Assalammualaikum,
Hari ni kan , aku nak share pasal satu produk yang aku tengah guna sekarang.
Kalau korang pernah baca post-post aku sebelum ni, aku pernah beritahu yang kulit aku sensetif, berminyak dan minyak kat muka aku memang dah boleh buat goreng ikan.
Aku dah pernah cuba macam -macam produk, produk tempatan ( aku tak nak suggest dah sebab banyak yang timbang kilo) dan juga produk yang ada jual dekat drug store.
Start tahun lepas aku dah bertukar ke satu produk yang bagi aku sangat sesuai dengan kulit aku. Sangat sesuai means kulit aku kurang minyak dan lepas tu time period susah nak break out.
Nama Produk tu Physiogel. Boleh refer dekat gambar bawah ni :
Walaupun dekat produk tu dia tulis for dry and sensitive skin tapi bagi aku produk ni sangat sesuai dengan muka aku yang berminyak tahap gaban ni.
Sebelum ni aku pernah try cetaphil, entah kenapa bagi aku cetaphil ni kurang sesuai untuk aku. Aku rasa macam kurang bersih maybe sebab tak ada buih. Tapi sebenarnya pencuci muka yang tak ada buih ni memang elok .
Physiogel ni lebih kurang macam cetaphil. Tetapi cecair dia lebih pekat (tak ada buih which is good la kan?). Plus harga dia murah berbanding Cetaphil. Setiap kali lepas guna, kulit rasa bersih dan lembap (moist bukan oily).
Aku juga berjaya menghasut adik-adik aku untuk guna produk ni. Genetik yang sama kut jenis semua kulit berminyak. Dan so far, diorang semua memang berpuas hati.
Aku dah guna produk ni almost setahun, dan within this period aku memang banyak kali keluar rumah bare faced. Tak guna foundesyennn (kakakka dah terikut style king coco). Tapi sebenarnya keluar rumah bare faced ni tak elok. Kena jugak pakai sun block untuk elakkan UV. Tapi point aku ialah, lepas guna physiogel kulit aku memang ok dan susah jerawat nak keluar.
Antara kelebihan lain produk ni ialah harga yang murah. Compare dengan Cetaphil, harga dia memang jauh lebih murah. Sebotol dalam 21.90 cenggitu. Boleh beli dekat watson, guardian atau farmasi. Sebotol boleh tahan sebulan, depends jugak pada penggunaan. Tapi kalau ikut pengalaman aku kadang kadang boleh tahan lebih sebulan.
Overall rating - 5/5
Ok, itu sajork.
Nanti aku share lagi.
Thanks sebab baca.
Regards,
Mimi the physiogel user. kiki
No comments:
Post a Comment