Assalammualaikum
Setiap orang dalam dunia ni, waima aku sendiri pun kadang kadang rasa rendah diri. Kenapa aku tak jadi macam dia, kenapa aku tak dapat apa yang dia dapat. Pernah kan?
Percaya lah apa yang terpampang dekat social media tu bukan semua nya realiti, maksud aku di sebalik kegembiraan/ kecantikan tu ada sesuatu yang kita tak tahu. Eh, susah nak cari orang yang post pasal aib atau masalah dia dekat media social. Jadi, setakat ni apa yang kita tengok kawan-kawan kita post tu semua cantik, semua wangi tapi hakikat disebalik semua tu kita tak tahu.
sebab ..
Boleh jadi Allah s.w.t beri dia rupa kecantikan tetapi tak dapat cinta.
Boleh jadi Allah s.wt beri dia kekayaan tetapi dia tak rasa bahagia.
Boleh jadi Allah s.w.t beri dia ibu bapa yang kaya tetapi tak ada masa untuk diri dia.
Belajar erti syukur dan berhenti untuk memandingkan. Sebab Allah tu maha adil.
Boleh jadi Allah s.w.t beri dia kemiskinan tapi dia tetap bahagia.
Boleh jadi Allah s.w.t beri dia gaji yang kecil tapi masih boleh bahagiakan orang tuanya.
Boleh jadi Allah s.w.t beri dia kekurangan dari segi rupa tetapi masih ada yang ikhlas menyayangi.
Till then.
Regards,
No comments:
Post a Comment