klik le

Saturday, October 2, 2021

MID LIFE CRISIS

 Assalamualaikum gais,

Aku rasa aku kena midlife crisis

Mid life crisis - noun: 

A loss of self-confidence and feeling of anxiety or disappointment that can occur in early middle age.

Aku bersalin bulan 6 haritu. Since that aku berhenti kerja. Benda yang aku tak terpikir pun nak buat sebelum ni. Oh bydeway, comel giler anak aku. Anak sendiri ofcourse la kena puji ye dak?

Kenapa aku nak resign kerja? banyak benda yang jadi faktor antaranya sebab aku nak besarkan anak aku depan mata. Lagi satu aku takut giler dengan kes-kes pengasuh dera budak. Memang betul tak semua pengasuh macam tu, tapi paranoid tu memang ada. Dah la anak aku suka mengempeng je.

Kalau ikutkan bulan 10 ni cukup setahun aku resign. Mula mula tu memang best, tapi lama lama aku rasa macam kosong. Mungkin aku dah biasa bizi sebelum ni. Aku cuba jugak membizikan diri aku, siap beli pokok tanam dekat balkoni rumah nak bagi hidup aku bizi. Tapi, masih rasa kosong. 

Mungkin aku rasa sebab aku kena kerja. Tapi bila tengok muka anak aku yang kiut tu aku jadi serba salah. Kerja dalam bidang aku ni jujur aku kata memang payah aku nak balik on-time. Memang bizi.

Lepas tu aku perasan, lately ni aku kurang memberi. Aku banyak menerima sebab tu kut aku rasa macam tak hepi.


Takpe la korang doakan aku je la. Nak update blog pun aku malas. Padahal banyak benda dalam kepala aku ni. Ok gais.


Till then,

Mimon



Monday, May 31, 2021

Tips Jimatkan Bil Elektrik

 Assalammualaikum.


Sekarang ni kan musim panas, bil elektrik rumah korang okay tak lagi lagi rumah yang ada aircond? Tetiba harini rasa nak share pasal cara jimatkan bil elektrik. Yang ni memang berdasarkan pengalaman aku sendiri. 

Sekadar info, rumah aku ada 2 unit aircond yang memang akan running lebih 12 jam sehari. Tapi aku berjaya maintain bill elektrik aku bawah RM 80. 

Tak, aku bukan scammer yang jual kad jimatkan elektrik dengan tampal dekat DB rumah korang ataupun dengan teknik bypass curi elektrik. Yang tu semua Harommm hahaha.


Okay ni tips dia.

1. Untuk aircond disarankan pakai inverter yang 5 bintang tu. Ada yang cakap aircond inverter cepat rosak tapi teknologi sekarang dah berkembang. Yang penting korang kena rajin servis aircond korang.

2. Yang ni banyak yang tak tahu. Selain non inverter,  aircond ni problem  andai guna cable yang tak berkualiti. Cable sahaja dah jadi load . Belum load compressor aircond lagi. Semasa renovate rumah, dan ada tarik cable baru untuk buat plug point baru, tak kisah aircond ke lampu ke, PASTIKAN CABLE ADA CE DAN QUALITY. Sebab apa, bila ada resistance dekat cable, bill elektrik akan mencanak naik. Korang boleh cek harga kabel yang ada CE dengan yang tak ada CE. Memang mahal, tapi berbaloi. Rumah aku sendiri aku pakai MEGA kabel. Makesure kalau upah orang untuk wiring, tanya dia kabel apa yang dia pakai.

3. Guna barang elektrik yang inverter 5 bintang contoh peti ais, kipas , mesin basuh. Harga mahal sikit dari non inverter tapi sangat berbaloi.

4. Panggil TNB untuk cek setting meter rumah korang. Boleh jadi tersalah. Tapi korang kena ingat, TNB  tak akan troubleshoot selepas meter rumah korang maksudnya dari meter ke MCB box die dah tak cek. Yang tu  urusan contractor atau tuan rumah. Banyak kejadian  bila panggil chargeman check rumah, punca rumah bill mahal disebabkan kualiti cable yang digunakan sewaktu renovation ialah dari jenis yang murah senang cerita kabel cokia brand China. Cable sahaja dh ade load so as a result, bill elektrik pun melambung

5. Tukar lampu rumah dari pendaflour ke LED. Lampu LED sebiji berapa watt je berbanding yang biasa. Kalau rumah ada lebih 10 lampu, tak ke jimat?

6. Tinted rumah atau pakai langsir blackout untuk halang cahaya masuk ke dalam rumah.

7. Kalau beli aircond pastikan horse power (HP) bersesuaian dengan keluasan rumah korang. Sebab kalau HP kecil dan area rumah korang besar, compressor akan bekerja keras nak sejukkan rumah. End up, bil elektrik rumah korang mencanak naik.  Kalau besar sangat tak praktikal.Ni contoh aku nak pengiraan aku nak share. Kalau tak reti boleh suruh apek jual aircond kirakan .


Kapasiti HP yang diperlukan = keluasan bilik x 60 / 9000
keluasan bilik = panjang x lebar(dlm unit persegi)

Contoh:
Sebuah bilik berukuran 13' x 20'. Maka pengiraan kapasiti penghawa dingin adalah;
keluasan bilik = 13 x 20 = 260 kaki persegi
kapasiti penghawa dingin = keluasan bilik x 60 / 9000
= 260 x 60 / 9000 = 1.73 HP

Jadi, HP aircond yang berseusain ialah 2HP.

Ni contoh bil elektrik umah aku:


Semoga bermanfaat.





Mimo


Friday, March 5, 2021

Di usia 30 an..

 Assalammualaikum,


Memula aku nak ucapkan terima kasih buat korang yang sudi baca lagi belog aku hikhik.

Terima kasih banyak banyak, mungkin nanti aku boleh buat contest pastu bagi dekat reader aku. hehe.

Memandangkan umur dah 30 an lebih ni, (cepatnya masa berlalu), aku pun tak tahu nak tulis apa. Bila dah tua ni kan, kita makin kurang nak marah, makin kurang nak cari gaduh  ataupun nak complain. Tak macam masa muda-muda dulu, semua benda nak complain.

Mungkin jugak sebab aku takde jumpa orang yang bermasalah atau menyakitkan hati . So far circle kawan-kawan aku semua okay. Alhamdulillah.

Bila makin meningkat usia ni, aku rasa prioriti hidup aku dah berubah. Masa 20an dulu aku rasa nak jadi sesorang yang bekerjaya, knowledgable pastu banyak duit. Sebab tu dulu aku kuat gila kerja. Tapi sekarang dah lain, aku cuma nak hidup yang happy, releks disamping orang yang aku sayang.

Oh lupa nak bagitau, aku dah pregnant. Lepas hampir 4 tahun kahwin. Memang tak expect langsung. Macam-macam perasaan ada. Happy ada , takutpun ada. Tak tau nak describe camana. 

Tapi betulla, Allah tu maha adil. Dia akan bagi something tu tepat pada masanya. Jadi kita sebagai hambaNya, kena banyak berdoa. Berdoa tu free je. Tak susah. Cuma nak atau tak.

So , aku doakan korang yang tengah struggle dalam something, semoga Allah s.w.t permudahan urusan korang, Yang pentingkan banyakkan berdoa disamping usaha dan tawakal.




Till then,

Monday, February 1, 2021

Perkenalkan Siti..

 Assalammualaikum gais..


Memandangkan aku dah berkahwin dan duduk rumah sendiri, aku bebas untuk memelihara kucing. aku ada 2 ekor kucing. Harini aku nak bercerita pasal Siti.


Kenapa letak nama Siti?

Well, siti ni baka omputih, scottishfold. Jadi memandangkan dia duduk di Malaysia, aku bagi nama yang ada ciri-ciri Melayu supaya dia sedar diri. 

Siti ni aku dapat free. Baik betul kawan aku tu. Orang sekarang beli kucing scottishfold ni harga beribu, tapi mungkin rezeki aku. Masa dapat Siti ni, Siti ada masalah fungus. Bulu dekat badan habis gugur sebab fungus. Aku dengan husband aku treat dia sampai la dia jadi comel macam sekarang.



Noob giler, nak tangkap kumbang pun tak dapat samapi ke sudah kekeke



Siti  ni picky eater sikit. Memilih makan. Aku syak kucing warna putih semua macam tu. Diva. 
Selain tu, Siti ni suka tengok cermin sambil fefeeling dia gojes. Bila aku usya dia duk tengok cermin, dia nampak aku, terus dia blah. Malu lettew.

Siti ni walaupun dia diva, dia seekor kucing yang solehah. Rajin kejut aku time subuh. Maybe sebab lapar pun ya kot. Dia kejut dengan  cara gigit kaki. Gila la kalau tak bangun. Sakit giler..hahahaha.

Ucapan aku untuk Siti, semoga cepat pregnant. Tak sabar aku nak ada cucu kucing yang comel. Dah bosan mengadap kucing diva yang kertu. Eh gurau je Siti.



Till then..


Friday, January 29, 2021

Review produk untuk kulit muka berminyak lagi..

 Assalammualaikum gais. 


Lama aku tak update kan. Makin tua ni makin malas nak update. Sebab dah tak banyak nak diluahkan. gitu. 

Okay memandang kan aku dah masuk 30 series, yes baby umur aku dah 32 tahun untuk tahun ni. Jadi aku nak review product yang aku tengah guna sekarang. Sesiapa yang follow blog aku mesti tahu yang muka aku ni spesies kulit yang  berminyak . Bila umur dah meningkat ni, ada certain produk yang aku guna dulu dah tak sesuai dah. 

Bawah ni merupakan skin care yang aku tengah guna sekarang.. Te tenet tenetttttt...




1. Simple Hydrating Light Moisturiser (RM 19.50 )

Harga dia agak murah la. Bila pakai jerawat tak naik cuma aku guna dalam sekali sehari je sebab muka aku jenis combination. Ada part yang oily dan ada part yang kering. So far pakai moisturiser ni muka aku tak breakout. Cuma kalau terlebih pakai, bahagian yang oily tu bertambah oily. So aku ambik langkah selamat pakai sehari sekali macam tu. 


2. Some by Mi AHA.BPA.PHA 30 Days Miracle Toner (RM 37.00)

Some by Mi ni produk dari korea. Antara banyak-banya toner, aku rasa toner ni paling sesuai dengan muka aku. Toner lain kebanyakkannya akan membuatkan muak aku naik jerawat. The best part pasal toner ni pores aku makin kecik. Tapi aku pun pakai sekali sehari jugak sebab bila pakai lebih, kulit aku aku akan kering. Oh lupa, toner ni ada exfoliator which means dia akan tanggalkan sel kulit mati. Sebab tu kot kalau pakai lebih kulit jadi kering. 


3. Some by Mi  Snail Truecica Miracle Repair Serum (RM 43.00)

Serum ni best giler. Aku pakai setiap kali lepas aku cuci muka. Bila pakai, muka aku memang tak berminyak. Kalau ada jerawat naik dia kecut sendiri lepas tu muka jadi lembut gile. Cuma tu la, harga dia mahal jugak la bagi rakyat marhaen macam aku. Tapi aku memang akan repurchased sebab best gila.



Okay la nak sambung masak.


Till then.