klik le

Monday, September 26, 2016

Kisah Akai si budak gemuk.

Assalammualaikum.

Beberapa hari lepas aku ada kol kawan baik aku, zira. Banyakbenda yang diborakkan, tup tup   sampai berejam berborak. Aku suka borak dengan zira, sebab bila borak dia tak suka gosip pasal orang lain. Jadi secara tak langsung, aku cukup selesa.

Zira : "Teringat waktu study dulu. Bagi saya waktu yang paling menyeronokkan waktu saya study dulu".

Aku : "Waktu study memang seronok. Tapi bagi saya, waktu yang paling menyeronokkan dah tentula masa saya kecik"

Zira :" Kenapa?"

Aku : " Sebab masa saya kecik, banyak memori yang best-best. Masa tu tak perlu fikir tentang masalah. Hidup seronok je masa tu".


Daerah terakhir yang aku serta keluarga aku kena duduk sebelum ayah aku pencen ialah di Johor Bahru. Secara totalnya aku sukakan Johor Bahru cuma ada satu je yang aku tak suka, JB ni jauh giler dari kampung aku kat Jerantut. Tiap kali balik kampung ambik masa 8 jam oii baru sampai. Penat gegurl tau.

Masa dekat JB, jiran aku kebanyakannya Chinese dan ada seorang budak lelaki gemuk nama dia 'Akai'. aku tak tahu sama ada nama dia Ah kai  atau Akai. Yang aku tahu, abang, adik serta aku sendiri akan panggil dia Akai. Akai ni comel sebab dia gemuk. Memandangkan ayah dengan mak Akai ni ahli perniagaan, Akai ni selalu la kena tinggal dekat rumah dengan bibik dia.

Oh bibik dia nama Atik. kihkihkih.
Akai selalu lepak rumah aku. Bukan Akai je, kadang-kadang bibik Akai pun lepak sekali.
Setiap kali hari raya, jika aku tak balik kampung, Akai akan ikut aku dengan abang-abang aku pergi beraya, siap pakai baju melayu.

Raya kitaorang agak ekstrim. Aku dengan abang-abang aku biasanya main raya je rumah orang. Kenal tak kenal belakang cerita. Janji dapat duit raya. Tapi sebelum tu, kami akan beraya di istana Johor. Sultan Johor akan buat rumah terbuka untuk rakyat dia. Selain makanan, aku rasa part paling best bila beraya dekat Istana Johor ialah time dapat duit raya. Dekat gate Istana, kebiasaanya pengawal Istana akan bagi duit raya. Seringgit seorang. Oh ye. Abang aku pernah buat perangai. Keluar masuk banyak kali, semata -mata nak dapat duit raya lebih. Sampai guard tu perasan.

Pengawal Istana : "Eh dik, bukan dah dapat ke tadi"

Abang aku : " Eh tak la pak cik, saya baru sampai" Sambil buat muka innocent.

Sumpah aku gelak bila teringat balik.

Akai pun kadang kadang tak boleh pakai jugak. Dia ikut perangai abang aku.

Akai ni caring orangnya.
Aku ingat lagi kejadian yang mana time tu adik aku yang aku panggil 'kakak' nak ikut kitaorang beraya.
Abang-abang aku dengan aku semua tak bagi dia ikut. Ye lah, budak kecik.

Tapi Akai kata, bawak je. Nanti dia dukung adik aku kat belakang.
Dan surprisingly, Akai memang dukung adik aku dari rumah sampai ke istana johor

Macam ni la cara Akai dukung adik aku.

Akai memang seorang yang bagus dan boleh pakai,

Bila Chinese new year pulak, rumah Akai meriah giler. Ada orang buat tarian singa sambil main gendang. Mercun jugak dibakar semasa singa tu tengah joget dan  lepas tu boleh dapat angpow. Mak ayah Akai akan bagi angpow  dekat aku dan abang-abang aku. Aku tak suka tarian singa sebab  bising tapi aku datang jugak sebab nak dapatkan angpow mihmihmih.

Hari terakhir di Johor Bahru, aku nampak muka Akai sedih, macam nak menangis pun ada. Akai siap tolong keluarga aku kemas barang untuk berpindah . Tiap kali aku tengok drama dekat TV yang tunjuk betapa anak orang kaya ni  'spoil brat' aku akan teringat dekat Akai sebab Akai tak macam tu.

Lepas pindah, kami lost contact. The worse part, aku tak tahu pun nama sebenar Akai tu apa. Even nama family dia pun aku tak tahu. Ye lah dah mak dengan ayah dia aku panggil aunty  dengan uncle, mana nak ingat nama ye dak?


Zaman dulu tak ada kamera untuk selfie. Tak ada facebook dan instagram. Yang ada cuma memori. Memori ni lah yang kau akan ingat balik dan tersenyum sorang -sorang.


Apa- apapun, thanks Akai sebab menceriakan zaman kanak-kanak aku.




Regards,
Mimi






No comments: