klik le

Wednesday, February 8, 2017

DIY lips scrub/ scrub untuk bibir yang semulajadi gitu

Assalammualaikum wahai pembaca omel-omelan sekalian.


Maaf tak dapat update belog selalu. Macam yang aku kata sebelum ni, peningkatan umur dan tahap kemalasan menaip blog aku ialah berkadar linear. Maksudnya, semakin tua semakin malas aku menaip blog. Tapi harini ntah kenapa aku bersemangat menaip.

Ekceli kan, aku nak kongsi tips bibir pink semula jadi. Buat adik adik yang layan drama korea dan layan cerita Goblin mesti tertarik dengan bibir pink Lee Dong Wook kan kan? Jadi harini aku nak share rahsia bibir pink dengan menggunakan homemade scrub walaaa!! Ye la dah tua ni  dah kena jaga muka badan semua ye dak?


Bahan -Bahan

1) Gula Perang/ Gula putih pun boleh
2) Madu ( tak kisah la madu asli ke madu tak asli ke janji madu)
3) Minyak Zaitun a.k.a olive oil
4) Bekas untuk simpan Scrub


Cara-cara

Gaulkan bahan sehingga sebati. Jangan terlalu cair biar dia likat likat dan rasa tekstur macam ok boleh terus gosok dekat bibir dan biarka  untuk beberapa minit. Lepas tu, basuh dan lap hingga kering. Lebihan scrub tadi boleh simpan dalam bekas scrub yang bertutup. Amalkan mengikut kesesuaian tapi percayalah first try dah boleh rasa kesan dia. Walaweii.


Selamat mencuba bibir-bibir semua




No comments: