Dah hampir dua minggu aku menjalani latihan praktikal. Agak skema ayat bukan? takpe abaikan.
Sebelum ni aku mentioned yang aku buat praktikal dekat gomen kan? Untuk pengetahuan uollss semua, aku buat intern dekat JKR. Sebelum ni pun aku dah mentioned reasons kenapa aku pilih JKR kan?
satu sebab
nak ngulor.
Tapi expectation sememangnya jauh dari reality. JKR tiba tiba bersemangat dengan student praktikal. Ya ini realiti. Setiap student akan di assign dengan satu projek, buat analisis dan at the end kena present depan Jurutera daerah and other engineers. Nampak tak semangat di situ.?
Hampir dua minggu, kerja aku banyak pergi site. Sekarang ni aku duk bahagian jalan. The best part aku kena gi site time malam esoknya tak payah datang atau boleh masuk lewat. Best oo gi site time malam, sejuk, tak panas dan opkos kulit aku tak sunburn kahkahkah.
Nanti bila balik dekat u kawan mesti tanya " weh asal kulit ko tak gelap, ko tak gi site ek?" dan opkos aku boleh bragging dengan cakap"puhleess.. I gi site time malam" nampak tak keriakan di situ?
Yang tak bestnya pergi site tengah malam ni ngantuk. Hari tu aku pergi dari pukul 10 sampai 5 pagi tengok maintanence bridge baiki expansion joint pastu buat miling dengan road surface. Selain tu perut juga masuk angin dan dah pasti aku dan kawan-kawan aku yang lain terkentut-kentut. Tapi itu normal.
Kebetulan jumpa kawan lama aku si helmi dengan topek. Diorang yang supervised project tu dan macam biasa bila hang out dengan orang yang dah kerja ni memang asyik makan free..wakakaka
expansion joint |
Banyak benda yang aku belajar . Kerja dengan ramai lelaki, itu biasa. Kadang-kadang aku pikir jugak lepas habis degree ni ni sambung atau kerja? Bila pikir balik aku seharusnya cari bakal suami, kahkahkah..nampak tak kegatalan di situ?
Bulan pose ni tak boleh nak update panjang , sempena bulan pose ni jugak aku nak memohon maaf kat semua viewer omel omelan. Semoga ramadhan kali ni bawak keberkatan untuk kita semua..
Till then,
80 comments:
Salam. Awak praktikal kat JKR mana ek?
wasalam..praktikal dekat JKR Temerloh , Pahang.. ^_^
Awak course apa ye?? Kat jkr temerloh terima tak course materials eng
Awak course apa ye?? Kat jkr temerloh terima tak course materials eng
Dapat elaun x LI di jkr??
norfarahin torman: Saya civil engineering. Setahu saya, jkr menerima pelajar dalam bidang civil, elektrikal dan mekanikal. kurang pasti sama ada mereka terika pelajar kejuruteraan bahan.
Mohd Faiz : Bergantung kepada jkr. Tahun yang sama, 3 kawan saya termasuk saya praktikal di jkr yang berlainan tetapi hanya 2 daripada kami yang dapat elaun sebanyak rm 15 sehari. Saya dapat elaun dan bayaran dapat selepas habis praktikal secara lumpsum dan dimasukkan terus ke dalam akaun.
Salam, mcm mana nak apply LI di JKR ye?
Guna website ke email? dan boleh pilih tempat ke nak JKR yg mana?
and last sekali resume dia nak dalam malay ke english?
maaf bnyak tanya... hihi..sbb tgah pening cari LI
waalaikumsalam, kebiasaannya kan pihak kolej atau u akan beri boring/surat kan untuk kita submit ke jkr yang kita nak? jadi kita hantar je form/surat tu ke jkr yang kita nak dan percayalah jkr jarang reject orang. Good Luck ye
Asalamualaikum. saya baru sahaja habis berlatihan industri di jkr. dan telah memohon elaun. boleh saya tahu. berapa lama agaknya proses elaun tersebut?
Berdasarkan pengalaman sy, duit elaun akan masuk ke dalam akaun pada bulan pertama semester baru di universiti :)
Oow..praktikal temerloh..sye duduk jengka...ingt Nk praktikal situ jugak.sye amik course architecture..jkr mesti amik kan?
setakat ni jkr tak pernah lagi reject mana mana permohonan untuk intership cuma takut tak dapat belajar banyak sebab JKR more on technical . Kenapa tak try architecture firm atau consultant?
kat jkr temerloh terima tak student lepasan electrical engineering(electronic) ? rumah bujang ada tak ?
Elaun di jkr berapa.. Awk jkr mana?? Setiap bulan ke diorang bagi elaun.. Sy civil
Mohamad safie- JKR Temerloh memang terima budak elektrik. Masa batch saya dulu pun ramai budak electrical engineering. Bebudak course electrical akan ditempatkan bawah jabatan elektrik. Untuk rumah pulak, kebiasaanya yang apply untuk intern memang ornag Temerloh. Tapi boeh la kut survey kut-kut ada. Cuma kalau boleh apply la JKr yang dekat dengan rumah.
Unknown - Elaun di JKR masa batch saya dahulu (Tahun 2012) - RM 15 sehari. Elaun dia akan bagi lumpsum selepas kita habis praktikal. Saya praktikal cuma 10 minggu. Total yang dapat dalam rm 750 tak silap. Duit akan dapat dalam minggu kedua selepas semester baru bermula. Diorang akan bank in untuk kita.
Nak apply time bila ?
unknown :boleh Tanya university/kolej masing masing . lepas tu boleh direct dengan jkr yang nak intern tu
Salam. Nak tanya akak masa intern kalau pergi site waktu malam tu transport sendiri atau pergi dgn org2 jkr juga?
Anonymous 8.38 pm : Transport sendiri sebab memang dekat je dengan rumah. Kalau nak tumpang ornag jkr boleh bincang dengan diorang.
Hai. Boleh saya tahu bagaimana nak apply LI dkt JKR? Boleh awak terangkan pada saya satu persatu? Borang/ surat yg universiti beri utk kita submit ke jkr yg kita nak? Maksudnya mcm mana ya? Minta maaf ya. Terima kasih :)
@sabrina Tira, kebiasaanya pihak universiti akan keluarkan surat untuk pelajar memohon latihan industri. Detail surat tu kebiasaanya akan tertera pengesahan status pelajar berkenaan. Surat tu cik boleh hantar secara byhand /email ke tempat yang cik minat. Kemungkinan setiap universiti/kolej mempunyai prosedur yang berbeza. cik boleh hubungi pihak universiti /kolej cik untuk maklumat yang lebih lanjut..
Assalamualaikum kak,minta maaf nak tanya kalau untuk yg bidang elektronik jkr ambil tak?
salam sis, esok saya praktikal di jkr. wish me luck! huhu neves
@hanaghffr gud luck dik. Yang penting rajin cari peluang. semoga urusan adik dipermudahkan
Antara JKR atau panasonic pilihan mana saya patut pilih
Kalau jkr nk bg elaun, dia bgtau awal kn? Kalau dh tulis siap2 tak dpt elaun, mmg tak dpt la kan?
Anonymous : ye betul...
Hai salam, saya nak tanya lapor diri intern pukul berapa selalu ?
hi unknown, kebiasaanya ikut waktu pejabat sesuatu organisasi itu. Contohnya, kalau business hour pukul 8-5, awk kena ikut masa tu..
Hai sis. Kalau utk student IT jkr terima tak? Sy ambik kos pengurusan sistem maklumat. Terima kasih
Hi anon, saya tak sure pasal IT, tpai boleh tanya dulu dekat JKR yang berdekatan dengan tempat cik anon.
his sis sorry nak tanya Li kat jkr ni dia tgk pointer jugak ke? saya course elektrik baru nak apply intern :) ramai sarankan jkr harap sis dpt response comment sy ni.
hi syafika, setahu saya JKr tak tengok pointer. Lebih kepada kekosongan. Kadang kadang lebih daripada 10 orang dia boleh ambil. Apa apa shafika boleh hubungi JKR berdekatan dengan atma untuk permohonan
Mksud dia mcmna eh? Sy bru habis LI kat jkr, tgh tnggu elaun masuk
Hi sis , nak tnya ... Pakaian apa yg patut saya pakai untuk 1st day intern dkt JKR?
Unknown : Berdasarkan pengalaman saya, diorang akan bank in first month selepas semesta baru dibuka. Masuk ke dalam akaun sebab sebelum habis intern, pihak JKR ada suruh kami student praktikal untuk update no akaun . MR: Pakai pakaia formal, contohnya baju kurung atau bloude dengan seluar slack.
Slm nk ty, kna bayar yuran ke intern kt jkr?
Salam. Agak2 JKR amik intern bahagian management tak?
salam, mcm mane nk praktikel kat jkr? hehe masa dh suntuh nk mohon l.i
Salam. Nak tanya, JKR memang ambil intern bidang civil, elektrikal dan mekanikal je ke? Dorang ada ambil intern bahagian management tak?
salam nak tanya ..kalau buat intern kat jkt..agak2 kerja nnti sng tak nak dpt kerja kat jkr.. bolrh terus diserap ke hehe
muni muni maaf lambat reply , tak perlu bayar yuran untuk intern. Ika bahagian management saya tak pasti tapi boleh contact pihak jkr. Wan : Hmm kena contact jkr terus dik. Unknown Nov 25 : Saya tak sure management tapi boleh try tanya. Zikri : JKR bawah SPA dik, memang tak ada terus serap sebab pengambilan semua bawah SPA, tpai gud luck ya..
apply intern dkt jkr berapa bulan sebelum ye? lama tak jkr nak process application?
Biasanya 3 bulan sebelum. Macam saya sebelum ni, pihak U yang urusakan. Tapi boleh hubungi jkr yang berdekatan untuk maklumat lebih terperinci
Salam, macam mana cara permohonan untuk intern di Jkr? Di email Yang tertera di website ke?
Salam, selalunya untuk dapat elaun praktikal jkr nii kena tunggu berapa Lama?
Salam, boleh saya tau ape contoh kerja yang dilakukan masa intern kalau under civil engineering?
Atyqarahman : biasa permohonan melalui universiti atau kolej. Boleh tanya dekat pihak univerisiti atau kolej.
Syaza syakra: kalau ikut pengalaman saya selepas 3 bulan tamat latihan industri
Anonymous 12 Jan : Kerja mengikut jabatan. setiap jabatan berbeza skop. yang penting kena rajin bertanya semasa menjalani latihan. ^_^
Salam , kalau macam dia bagi project macam awak suruh siapkan tu . Mereka ada ajar ke ? Atau kita sorang2 buat ?
@anonymous : Sebagai intern, memang diorang akan guide. Diorang takkan lepaskan kita macam tu je. Diorang akan assist dan inform apa yang perlu buat. Jangan risau kita bukan decision maker.
Salam, dari segi pemakaian mcm mana eh? Fully baju kurung ke? Then, nak tunggu dekat mana untuk hari pertama intern?
@Amaar : Biasanya kena pakai pakaian formal, baju kurung atau seluar slack dan kemeja. Hari pertama masa lapor diri boleh jumpa person in charge yang berkaitan.
Salam, saya baru apply intern dekat JKR sebagai civil engineer. Agak berapa lama ya dia nak proses permohonan tu? berapa lama keputusan accepted/rejected tu akan keluar?
Terima Kasih :)
Salam, semasa isi pemohonan latihan industry tu. Dekat kemahiran dan aktiviti isi apa ya? Contoh mcm mana?
Mirul : Biasanya dalam seminggu dah boleh dapat jawapan, cuma kena rajin call JKr berkenaan untuk follow up.
Anonymous june 24: Kemahiran dan aktiviti tu tulis je pa pe. Diorang tak tengok sangat pun. Untuk kemasasukan biasanya bergantung kepada kekosongan.
assalam si, nak tanya, kalau bidang automotive engineering agak2 boleh ke apply kt jkr? pernah tahu atau pernah alami tak?
@arenah : tak pasti pulak, tapi jkr ada bahagian mekanikal. Cuma ada baiknya kol JKr yang berkenaan untuk ketahui lebih lanjut
Hii awkkk. Saya dpt kt jkr selngor bahagian arkitek. Pdhl course saya landscape. Saya bersyukur sebab mmg last minute saya minta. Sebulan sblum lI. Doakan syaaaa awakkkk. Baca pemgalaman awkk ne lagi gabrah saya. Bnyk kena pergi sitee
InsyaAllah everything will be alright. just keep asking if there is anything you can help and do during internship later. so that in the future, during interview for a job a lot of experience you can share during your internship.
unknown : Good luck ye, semoga urusan intern awak dipermudahkan. Timba pengalaman banyak banyak dan rajinkan bertanya hehe
Salam awak apply macam mana?
unknown Nov 1 : Masa saya apply saya submit borang ke JKR yang berkenaan. Lepas tu nanti follow up balik. Kebiasaanya diorang terima je student nak intern. Tapi mungkin pkp ni lain sikit. Better telefon dulu.
Intern kat JKR perlu CIDB card ke?
nak tanya... sy amek kos pengurusan teknologi pembinaan... kalau sy mohon intern kt jkr apa skop krja sy ye
unknown : sebaik baiknya perlu CIDB sebab kebiasannya kalau kena pergi site wajib ada CIDB. Pihak kolej atau Uni biasanya akan sediakan sebelum pelajar memulakan latihan industru.
Anonymous : kalau teknologi binaan mungkin akan duduk di jabatan bangunan. Skop kerja tertakluk pada jabatan tapi macam yang saya cakap sebelum ni, kena rajin bertanya dan belajar. Semoga dipermudahkan ya ^_^
Assalamualaikum kak.. tempat jkr saya pon dia ada suruh present pasal dokumen yang dia bagi.. means saya kene baca dokumen yang dorang bagi and present dekat dorang ape yang saya faham.. saya macam nervous la pulak sebab present dengan engineer2 kat sana kan.. takut dorang macam tanya macam2 ke ape.. nak tanya masa akak buat presentation tu okay tak? Kalau boleh, boleh tak akak bagi ape2 tips untuk presentation ni nanti huhu.. Thank you so much kak :)
unknown April 1 : Good luck tau dik. Semoga dipermudahkan urusan. Kalau ikut kan pengalaman haritu, diorang lebih tanya apa yang kita belajar. Apa yang kita faham dan dapat sepanjang intern dekat situ hehe. takpe doa banyak banyak k?
hai,assalamualaikum,boleh saya tau elaun untuk intern di jkr di memang xsama eh ikut tempat?sebab kt tempat saya xde elaun...ke sebab tempoh praktikal saya singkat,hanya 2 bulan.Sebabtu diorang xbagi elaun?awak berapa bulan?
muhd fitri : ye betul ikut tempat. ada tempat dapat ada tak. saya praktikal pun 2 bulan je. kawan saya yang praktikal JKR negeri lain ada yang dapat elaun ada yang tak
sy nak tanya, jkr ade ambil internship ke untuk safety? mcm safety officer?
anon 15 Feb : Setahu saya, tak ada internship untuk safety. Lebih kepada awam, mekanikal, elektrikal, ukur bangunan, forensik bangunan. mcam tu
elaun untuk jkr kita kena buat permohonan elaun apa ii ke
Salam sis saya nk tanya , ramai kawan kawan saya kata jkr tak banyak kita belajar as civil engineering student . Betul ke?
Awak dpt kat mana
Salam sis nk tanya pendapat sis sebagai student intern kejuruteraan awam ,byk tak input ilmu yg dpt masa intern ada tak rcd kat jkr?
Anon Feb 19 : Waalaikumsalam sis. Sebenarnya kalau intern dekat JKR banyak yang boleh belajar sebenarnya. Dari proses perancangan, perlaksanaan sampai la ke peringkat penyerahan Sebab JKR ni satu badan perlaksana. Cuma satu je, kita ni willing tak nak belajar atau bertanya. Saya sendiri sekarang dah jadi staff JKR. Memang bizi. Tak tipu. Masa saya intern dulu, saya dengan kawan kawan saya memang banyak bertanya. Kami tanya engineer atau pic projek yang tengah ongoing. Kalau kenderaan jabatan tak ada, kami cari inisiatif pergi sendiri. Tapi kami mintak jugak kebenaran penyelia kami. tempoh 2 bulan intern tu memang rasa tak cukup sangat sebenarnya.
Anon February 25 : Jujur memang banyak saya belajar. Daripada peringkat perancangan sampai la ke peringkat penyerahan. cuma satu je rajinkan bertanya. Mintak kebenaran nak pergi site untuk tengok projek. Cari kerja jangan tunggu orang bagi kerja. Tak tahu tanya diorang okay je nak jawab soalan kita..
salam sis..klau li dkat jkr dalam bidang qs,kerja apa je yng kita kna buat
anon 11 May 2023 : Kalau dekat QS banyak jugak kerja, kena buat taking off, ikut pergi meeting, compile dokumen tender yang penting kalau takde kerja tanya supervisor masing masing. Jangan malu
Post a Comment