Assalamualaikum
Muka-mula sekali aku nak minta maaf sebab ada email yang aku reply lambat. Hampir dua minggu email aku ada masalah. Tiap kali aku nak sent email, benda bawah ni kuar..
Menurut yahoo, ada orang cuba hack email dan sent email menggunakan akaun aku. Lepas dah tukar password, security question dan macam macam lagi yang diberitahu yahoo, aku masih gagal menghantar email.
Namun aku tidak berputus asa, aku terus berusaha dan berusaha sampaila boleh reply email kat uolss. Terharu tak?
Nanti iolss free, iolss update belog ye?
kite bizi sikit sekarang nim..mihmihmihmih
Till then.
klik le
Thursday, February 27, 2014
Wednesday, February 12, 2014
senarai cita-cita aku masa kecik
Assalamualaikum..
Hai uolss..
Masa kita sekolah rendah uolss ingat tak yang cikgu pernah suruh listkan senarai cita-cita yang kita nak jadi bila besar. Tipikal budak-budak mesti pilih doktor, cikgu, peguam, jurutera, kiranya semua kerja yang glamer glamer orang kata.
Aku pun tak terkecuali. Dekat pilihan pertama, biasanya aku akan letak cikgu, diikuti dengan peguam dan kemudian doktor.Dari darjah satu sampai darjah enam, aku akan letak benda yang sama sebabnya malas nak pikir. Jurutera pulak tak ada dalam senarai dan tak silap aku tak pernah ada dalam senarai.
Tapi tu semua bukan cita-cita aku yang sebenar. Cita-cita aku yang sebenar masa kecik kalau ikutkan:
Macam dalam entry sebelum ni aku ada cerita sebab apa aku nak jadi power ranger. Selain daripada berperasaan yang aku ni dilahirkan untuk selamatkan bumi, aku minat pink ranger ni sebab dia cantik.Time tu kimberly yang jadi pink ranger, comey sangat dia. Dan macam biasa, aku akan anggap abang-abang aku tu sebagai alien yang bakal memusnahkan bumi. Alien dengan power ranger memang tak boleh get along. Sebab tu kami asyik bergaduh.
2) Penjual bunga --macam Rosalinda
Rosalinda ayamor |
Yang penjual bunga ni sebabnya aku rasa aku terpengaruh dengan Rosalinda. Dengan berharap bila aku jadi penjual bunga, aku akan berjumpa dengan jejaka hensem yang kaya seperti Fernando Jose Altamirano del castillo *gila ko nama penuh aku letak..kahkakahkah. Tapi aku rasa bukan aku sorang je, mak cik-mak cik yang jadi suri rumah pun ada sampai tahap terlupa nak masak sebab layan Rosalinda*eleh.. saya tau mak cik nak tengok fernando kan?
fernando jose..melting..hikhikhik |
3) Tukang kebun atau tukang sapu
Dari sekolah lagi aku suka tengok pak cik dengan mak cik yang jadi tukang kebun atau tukang sapu. Macam happy je diorang buat kerja. Relek je aku tengok diorang macam tak ada tekanan. Sampai dekat universiti pun aku suka tengok pak cik-pak cik tukang kebun ni. Lepas buat kerja, diorang lepak bawah pokok ramai-ramai sambil makan atau minum. Memang gaji diorang tak banyak tapi somehow happy je aku tengok diorang.
Lepas spm sambil tunggu result, aku penah request dekat mak aku:
Aku : Mak, orang nak kerja..boleh tak?
Mak aku : Nak kerja kat mana?
Aku : Nak mintak dekat MPT* MPT ni singkatan untuk majlis perbandaran Temerloh
Mak aku : Ha?nak kerja apa dekat sana?
Aku : Tukang sapu. Macam best je tengok mak cik mak cik tu sapu sampah.
Mak aku : Nah amik penyapu ni, gi sapu dekat tingkat atas semua bilik sampai dekat bawah.
Aku : ..................................
Till then,
Friday, February 7, 2014
civil engineering?
Assalamualaikum..
Untuk pengetahuan uolss semua iolss merupakan pelajar kejuruteraan awam atau dalam bahasa omputihnya civil engineering.
To be exact, ramai yang tak tahu apa tu kejuruteraan awam. paling koman pun akan jawab
"oo..yang buat bangunan tu ek?"
The worst part ada yang kaitkan kejuruteraan awam tu dengan tandas awam, telefon awam dan semua yang awam awam ni. Er masa sekolah dulu pun aku ingat macam tu jugak.
Ok sebelum tu meh aku cerita definisi kejuruteraan awam.
kejuruteraan awam ni sebenarnya satu bidang kejuruteraan yang merangkumi semua aspek rekabentuk, pembinaan, penyelenggaraan dan dalam masa yang sama kena fikir aspek kesan terhadap alam sekitar.
Bawah ni bidang-bidang kejuruteraan awam. Awam ni banyak cabang dia.
kredit kepada en google |
1) kejuruteraan struktur
Ha ni yang buat bangunan-bangunan yang korang selalu nampak tu. Arkitek yang design rupa bangunan tu tapi Civil engineer yang akan pastikan bangunan tu selamat atau tak, mampu tampung beban atau tak. Civil engineer ni bertanggungjawab dalam merekabentuk struktur bangunan tersebut. Selain bangunan strukur seperti jambatan, empangan, lapangan terbang, port-port juga dibawah tanggungjawab kejuruteraan awam.
2) kejuruteraan geoteknik
Geoteknik ni uolss pun tau kan melibatkan tanah. civil engineer ni akan pastikan kekuatan tanah bagi sesuatu tempat atau projek . Contoh yang paling senang, time korang lalu highway tu mesti perasan banyak slope atau dalam bahasa melayu dia cerun. Mostly cerun tu semua dah diprotect. Kadang-kadang korang akan nampak ada konkrit, kadang-kadang korang akan nampak rumput je. Walaupun nampak rumput atau konkrt je tapi beyond that ada reinforcement la, dan macam macam lagi bentuk protection yang dibuat untuk pastikan cerun tersebut stabil. Aplikasi yang lain contohnya nak pastikan kekuatan tanah sebelum sesuatu struktur atau bangunan didirikan.etc
3)kejuruteraan lebuh raya dan pengangkutan
Rekabentuk jalan raya dan sistem pengangkutan termasuk dalam skop kerja jurutera awam jugak. Kena pikir macam mana nak design jalan untuk kurangkan kesesakan dan dalam masa yang sama kena pikir aspek rekabentuk jalan tu sendiri. ok jalan yang kita duk guna sekarang ni walaupun nampak atas dia tar, tapi bawah dia ada layer yang lain. Uolss jangan la marah kalau orang tengah construct jalan lambat tu buat kerja lambat. Banyak proses nak kena buat.. kesian deyolss semua taw.
sila kredit ke en google untuk gambar di atas |
4)kejuruteraan hidraulik
Kejuruteraan hidraulik ni melibatkan air. Macam mana nak supply air dapat kepada uolss. Melibatkan juga kestabilan sungai, pastu rekebantuk sistem perpaipan dan lain-lain lagi.
5)kejuruteraan alam sekitar
Semua projek memang perlu consider environment kan? Jadi jurutera awam ni kena pastikan setiap projek tak bagi kesan buruk kepada environment. Contoh paling popular projek lynas. Selain chemical engineer civil engineer pun memainkan peranan.
Ok banyak lagi cabang dia, aku tak larat nak cerita. Pa pe pun meh layan video bawah ni untuk dapatkan lagi clear view.
till then,
Tuesday, February 4, 2014
Kembang bukan sebarang kembang.
Assalamualaikum..
Sepatutnya aku kena buat thesis sekarang ni, tapi aku malas. so aku update belog..boleh?
Ok sebenarnya iolss nak bagitau yang Presiden mafia ada adopt kucing baru yang diberi nama kembang.
Mesti uolss tertanya tanya kenapa beliau diberi nama sedemikian rupa kan? kalau uolss tak tertanya tanya pun iolss nak bagitau jugak.
kembang diberi nama sedemikian rupa sebab beliau kembang dan berbulu panjang. Nama kembang ni mak aku yang bagi. Kalau aku letak kiki ke, tiffany ke, cleopatra ke kang urban sangat pulak.
Kembang bukan persian tetapi sejenis kucing berbaka DLH.
DLH is stands for Domestic Long Hair tau uolss. Macam yaya jugak la. Cuma yaya kaler hitam so tak nampak sangat kegebuan beliau. Touching pulak bila teringat yaya :'(
Ok berbalik kepada kembang, beliau ni tak senonoh sikit. Lepas makan terus bergolek. Ok ayah aku cakap perangai sebijik macam aku. T_T.
Kembang ni time lapar bukan main lagi bergesel dan manja manja dengan kita tapi lepas kenyang haram, kalau kau panggil paling rajin pun dia menyahut je. Tu kalau rajin kalau tak dia buat tak nampak je. hahahaha
Kembang-kembang.
Masa aku nalik cuti masa chinese new year baru ni, aku perasan banyak kucing jantan duk usha kembang ni. Duduk lalu lalang depan rumah aku. Ada la dalam 6-7 ekor yang dok usha kembang.
Hot stuff jugak kembang ni.
Yang menjadi masalah bila kucing-kucing jantan ni duk pancut dekat rumah aku. Jenuh aku nak basuh.
Secara teorinya, tujuan kucing-kucing jantan tersebut kencing ialah sebagai penanda kawasan. Meaning that, mana-mana kucing betina yang ada dalam kawasan tu adalah hak diorang. Kemain kan?
Ni aku tengah pilih calon untuk kembang. Harapnya kembang suka.
ok bai

Presiden mafia dan kembang berpisah tiada |
sexy back |
Yang menjadi masalah bila kucing-kucing jantan ni duk pancut dekat rumah aku. Jenuh aku nak basuh.
Secara teorinya, tujuan kucing-kucing jantan tersebut kencing ialah sebagai penanda kawasan. Meaning that, mana-mana kucing betina yang ada dalam kawasan tu adalah hak diorang. Kemain kan?
Ni aku tengah pilih calon untuk kembang. Harapnya kembang suka.
ok bai
Subscribe to:
Posts (Atom)