Assalammualaikum.
Sekarang ni kan musim panas, bil elektrik rumah korang okay tak lagi lagi rumah yang ada aircond? Tetiba harini rasa nak share pasal cara jimatkan bil elektrik. Yang ni memang berdasarkan pengalaman aku sendiri.
Sekadar info, rumah aku ada 2 unit aircond yang memang akan running lebih 12 jam sehari. Tapi aku berjaya maintain bill elektrik aku bawah RM 80.
Tak, aku bukan scammer yang jual kad jimatkan elektrik dengan tampal dekat DB rumah korang ataupun dengan teknik bypass curi elektrik. Yang tu semua Harommm hahaha.
Okay ni tips dia.
1. Untuk aircond disarankan pakai inverter yang 5 bintang tu. Ada yang cakap aircond inverter cepat rosak tapi teknologi sekarang dah berkembang. Yang penting korang kena rajin servis aircond korang.
2. Yang ni banyak yang tak tahu. Selain non inverter, aircond ni problem andai guna cable yang tak berkualiti. Cable sahaja dah jadi load . Belum load compressor aircond lagi. Semasa renovate rumah, dan ada tarik cable baru untuk buat plug point baru, tak kisah aircond ke lampu ke, PASTIKAN CABLE ADA CE DAN QUALITY. Sebab apa, bila ada resistance dekat cable, bill elektrik akan mencanak naik. Korang boleh cek harga kabel yang ada CE dengan yang tak ada CE. Memang mahal, tapi berbaloi. Rumah aku sendiri aku pakai MEGA kabel. Makesure kalau upah orang untuk wiring, tanya dia kabel apa yang dia pakai.
3. Guna barang elektrik yang inverter 5 bintang contoh peti ais, kipas , mesin basuh. Harga mahal sikit dari non inverter tapi sangat berbaloi.
4. Panggil TNB untuk cek setting meter rumah korang. Boleh jadi tersalah. Tapi korang kena ingat, TNB tak akan troubleshoot selepas meter rumah korang maksudnya dari meter ke MCB box die dah tak cek. Yang tu urusan contractor atau tuan rumah. Banyak kejadian bila panggil chargeman check rumah, punca rumah bill mahal disebabkan kualiti cable yang digunakan sewaktu renovation ialah dari jenis yang murah senang cerita kabel cokia brand China. Cable sahaja dh ade load so as a result, bill elektrik pun melambung
5. Tukar lampu rumah dari pendaflour ke LED. Lampu LED sebiji berapa watt je berbanding yang biasa. Kalau rumah ada lebih 10 lampu, tak ke jimat?
6. Tinted rumah atau pakai langsir blackout untuk halang cahaya masuk ke dalam rumah.
7. Kalau beli aircond pastikan horse power (HP) bersesuaian dengan keluasan rumah korang. Sebab kalau HP kecil dan area rumah korang besar, compressor akan bekerja keras nak sejukkan rumah. End up, bil elektrik rumah korang mencanak naik. Kalau besar sangat tak praktikal.Ni contoh aku nak pengiraan aku nak share. Kalau tak reti boleh suruh apek jual aircond kirakan .
No comments:
Post a Comment