klik le

Monday, September 26, 2016

Kisah Akai si budak gemuk.

Assalammualaikum.

Beberapa hari lepas aku ada kol kawan baik aku, zira. Banyakbenda yang diborakkan, tup tup   sampai berejam berborak. Aku suka borak dengan zira, sebab bila borak dia tak suka gosip pasal orang lain. Jadi secara tak langsung, aku cukup selesa.

Zira : "Teringat waktu study dulu. Bagi saya waktu yang paling menyeronokkan waktu saya study dulu".

Aku : "Waktu study memang seronok. Tapi bagi saya, waktu yang paling menyeronokkan dah tentula masa saya kecik"

Zira :" Kenapa?"

Aku : " Sebab masa saya kecik, banyak memori yang best-best. Masa tu tak perlu fikir tentang masalah. Hidup seronok je masa tu".


Daerah terakhir yang aku serta keluarga aku kena duduk sebelum ayah aku pencen ialah di Johor Bahru. Secara totalnya aku sukakan Johor Bahru cuma ada satu je yang aku tak suka, JB ni jauh giler dari kampung aku kat Jerantut. Tiap kali balik kampung ambik masa 8 jam oii baru sampai. Penat gegurl tau.

Masa dekat JB, jiran aku kebanyakannya Chinese dan ada seorang budak lelaki gemuk nama dia 'Akai'. aku tak tahu sama ada nama dia Ah kai  atau Akai. Yang aku tahu, abang, adik serta aku sendiri akan panggil dia Akai. Akai ni comel sebab dia gemuk. Memandangkan ayah dengan mak Akai ni ahli perniagaan, Akai ni selalu la kena tinggal dekat rumah dengan bibik dia.

Oh bibik dia nama Atik. kihkihkih.
Akai selalu lepak rumah aku. Bukan Akai je, kadang-kadang bibik Akai pun lepak sekali.
Setiap kali hari raya, jika aku tak balik kampung, Akai akan ikut aku dengan abang-abang aku pergi beraya, siap pakai baju melayu.

Raya kitaorang agak ekstrim. Aku dengan abang-abang aku biasanya main raya je rumah orang. Kenal tak kenal belakang cerita. Janji dapat duit raya. Tapi sebelum tu, kami akan beraya di istana Johor. Sultan Johor akan buat rumah terbuka untuk rakyat dia. Selain makanan, aku rasa part paling best bila beraya dekat Istana Johor ialah time dapat duit raya. Dekat gate Istana, kebiasaanya pengawal Istana akan bagi duit raya. Seringgit seorang. Oh ye. Abang aku pernah buat perangai. Keluar masuk banyak kali, semata -mata nak dapat duit raya lebih. Sampai guard tu perasan.

Pengawal Istana : "Eh dik, bukan dah dapat ke tadi"

Abang aku : " Eh tak la pak cik, saya baru sampai" Sambil buat muka innocent.

Sumpah aku gelak bila teringat balik.

Akai pun kadang kadang tak boleh pakai jugak. Dia ikut perangai abang aku.

Akai ni caring orangnya.
Aku ingat lagi kejadian yang mana time tu adik aku yang aku panggil 'kakak' nak ikut kitaorang beraya.
Abang-abang aku dengan aku semua tak bagi dia ikut. Ye lah, budak kecik.

Tapi Akai kata, bawak je. Nanti dia dukung adik aku kat belakang.
Dan surprisingly, Akai memang dukung adik aku dari rumah sampai ke istana johor

Macam ni la cara Akai dukung adik aku.

Akai memang seorang yang bagus dan boleh pakai,

Bila Chinese new year pulak, rumah Akai meriah giler. Ada orang buat tarian singa sambil main gendang. Mercun jugak dibakar semasa singa tu tengah joget dan  lepas tu boleh dapat angpow. Mak ayah Akai akan bagi angpow  dekat aku dan abang-abang aku. Aku tak suka tarian singa sebab  bising tapi aku datang jugak sebab nak dapatkan angpow mihmihmih.

Hari terakhir di Johor Bahru, aku nampak muka Akai sedih, macam nak menangis pun ada. Akai siap tolong keluarga aku kemas barang untuk berpindah . Tiap kali aku tengok drama dekat TV yang tunjuk betapa anak orang kaya ni  'spoil brat' aku akan teringat dekat Akai sebab Akai tak macam tu.

Lepas pindah, kami lost contact. The worse part, aku tak tahu pun nama sebenar Akai tu apa. Even nama family dia pun aku tak tahu. Ye lah dah mak dengan ayah dia aku panggil aunty  dengan uncle, mana nak ingat nama ye dak?


Zaman dulu tak ada kamera untuk selfie. Tak ada facebook dan instagram. Yang ada cuma memori. Memori ni lah yang kau akan ingat balik dan tersenyum sorang -sorang.


Apa- apapun, thanks Akai sebab menceriakan zaman kanak-kanak aku.




Regards,
Mimi






Thursday, September 22, 2016

I hate being in the spotlight!- Tak suka noks

Assalammualaikum

Gitu. Tajuk omputih. Entry Melayu.

Benci untuk jadi tumpuan  bukan bermakna tak ada confidence. Tapi pendapat aku lebih kepada keselesaan individu. Macam aku cakap sebelum ni, aku spesies introvert, tapi ada manusia yang tak paham dan mengklasifikasikan spesies macam aku ni sombong, tak reti bergaul dan tak konfiden.


Tiap kali presentation.

"Wei, ko pandai cakap, ko la present"

"Wei  ko terer BI ko la cakap"

Aku sebenarnya  ada stage fright.
Tapi aku masih ke depan untuk berucap sebab tanggungjawab. Tapi orang masih fikir aku sukakan tumpuan. Suka bercakap.  Diorang tak tahu, perasaan tak suka bila mana tiap mata pandang kau waktu kau tengah bercakap. Sumpah aku tak suka.


Aku tak suka orang ambik gambar kecuali dengan individu yang aku selesa. Kalau orang asing lagi la susah. Mungkin ada kaitan dengan genetik ayah aku, barangkali.
Sebab tu aku susah nak post gambar aku dekat socmed.

"Eleh, sebab engko tak cantik, sebab tu  engko tak upload gambar engko kan?"

Walawei. Pendapat aku, selagi ada 360, dan macam macam apps untuk cantikkan gambar, tak mustahil muka macam tongkang pecah boleh berubah menjadi Miranda Kerr. Ni bukan isu cantik atau tak. Tapi lebih kepada rasa selesa untuk upload gambar. Aku masih berfikir, macam mana ada sesetengah orang boleh upload gambar selfie setiap hari. Mungkin dia selesa? Mungkin dia seronok? Entah. Aku tak nak kecam.

Yang penting aku tak suka, lagi lagi bila ramai lelaki komen.

Aku tak suka jadi tumpuan. Tiap kali aku dapat apa apa achievement dalam hidup,  tak kisah apa- apa, aku lebih suka share dengan family aku dan orang yang aku percaya serta rapat.
Sebab dalam ghairah kita dok canang kejayaan kita, mungkin ada segelintir yang terasa.

"Eh tapi, kita share kejayaan untuk bagi inspirasi dan motivasi dekat orang lain"

Ok part ni aku setuju.


Bukan tak boleh share. Cuma berpada.

"Negatif la ko ni mimi"

Contoh lain,update berkenaan suami isteri ,anak dan sebagainya.Cuba tengok balik, berapa orang yang share pasal isteri-suami masing masing.Tapi pernah kita fikir tiap kali kita share apa-apa dekat soc med, mungkin ada sesetengah yang terasa.

Kadang-kadang kita kena fikir, perasaan kawan-kawan yang tak kahwin lagi dan perasaan orang yang dah lama kahwin tapi tak ada anak. Sekali sekala tak apa. Tapi kalau hari-hari? kadang kadang setiap jam, orang boleh muak.

" Ye la engko ta kahwin lagi, tak ada anak".

Betul tu. Aku belum kahwin, tapi aku mintak dijauhkan jadi macam tu.

Macam mana la kalau kawen nanti kena bersanding.

Haish

Banyaknya hati nak kena jaga.




Regards,
Mimi









Wednesday, September 14, 2016

Orang putih cakap "life must go on"

Assalammualaikum
Ada yang terperanjat aku update belog? Kikikiki
Baru lepas install apps blogger dekat telepon. Nescaya, aku akan rajin update belog lepas ni.
Aku nak bercerita pasal zaman kanak-kanak. Kalau sesiapa yang baca belog ni dari mula, mesti tahu yang aku ketika kecil sangat boyish. Tak adanye nak pakai skirt gaun kembang. Aku selalu jeles  dekat sepupu sepapat aku yang selalu dapat pakai gaun cantik.
Aku?
Time raya je la dapat pakai baju kurung yang macam perempuan sikit, tapi tiap tiap tahun ayah aku akan belikan coverall. Mungkin ayah aku taknak beli skirt sebab ada kejadian yang kain aku tersepit celah tayar basikal masa hari raya. Baju baru kot.
Lately teringat banyak kenangan masa kecik. Paling aku suka kenangan dekat kampung. Masa tu rumah papan dan tandas masih di belakang rumah. Ain selalu jadi mangsa aku tiap kali aku nak berak bila malam.
Tiap kali hujan, aku, abang aku serta mak cik aku akan mintak kebenaran arwah aki aku untuk main hujan. Time tu udara bersih tak ada istilah hujan asid. Mandi hujan pun tak demam. Syok gila main hujan siap meluncur dari atas bukit ke bawah.
Selain main hujan, kitaorang jugak suka main bola bola api yang guna surat khabar tu. Buat suratkhabar tu macam payung terjun dan bakar keempat empat penjuru serentak. Tekanan udara dalam surat khabar tu yang akan terbangkan surat khabar berapi tu. Cantik gila time malam. Siapa yang dapat terbangkan palin tinggi, dia yang akan menang.
Bila dekat kampung, aku jugak suka suasana masa bangun tidur. Bangun tidur, basuh muka gosok gigi dan terus sarapan. Dengar suara dj yang berceloteh dekat radio sambil makan sarapan memang nostalgik.
Aku pernah berangan jadi dj radio. Habis radio mak cik aku disebabkan aku dengan abang abang aku rakam suara acah acah dj radio. Oh ye, aku suka giler amalina penyanyi dangdut masa aku kecik dulu. Siap aku bagitau kawan aku jangan panggil aku mimi tapi panggil aku amelina. Kahkahkahkah..noob gila.
Ok la nanti aku update lagi.
Esok koje
Boss bagi satu opis halfday esok.
Yippi

Derian

Nak derian

Setiap minggu beli derian kopak ni

Haih

Tuesday, September 13, 2016

100 truths-2016



1. Last drink : Plain water 

2. Last phone call : TNB- masalah elektrik

3. Last text Whatsapp : Ekin the bestie

4. Last song I listened to : Sayang- Faizal Tahir

5. Last time I cried : Today- lepastu kena cover depan collegues

 

HAVE YOU EVER 

6. Gotten back with someone I broke up with : Practically yeah, if u mean off and on.

7. Been cheated on : .umrah alam

8.  singing on the public     : hahaha hell no!

9. Lost someone special : my cat

10. Been depressed : Of course. I'm just a normal human being

11. Been drunk and threw up : Not interested


THREE FAVE COLORS 

12. Mustard

13. White

14. Beige


THIS YEAR HAVE YOU: (2016) 

15. Made a new friend : Yes.

16. Fallen out of love : Nope.

17. Laughed until you cried : Trying to..

18. Met someone who changed me this year : Oh totally.. Never thought it will turn out this way. 

19. Found out who my true friends are : Oh definitely. Been depressed about this for quite some time

20. Found out someone who has just been talking about me : er..Don't actually care..

21. Kissed anyone on Facebook : hahaha..nope..

22. How many of your Quibblo friends do you know in real life : I have no idea what Quibblo is?

23. Eye Color : Dark brown

24. Pets : Riki Junior

25. Changing name : Sticking to this

26. Last birthday : Last year

27. Time I woke up : 6.25 a.m

28. At midnight : today (sleep), yesterday (watched Train to Busan)

29. Something I can't wait for : Going back home. I mean my hometown. Yes Temerloh

30. Last time I saw my Mother : Last Monday

31. One thing I could change : If I could go back

32. Listening to : the sound of the aircond

33. Talked to a person named Tom : I have non

34. Getting on my nerves : Someone who don't listen to others. All they know is talk about themselves

35. Most visited web page : Facebook. Instagram. No argument. 

36. Real name : N.S.A

37. Nicknames :  mimi

38. Relationship status : in relationship

39. Zodiac sign : Capricorn

40. Gender : female

41. Primary school : Sk taman pelangi,Johore and Sk Jalan Bahagia, Pahang

42. Middle school : SMKTJ

43. High school : SMKTJ..then technical school

 

44. Hair color : Originally dark dark brown

45. Length : length what?


46. Height : 157cm

 47. Skin : Fair


48. What do I really like about myself : the way I don't hold grudge toward others.

49. Piercings : yilek

50. Tattoos : haram

51. Right or left : right


FIRST: 

52. Surgery : liposuction..hahhahaha..kidding..

53. Piercing : my earlobes

54. Bestfriend(s) : Yes! its u!

55. Hero : Doraemon..

56. Love : Someone I met when I was 16. 

57. Heartbreak : The same person that had my first love I guess?

58. Death in the family : My grandfather..

59. Time you got grounded : I can't remember but definitely during my primary school years.

60. I'm about to : go to lunch

61. Listening to : the sound of the fan

62. Waiting for : off day

63. I'm feeling : depressed..totally depressed

67. Lips or eyes : both would seemed appealing if I have something on you. :)

68. Hugs or kisses : hugs. :)

69. Shorter or taller : taller of course. I'm short enough..eh no..

70. Older or younger : older

71. Romantic or spontaneous : spontaneously romantic

72. Stomach or arms : haha. not really into over the top physical condition thingy. anything acceptable will do if u insist

73. Sensitive or loud : not to sensitive and not too loud

74. A hook-up or relationship : definitely a relationship type of girl


HAVE YOU: 

75. Kissed a stranger : kalau stakat belaga laga pipi tu, yeah..

76. Drank hard liquor : never and don't intend to

77. Lost glasses or contacts : nope

78. S_x on first date : nope

79. Broken someone's heart :  i hope not

80. Been arrested : not that I could recall. :p

81. Turned someone down : yeah. and was filled with guilt

82. Cried when someone died : yeah..

83. Fallen for a friend : fortunately, yes. :)


DO YOU BELIEVE IN: 

84. Myself : most of the time. :)

85 Society : hmm. 

86. Heaven : yes

87. Santa Claus : not really

88. Love : I do

89. Angels : yes

90. God : Allah the mighty..


ANSWER TRUTHFULLY: 

91. Had more than one bf at a time : never. never know how

92. Did I sing today : I did yesterday

93. Did something illegal : many times.

94. Go back in time-- I wish

95. Did you hear the word is love? : meaning?

96. Afraid of falling in love : sometimes

97. Last time I lied : day before. -.- 

98. Late, early, or Right on time : always early. better.

99. Give my life for others : if that's what I'm supposed to do, I will

100. Am I afraid to post this : No..





Regards,
Mimi

Aku bukan malaikat



Aku bukan malaikat.

Salah aku,

Silap aku,

Tegur.

Bukan kau tolak aku.

Bukan berdiam.

Aku bukan sempurna

dan aku

bukan Malaikat!








Monday, September 12, 2016

Baju muslimah murah

Assalammualaikum..

Siapa nak cari baju muslimah murah boleh cari di fb atau instagram seanggun hawa collection.
Kain cotton dan bf friendly. Comel tau kalau korang pakai. Harga pun murah.








Boleh cekidaut dekat fb-mims onlineshop atau di Instagram seanggun hawa collection.


Salam.

Tuesday, September 6, 2016

Pilihan.

Assalammualaikum.

Setiap orang akan berdepan dengan pilihan. Yang jadi persoalan, samada pilihan yang dibuat itu betul atau tidak.

Bila pilihan itu salah, muncullah perkataan 'kalau'.

'kalau' aku tak pilih kerja ni.

'kalau' aku tak kahwin dengan dia.

'kalau' aku belajar rajin-rajin


Pendapat aku, tak ada pilihan yang betul atau salah. Pilihan yang kita buat masa tu, pada pendapat merupakan pilihan yang terbaik sebab kita dah analisis segala pro dan cons . Pilihan tu kita rasa salah bila kita gagal atau tak boleh nak berdepan dengan sesuatu situasi.

Jadi pendapat aku, pilihan tu tak ada yang betul atau salah. Pilih mana-mana jalan sekalipun, keadaan tetap sama, yang membezakan ialah macam mana kita nak hadap masalah atau ujian untuk setiap pilihan yang kita buat.


Orang putih cakap " every cloud has a silver lining"

Al- Quran (Al-Insyirah ayat 5) "Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan"

So?

Chillah.



Regards,



Monday, September 5, 2016

Haih Manusia



Masa kecik-kecik sibuk nak besar cepat.

Bila dah besar, sibuk nak jadi budak balik.


aku la tu.


haih manusia.