klik le

Friday, January 2, 2015

Pahlawan papan kekunci



Assalammualaikum


Korang pernah dengar pahlawan papan kekunci atau keyboard warrior?
Dekat media sosial korang boleh jumpa berlonggok orang yang macam ni.

Ok meh aku cerita.

Banjir baru-baru  ni, bandar Temerloh memang completely lumpuh. Berbelas tahun aku duduk Temerloh dan banjir kali ni paling dasyat.

Unexpected.

Air atas jalan bergerak laju macam jeram sungai. dan ramai yang memang tak sempat selamatkan apa apa. Sehelai sepinggang.

Alhamdulillah. aku agak bernasib baik sebab sempat beli makanan untuk stok dekat rumah. Kawasang perumahan terkepung. Tak ada jalan keluar nak pergi mana-mana.

Dalam masa yang sama aku terlibat sebagai sukarelawan dekat pusat penempatan banjir,  tolong orang memasak, basuh pinggan dan mengemas.


Agak mengecewakan bila mana ada orang buat fitnah dekat facebook mengatakan sukarelawan ada yang simpan stok makanan, bagi sardin je padahal stok makanan banyak.(Ini salah satu komen yang diterima)

Ok.

Aku yang berada sendiri dekat pusat penempatan banjir tengok sendiri keadaan makanan yang sampai. Jumlah mangsa sangat ramai, dan  makanan yang diterima memang cukup-cukup dan kadang-kadang tak cukup. Sukarelawan terpaksa mencari inisiatif sendiri untuk cukupkan makanan.

Kenapa sardin?

Sebab sardin makanan dalam tin dan antara makanan yang banyak orang derma. Stok makanan basah macam ikan dan ayam memang susah nak dapat semasa musim banjir. Sukarelawan yang memasak pun kebanyakannya akan makan lepas semua mangsa banjir makan. Tak ada istilah sukarelawan makan lauk sedap. Tak ada langsung.

Berkenaan dengan simpan stok aku tak pasti. Mungkin ada pusat penempatan mangsa banjir yang buat. Mungkin diorang nak agihkan sebelum mangsa banjir semua balik.  Mungkin.

Mungkin betul ada pihak yang cuba mengambil kesempatan. Mengambil kesempatan ke atas barang-barang yang sepatutnya didermakan kepada mangsa banjir.

Mungkin

Cuma berhentilah sebarkan berita yang tak betul.

Sekejap cakap " kawan mak aku yang duk dekat penempatan banjir tu cakap". Kejap lagi cakap " mak cik aku yang duk dekat penempatan banjir tu cakap.." Esok pulak " kawan aku punya kakak yang cakap".

Setengah orang memang suka timbulkan provokasi. Cuma nasihat aku, berhentilah jadi pahlawan papan kekunci. Turun padang, sumbangkan tenaga untuk membantu masyarakat bagi aku berganda lebih baik.



Till then!

Mimi




No comments: