

pandangan tepi

Ok aku nak minta maaf sebab tak ambik view dekat dalam rumah. Sebab penat sangat gamaknya, maklumlah seharian berjemur dibawah terik mentari. Lupa nak bagitau paksu homestay ni dekat dengan bendang. So kalau nak feeling nur kasih nak photoshoot pun boleh pun boleh tapi kamera sendiri ha.

Bila hari hari terakhir ni biasalah kita pasti akan menyopping cenderahati dan cokelat untuk kengkawan dan family. Hasil dari bantuan Wa, kawan baik aku masa tadika yang menetap dekat Langkawi, beliau mencadangkan untuk menyopping dekat Idaman Suri. Harga cokelat dan barang dekat Idaman suri lagi murah  dari Haji Ismail Group (HIG). Memang betul pun cokelat dia lagi murah. Beza harga banyak kot. Cuma kelemahan dia, Idaman suri tak banyak choice lagi satu cepat habis, so memang kena datang awal la kalau nak menyopping. Selain cokelat, barang yang kompem akan dibeli oleh mak cik- mak cik yang datang bertandang dah tentu la pinggan mangkuk. Harga murah dik non oii. Kepada yang nak kawen tu, aku nasihatkan korang belilah dekat mak dan mak mertua korang, confirm sengih sampai telinga hahahahaha. Aku syak orang Langkawi ni jenis pakai pinggan cantik-cantik dan branded dekat rumah almaklumlah harga murah.

Idaman suri kaler kuning- pic kredit ke google

Kompleks HIG pic kredit ke google jugak

Untuk shopping pulak, area chenang pun ok sebab sana penuh dengan kedai baju tapi nasihat aku survey elok elok sebab harga lain-lain. Jangan nampak terus beli nanti menyesal. Tapi kalau nak beli tshirt yang I love Langkawi ke apa, aku nasihatkan beli dekat oriental village yang dekat kabel Car tu. Tshirt memang murah dalam RM10 kalau area chenang dalam Rm 20 lepas nego pun dapat Rm 15. So better beli dekat oriental village in case kalau nak beli dalam kualiti yang banyak la.

Macam aku pulak, aku tak tahu pun pasal harga tshirt dekat oriental village ni murah. So aku beli dah tshirt dekat area chenang. Sebab beli banyak dapat la RM 15. The next day aku pergi oriental village, harga tshirt dalam Rm 10. Kualiti sama. Tu tak nego lagi tu kalo nego boleh la kut kurang-kurang lagi..teehee.

Lepas tu kitaorang cari tempat best nak bergambar area Langkawi. Salah satu tempat yang aku suka kat bawah ni. Feeling shooting drama anak orang kaya yang baru lepas bergaduh dengan mak bapak lepas tu nak larikan diri naik private ship, nak bersendirian kununnya. kahkahkahkah



Ok uolss nanti iolss update lagi ye. Bizi sikit sebab tengah writing thesis sekarang..mihmihmihmih

Till then.




Friday, April 18, 2014

Pray for them ..Ekspedisi ke7B Felda Greenland

Assalamualaikum..

16 april baru baru ni 8 orang rakyat Malaysia telah memulakan misi untuk  menjelajah Greenland, sejauh 550km on foot dengan suhu sehingga dibawah -50. Jom kita doakan  yang terbaik buat diorang.

Explore for Allah, follow the sunnah and start with bismillah..

Jom layan video



Semoga semuanya balik dengan selamat.


Till then..



Saturday, March 29, 2014

Kak Mimo berjimba di Langkawi... omnomnomnom Part 2

Assalamualaikum

ok uolls iolss nak sambung percutian dekat Langkawi hari tu. Next destination yang aku pergi adalah area Cenang. Kitaorang sewa Chenang Guest House. Kat sini memang area foreigner lepak sebab banyak tempat makan dan sopping. Sangat sesuai untuk mereka yang nak ngorat omputih.

Ok berbalik kepada chenang guest house tadi. Condition dia tak la ok sangat tapi tak teruk. Kiranya so-so. Ada dua bilik satu bilik ada air conditioner yang satu lagi tu kipas. Tapi ok la kan sebab nak tido je pun. Lagi pun masa banyak habis dekat luar.

Zira detected mihmihmih

Ok apa yang ada kat area chenang ni? kita ada :
1) Pantai Cenang
Ni Pantai Cenang uolss

2) Underwater world
3) Tempat shopping
4) Tempat makan yang macam-macam cakap je nak kepsi, McD, secret recipe, western, arabic sampai la ke mexico semua ada kiri kanan. Pandai-pandai le nak pilih.

Paling best tempat ni semua dekat dekat je. so boleh jalan kaki dari tempat penginapan . Ada jugak orang buat service sewa basikal dengan skuter. Tapi hoii jangan la malas sangat, jalan kaki je la bukan jauh pun. err tapi aku ngan kawan aku gerak naik kereta. Membazir pulak kalau tak guna.. err..teehee

Tapi kan paling best mestila view dia time malam. Aku kan suka tengok lampu kan, so aku suka sangat tengok view cenang ni time malam sebab restoren ngan tempat shopping  di decorate dengan pelbagai spesies lampu. Bila duduk sini, aku tak rasa aku duk malaysia sebab kiri kanan penuh dengan foreigner bhahahaha. Ntah mana pergi orang Melayu pun aku tak tau.

Belah malam kitaorang shopping dan jalan jalan the next day kitaorang pergi island hopping.
Apa sebenarnya Island hoping ni?
Island hoping ni ialah jalan-jalan melawat pulau. Each pulau akan diberi limit masa..contohnya sejam ke sejam setengah, dalam tempoh tu nak berenang ke nak berkejarann dengan monyet pun boleh pun boleh.

Bayaran untuk island hoping hari tu Rm 27 seorang tapi sebenarnya harga tak sama sebab ada yang lagi mahal dan murah tapi semua dalam RM 2o dan ke atas. So pandai pandaila cari pakej yang murah.

Kena tunggu bot dekat jeti dulu uolss

First destination kami ialah Pulau dayang bunting. Diingatkan supaya tidak membawa sebarang plastik, kalau nak bawak apa apa, sila letak dalam beg. Kalau degil jugak sukahati tapi akibat tanggung sendiri. Monyet dekat sini amat sensetif terhadap bunyi plastik. hahahahahaha

Nampak tak bentuk perempuan pregnant yg tengah baring?
omey angat zira.. <3

Mesyuarat pokok
 Lepas hiking sikit, baru sampai ke tempat yang nak dituju. Orang kata nama tasik ni Tasik dayang Bunting. Aku tak pandai berenang so aku mandi tempat yang orang tak reti berenang berkumpul. hahahahahahah sebab life jacket pun tak bawak.. T_T.
view yang awesome

haiwan pun sayangkan anak tau

Nest destination, eagle feeding. Bagi makan burung helang tau uolss.


Iolss terjumpa couple yang sweet sangat..  ^_^

Nanti kita sambung,, penat taip..kihkihkikih, jangan marah haa..nanti kene jual..



Till then,

Hey ulat buku jom pergi Big Bad wolf penang!

Assalamualaikum..

Sekarang ni dekat Times Square Penang ada buat big bad wolf tau.. 90%-95% discount.
Sesiapa yang suka baca buku tu mehla datang. Esok 30March last tau uolss.
Kepada yang tak suka baca buku, boleh juga datang usha awek mana tau berjumpa jodoh disini mihmihmihmih.

Tak silap aku lagi satu malaysia ada buat sale cuma location dengan tarikh tak pasti, so korang kena rajin menggugel..

Aku beli tak banyak pun sebab banyak buku yang aku cari tak jumpa. Kena spend sehari kot nak cari.Novel memang banyak gila , dan aku pulak jarang baca novel. So aku end up dengan beli buku masak masak *konon nakjadi ister mithali lettew  dan beberapa buku motivasi.

Kalau novel pulak korang boleh dapat dalam RM5-Rm 8 sebuah dan mostly yang datang tu akan beli berkotak, aku beli 5 buah tu pun aku rasa banyak bhahahhahahahahah.

Buku saye

Err aku kan minat kucing, pastu aku nyaris beli buka macam ensiklopedia pasal kucing. Besar gila buku tu tapi aku tak beli  sebab aku bajet nak spend 50 hengget je baucer buku, the rest aku nak perabih beli kertas, ink printer dan beli makanan dekat koperasi universiti. Boleh beli makanan tau uolss guna baca buku kihkihkihkhikhikhih. 


Till then  ^_^

Wednesday, March 26, 2014

Hala tuju lepas SPM?Nasihat kak Mimo

Assalamualaikum..

Keputusan SPM 2013 baru diumumkan dan tahniah kepada mereka yang mendapat keputusan cemerlang. Dan untuk yang kurang cemerlang, jangan risau peluang banyak lagi sebenarnya. Percayalah.

Entry ni kak Mimo buat khas untuk orang yang dapat result yang kurang cemerlang sebab kak mimo tau yang ekselon dalam SPM tu banyak pilihan. Kak mimo cuma nak nasihat berdasarkan pengalaman orang-orang yang bagi kak mimo, sangat hebat dan sangat bermotivasi.

Buat adik adik sekalian, kak Mimo nak nasihatkan buat keputusan dengan bijak. Tanya diri sendiri nak jadi apa, mampu atau tidak, suka atau tidak dan kaji betul betul pilihan yang di buat tu. Jangan sekali kali ikut orang. Pesen budak sekarang, kawan ambik course tu dia pun nak ambik. Last-last kawan performed dan dia hancus. Yang penting dapatkan nasihat dari orang-orang sekeliling yang tahu pasal course yang nak diambil tu. Jangan main isi je borang UPU lepas dah satu sem ambik boleh pulak cakap" aku salah amik course la". Tanya pendapat cikgu tentang potensi diri. Buat banyak research tentang course yang akan dipilih. Sila jangan malas ye adik-adik.

Nak sambung universiti tapi result tak ok?

Jangan risau adik-adik banyak lagi peluang nak sambung belajar. Kolej kolej kerajaan  dan politeknik berlonggok. Jangan pandang rendah dekat orang yang berkelulusan kolej komuniti  dan politeknik. Peluang nak sambung universiti dari kolej kerajaan contohnya politek mara dengan politeknik lebih cerah berbanding kolej swasta.

Salah seorang proffesor kak Mimo belajar dari Sijil politeknik, lepastu sambung Diploma, lepas tu degree, lepastu master lepas tu phd. sekarang ada title professional engineer dan professor.
Hebat?cuba bilang berapa kali dia konvo?

Coursemate kak Mimo pun ada sorang yang start dari sijil politeknik kemudian pursue diploma kat poli gak pastu masuk USM  siap dapat offer kerja from top company sebelum graduate.

Banyak lagi kisah kisah mereka yang tak performed dalam SPM tapi hidup berjaya jugak. Kalau tak minat study, apa kata ambik kemahiran. Kalau perempuan tu yang minat menjahit tu, belajar la menjahit. Mana tahu rezeki lebih ke arah tu. Banyak dah yang berjaya bila ada kemahiran ni, kawan kak mimo pun ramai yang dah ada business sendiri even tak futher study.

Nasihat untuk adik-adik, kalau nak ambik kemahiran ambik la dekat giat mara atau kolej komuniti sebab yuran tak payah bayar siap dapat elaun lagi.

Pandang ke depan dan ingat SPM ni bukan penentu masa depan. Ramai jugak yang straight A masa SPM tapi tak performed dekat uni dan dalam life. Yang penting kan adik-adik, jaga hubungan dengan Allah  dan orang sekeliling terutamanya mak dan ayah.

Pesanan ikhlas dari kak Mimo

Oh lupa bagi yang result tak ok lepastu malas sambung belajar, jangan risau pastikan diri anda cantik dan sila buru lelaki kaya  yang ada ferrari (sarcasm)...kahkahkakahkah..



Till then,




Saturday, March 22, 2014

Kak Mimo berjimba di Langkawi... omnomnomnom Part 1

Assalammualaikum...

Hai uolss, ehemm... Lately aku malas sangat. Malas nak study, malas nak update belog, malas nak excercise, malas dan malas dan malas.
Tiga benda yang aku rajin, makan dan makan dan makan dan tido dan tido dan tido dan surf internet.. eh?

Berbalik kepada tajuk entry, aku dengan kawan aku decide nak bercuti dekat Langkawi. Lebih kurang macam reunion gitu.  Sebagai seorang student, aku haruslah berbajetan dengan naik bas dan feri. Disebabkan terikat dengan jadual kelas, aku bertolak agak lambat berbanding kawan-kawan aku  yang sampai lebih awal. Ini bermakna, ada tempat yang aku tak pergi..sebabnya Langkawi ni banyak tempat nak explore..seriously 3 hari memang tak cukup.

Ada 3 option sebenarnya kalau nak naik feri. Pertama dari penang, kedua dekat Kuala Muda Kedah dan Ketiga dekat Kuala Perlis. Aku pilih kuala perlis sebab feri ada setiap sejam start dari pukul 7 pagi sampai 7 petang. Kalau uolss semua naik kereta pun senang sebab motel banyak dan kemudahan parking pun ada.

Ok tambang kalau dari jeti penang dalam RM115 tak silap aku untuk pergi dan balik.
Kalau dari kuala kedah RM 46 untuk pergi dan balik.
Dan kalau dari Kuala Perlis Rm36 pergi balik.

Nak dijadikan cerita, kami ni berpindah pindah tempat. Meaning that, hari ni kitaorang tido tempat lain, esoknya tido tempat lain dan kitaorang tak akan stick satu tempat.

kami sewa kereta. kawan aku ambik terus dari airport sebab diorang naik flight. Dekat airport dengan Jeti memang banyak orang sediakan perkhidmatan sewa kereta. Cuma kena pandai pilih dan harga murah-murah so pandai pandaila korang negotiate.

Disebabkan ramai, kitaorang amik Toyota Avanza, harga dalam 110 sehari . Murah kan? Boleh sumbat sampai 8 orang dan condition kereta tu sangat le ok. Nak lagi murah pun ada, amik la kereta kecik, kancil ke dapat la dalam Rm40 sehari gitu.

Antara tempat menarik yang aku nak kongsi. Pulau Tuba. Sebab apa best, sebabnya makanan dia best. Seafood segar segar. Kiranya dalam pakej, makanan dia memang tak de limit. Kawan aku cakap sampai muak dah makan seafood. Lepas makan tido pastu makan balik. Disebabkan Pulau Tuba ni perkampungan nelayan, so tak banyak aktiviti yang buat cuma mangrove dengan makan seafood. Tapi view dia serius cantik. Kalau korang nak makan seafood segar tanpa buat aktiviti yang memenatkan, Pulau Tuba destinasi yang sesuai, lagi-lagi untuk mereka yang tak sukakan kesibukan dan kesesakan.
Meh layan gambar ..


santek 

sape yang tengah lapo sila jangan tengok...
Aida dan Mr Crab beliau
zira cakap ni kerabu sotong..nama betul dia mende ntah
Makan dan makan dan makan

Mangrove
Feeling Bali gitu..

Lagi satu benda best yang ada dekat pulau tuba ni ialah sunset dia..eh sunrise. Kawan aku ada ambik gambar dan serius sangat santek. Harga untuk 2 hari semalam dalam Rm125. Bayaran ni termasuk:

▶bot (pergi n balik)
▶penginapan 
▶bbq dinner
▶seafood lunch n ulaman
▶breakfast
▶island activity

Ok nanti aku sambung lagi..kikikikiki