klik le

Tuesday, April 7, 2015

Kisah saya yang tiada keyakinan

Assalamualaikum..

Bila bercakap pasal confident, aku merupakan makhluk yang mempunyai tahap confident paling rendah.  The worse part ialah masa aku darjah satu bilamana  cikgu menyemak kedatangan murid dan memanggil nama aku. Nak sahut 'saya' pun aku takut-takut. Biasanya sebelum nama aku kena panggil aku dah get ready  nak angkat tangan. Aku tak suka duduk dalam crowd yang ramai. Aku takut bercakap depan orang ramai. Takut lebih menguasai malu itu sendiri.

Tapi
benda boleh berubah.

Orang kata kalau kita takut akan sesuatu atau nak buat sesuatu, kita kena cuba. Cuba buat dan cuba hadapi.

Lepas tu masa aku form 1, pihak sekolah biasanya akan select sorang student secara random untuk buat karangan dan lepas tu baca karangan tersebut semasa himpunan di semua. Ntah macam mana nama aku di pilih. Aku ingat lagi time tu aku kena buat karangan pasal kesihatan. Aku tak pernah ponteng sekolah dan mak aku biasanya tak boleh bertoleransi dengan ponteng sekolah. Aku demam pun aku datang sekolah. Jadi secara tak langsung, aku memang tak ada alasan untuk tak datang ke sekolah.

Puas aku fikir alasan apa yang aku nak bagi. Last sekali aku pilih untuk redha. Buat essay dan baca je depan orang. Aku cuba berfikiran positif.

Akhirnya, hari yang ditunggu pun tiba.
Bila pengacara majlis sebut "dipersilakan nur......... dari 1 Ibnu sina untuk membacakan esei mengenai kesihatan.

Time tu jantung aku laju gila. Kalau ada penyakit jantung kemungkinan 99 peratus aku boleh kena serangan jantung. Aku dapat rasakan semua mata memerhati ibarat aku ni alien yang baru tiba di bumi.

Aku naik ke atas pentas. Garu garu mic. Sebabnya malu nak sebut testing testing. Aku pun memulakan membaca ayat pertama dalam karangan aku. Kaki aku bergetar. Lutut aku berlaga (gila nerveous) .. tapi aku teruskan membaca dan dan terus membaca.

Tiba-tiba

nerveous tu hilang. Aku terus membaca sampai ke ayat yang terakhir. Perasaan takut tu hilang.

Selepas dari peristiwa itu, ecehh ada cikgu praktikal yang dapat kesan bakat aku(kahkahkah bakat le sangat) untuk bercakap depan orang. Aku mula masuk pantun, syarahan, bahas bm.. bahas bi pun aku sebat.

Bila masuk competition macam tu, sedikit sebanyak perasaan untuk takut berhadapan depan orang ramai dapat diatasi. Perasaan tu masih ada cuma aku semakin bijak mengawal (flip tudung).

Sampai zaman universiti pun, bila nak present aku tetap cuak cuma yang bestnya bila aku cuak aku dapat deliver sesuatu tu dengan  baik. Aku tukarkan perasaan tu menjadi sesuatu yang positif. Misalnya bila aku cuak, aku tau aku kena buat betul betul kalau tak memang habis le aku.

So moral of the story, jangan takut untuk mencuba dan jangan takut untuk berhadapan dengan perkara yang kita tak suka atau takut.


Be willing to step outside your comfort zone once in a while, take the risks in life that seem worth taking. The ride might not be as predictable if you'd just planted your feet and stayed put, but it will be a heck of a lot more interesting.


Regards,
Mimi