klik le

Monday, May 18, 2020

Bebelan

Assalammualaikum..

Maaf lama tak update. Bizi dengan kerja tambah tambah dah berkeluarga. Alhamdullilah aku dikurniakan 2 anak..errr anak bulus. Siti dan Tobby..serius comel tak tipu.

Banyak aku nak share sebenarnya. Tapi tak tahu nak mula dari mana. Mungkin dulu masa muda semua benda nak complain. Bila dah tua ni lebih kepada nak let it be. More calm gitu.

Sebenarnya bila kita dah tua ni , kalau ada masalah kita lebih nak voice it out, dan nak confront masalah tu. Jadi kita kurang pendam, bila kurang pendam jarang la aku nak update belog hihihi.

Ok berbalik kepada aku. Aku sekarang bekerja dekat satu syarikat pembinaan Melayu. Sebelum ni kan aku kerja dengan cina. Environment memang totally berbeza . Lagi-lagi sekarang ni, aku pegang jawatan HOD. Susah.. sebab aku decision maker.
Aku kena buat decision nak select subkon sebab aku maincon ,yang mana task ni paling aku tak suka.

Macam aku kata sebelum ni, aku spesies introvert. Aku memang tak suka jumpa orang ramai, jumpa orang baru tiap -tiap hari. Otak letih badan aku letih. Bila sampai rumah aku akan totally burned out.

Nak kena santau dah, nak kena pukul pun dah. Aku jaga projek je kut hahaha. Teringat pulak masa buat projek dekat negeri sembilan 5 tahun lepas. Gangster cari pasal. Tapi cerita tu kelakar. Nanti aku cerita. Tapi tak boleh cerita bangsa apa . Nanti orang kata aku racist pulak.

Belum lagi kisah kena tabur duit sebab nak aku appoint dia as subcont.

Dugaan.

Nak dapat duit banyak cara salah tu memang senang tapi susahnya mungkin berpanjangan. Kereta rosak ke, anak sakit, kucing sakit, rezeki tak berkat orang kata.


Ok la gais.

Nanti aku update lagi.

Jangan lupa terawih


Salam..






1 comment:

tameriusulery said...

Hard Rock Hotel and Casino, Biloxi, MS - Mapyro
Find parking costs, opening hours and 시흥 출장안마 a 김포 출장샵 parking map of 통영 출장샵 Hard 강원도 출장마사지 Rock Hotel and 제주 출장샵 Casino Biloxi, MS (360) 928-3977.