Tengok tajuk entry pun dah tau yang Iolss gigih nak update belog..
Sebelum ni Iolss ada bagitau uolss semua yang usm kampus kejuruteraan terletak di Nibong Tebal, Pulau Pinang dan bukan terletak di Pulau a.k.a island dan bandar terdekat kami ialah Parit Buntar sebab Nibong Tebal tu tak macam bandar langsung.
Kampus kejuruteraan terletak dalam ladang kelapa sawit yang juga kaya dengan pelbagai spesies flora fauna. Biawak, kura-kura, bangau termasuk babi's semua aku dah jumpa.
Unik kan?
Memang jauh sangat kalau nak dibandingkan dengan main campus usm yang dekat dengan bando.
Ada Queensbay, ada banyak mall, ada McD dan kepsi yang dekat dengan kampus.
Mula-mula jeles la jugak.
Amenda la yang ada dekat parit buntar ni ye dak?
Bandar pun macam hidup segan mati tak mau.
Tapi bila diexplore dan diexplore banyak benda best dekat parit buntar ni. Antaranya banyak tempat makan best. Hang cakap je nak makan apa western ? masakan melayu? semua ada.
Sebab tu aku menggemuk dengan jayanya dekat sini. mihmihmih..
Lagi satu tarikan utama dekat Parit Buntar ni ialah pasar kemboja.
Mengikut kajian yang aku buat, nama pasar kemboja tu diberi sebab banyak orang kemboja yang meniaga dekat situ.
Banyak baju, dress, jubah, blouse, kain pasang, telekung, tudung ada dekat situ.
Dan harga dia sangat murah!murah! murah!*efek gema* hahahaha
Nak nanges iolss tengok harga dia.
Tapi kena pandai tengok ada juga orang yang jual harga mahal tapi yang jual harga mahal tu kebanyakanya rakyat tempatan.
Pasar Kemboja ni terletak dekat sepanjang jalan area Perkampungan Tok Mahat yang juga berdekatan dengan kedai makan Mak Su yang femes tu.
Gigih tak Iolss print screen untuk uolss? |
Meh tengok gambar-gambar yang aku sempat snap. Tapi tak banyak sebab nak nyopping lagi nak ambik gambar lagi sambil minum air lagi sebab panas. Multitasking gitu..
Kain Chiffon sangat lembut. Harga Rm70 |
kain pasang yang murah berlonggok longgok u.. |
Kain sembahyang lycra yang warna warni gitu.. harga RM45 |
Hasil dari aktiviti menyopping tersebut aku berjaya membeli satu jubah kain chiffon yang berharga RM70 dan jugak jubah cotton berharga RM30.
Kawan kawan aku yang lain membeli telekung warna warni jenis lycra yang berharga RM45 sepasang. Sorang tu ambik kaler turqoise dan sorang lagi tu kaler kelabu. Meh tengok testimoni dari diorang.
Pembeli satu
Aku : Seronok tak dapat kain sembahyang baru. Apa perasaan?
Beliau : Seronok sangat. Tak sabar nak sembahyang.
Pembeli dua
Aku : Apa perasaan guna kain sembahyang baru?
Beliau : Rasa best. Tak sabar tunggu masuk waktu solat..
hahahahaha.
Jadi tunggu apa lagi? Bagi mereka yang singgah ke parit buntar, boleh lah melawat pasar kemboja yang beroperasi hariSabtu. Dari 7 pagi sampi 12 tengahari.
Selamat menyopping.
Till then