Assalammualaikum..
Tetiba nak buat post lepas terbaca pasal "graduan memilih kerja" dan "graduan susah pilih korje" dan lalalalalala.
Ok adik adik yang fresh grads tu. Cari lah korje dan jangan memilih.
" kitaorang cari tapi kebanyakan majikan nak yang ada pengalaman"jawab adik adik fresh.
Betul tu dik, akak tak nafikan.
So pendapat akak, mari lah bermula dari bawah.
" ada degree kot, takkan nak jadik cashier ke apa" jawab adik fresh lagi
Sokeyy dik.Kerja dari bawah la dik tapi kalau boleh dalam bidang yang berkaitan. Contohnya kalau apply post engineer lepas tu tak dapat, apply la for trainee engineer ke, assistant engineer atau pun clerk of work. Gaji sikit tak apa, yang penting kutip pengalaman. Kalau tak dapat jugak, apply untuk position kerani dalam syarikat yang berkaitan sekurangnya dapat jugak belajar sikit. Ramai je kawan akak yang grad tapi kerja dari bawah. Yang ada degree tapi gaji 900 pun ada dan siap ada yang kadang 2 bulan baru dapat gaji. Tapi diorang bertahan, sebab nak cari pengalaman. Lepas dah dapat better offer, memasing cabut la.muahahaha.
Jangan letak expected salary yang tinggi.
Kaji dulu expected salary untuk fresh grad biasa berapa. Bergantung pada company dan tempat koje. Jangan malas untuk mengkaji lepas tu sesuka hati letak expected salary tinggi. Engko ingat orang suka? Buat kajian sikit lepas tu letak la expected salary yang bersesuaian.
Rajin hantar resume
Rajin hantar resume dekat syarikat syarikat. Jangan harapkan jobstreet sebab banyak persaingan. Hantar email directly kepada syarikat yang berkenaan. Sebelum tu, suruh sesiapa cek dulu resume baru hantar. ngerti?
Lepas usaha, doa dan tawakal.
Percayalah , kehidupan siswazah bukan macam dalam drama. Grad je terus ada kompeni beso offer job lepas tu terus beli kete beso. Percayalah itu dusta semata mata lainlah engkorang kerja kompeni bapak sendiri. Ada yang bernasib baik dapat kerja kompeni beso tapi percayalah basic permulaan tu tak banyak mana. So adik adik, terapkan dalam pikiran, cari pengalaman dulu. Kena buli tu biasa, kerja banyak tu biasa yang penting belajo.
Ok. Geli pulak gelarkan diri akak wakakakka
Regards,
Mimi
No comments:
Post a Comment