klik le

Tuesday, May 10, 2016

Minta tolong dengan Allah bukan manusia

Assalammualaikum..

Lately aku rasa depressed. Terlalu depressed dan tak pernah rasa macam ni sebelum ni. Masalah aku, aku ni  jenis aku, pemendam. Semua benda nak simpan sendiri. Aku tak nak susahkan orang. Terutama family. Apatah lagi nak buat diorang risau dan sedih. Biar sedih sakit aku tanggung sorang. Tak apa.

Aku ada Allah. Tempat aku mengadu.
Bercerita masalah pada manusia, belum tentu dia mampu tolong kau walaupun sebelum ni kau banyak tolong dia.

Tak apa.

Allah ada.

Aku tak minta Allah ringankan beban, cuma kuatkan diri aku untuk hadap semua ni dah cukup.

Untuk korang yang juga ada masalah, jangan risau Allah ada.

Things will be better soon. InsyaAllah


Regards,




Monday, May 9, 2016

Berhenti bandingkan diri..

Assalammualaikum

Setiap orang dalam dunia ni, waima aku sendiri pun kadang kadang rasa rendah diri. Kenapa aku tak jadi macam dia, kenapa aku tak dapat apa yang dia dapat. Pernah kan?

Percaya lah apa yang terpampang dekat social media tu bukan semua nya realiti, maksud aku di sebalik kegembiraan/ kecantikan tu ada sesuatu yang kita tak tahu. Eh, susah nak cari orang yang post pasal aib atau masalah dia dekat media social. Jadi, setakat ni apa yang kita tengok kawan-kawan kita post tu semua cantik, semua wangi tapi hakikat disebalik semua tu kita tak tahu.

sebab ..

Boleh jadi Allah s.w.t beri dia rupa kecantikan tetapi tak dapat cinta.
Boleh jadi Allah s.wt beri dia kekayaan tetapi dia tak rasa bahagia.
Boleh jadi Allah s.w.t beri dia ibu bapa yang kaya  tetapi tak ada masa untuk diri dia.

Belajar erti syukur dan berhenti untuk memandingkan. Sebab Allah tu maha adil.

Boleh jadi Allah s.w.t beri dia kemiskinan tapi dia tetap bahagia.
Boleh jadi Allah s.w.t beri dia gaji yang kecil  tapi masih boleh bahagiakan orang tuanya.
Boleh jadi Allah s.w.t beri dia kekurangan dari segi rupa tetapi masih ada yang ikhlas menyayangi.


Till then.




Regards,