Assalammualaikum..
Kalau dikira kira rasanya dah nak dekat setahun aku bekerja.
Bila jumpa orang, dan tanya aku kerja apa cepat-cepat aku jawab "kuli".
Tu belum lagi orang insurans yang tanya.
Masa kecik dulu dulu ingat kerja jurutera ni best. Wah engineer professional gitu..pakai topi putih. pergi site pakai kemeja. seluar slack. Tengok pulak drama melayu, engineer dengan arkitek semua sado.
tapi realitinya hado.
hahaha.
Setelah hampir setahun, tak aku nafikan kerja menjadi seorag jurutera sangat mencabar lagi lagi bila handle project dekat site dan dalam masa yang sama kena prepare semua documentation dan paper work yang bertimbun. Belum lagi kena maki dengan klien.Belum lagi kena jawab kesalahan yang orang lain buat. (mentang aku fresh graduate). Oh lupa skop kerja aku juga entertain client. cis. Patutla lelaki pun tak larat nak kerja sebabnya kena tahan mental dan fizikal.
Mental- ko kena tahan maki dan bijak berhujah dengan klien. Biasanya aku akan study BQ dengan drawing sebelum meeting. Sebab benda ni yang akan akan bantu kita.
Fizikal -Tahan panas, gagah dan tidak takut ketinggian. Time inspection panjat-panjat tu benda biasa. apatah lagi panas.
Tapi tapi tapi. perasaan paling best bila nak hand over project. Bila aku pikir balik berapa banyak orang yang dapat benefit dari projek yang aku join ni. Kita tolak developer dan kontraktor. Fokus kepada pengguna sahaja. Terharu bila orang cakap.
"akhirnya dapat jugak guna air bersih"
" tak melekit dah badan ..bila mandi"
sebab sekarang ni projek aku lebih kepada water supply.
Rasa gembira.
Hilang penat.
tapi kita lupa nak terima kasih dekat golongan ini
mereka juga menyumbang ^_^
Regards,
Mimi
No comments:
Post a Comment