klik le

Saturday, January 28, 2023

PENGALAMAN TEMUDUGA JAWATAN PENOLONG JURUTERA AWAM JA29 KEMENTERIAN KERJA RAYA

Assalammualaikum gais.

Lama aku tak hupdate. Sejak dah ada anak ni, bukak laptop pun tak sempat..gitew.

Dah lama dah aku nak update pasal pengalaman aku interview SPA dari taun lepas lagi.Cumanya nak dekat setahun baru aku update sebab lately ni aku bizi macam mesin basuh. Untuk pengetahuan korang, aku dapat panggilan interview untuk dua jawatan- Penolong Jurutera Awam dan jugak Jurutera Awam J41. Tapi untuk post kali ni, aku nak cerita pasal pengalaman aku temuduga untuk position JA29 sebab banyak giler drama. Nanti post lain aku update pulak pengalaman aku temuduga J41 tu.

Untuk jawatan Penolong Jurutera Awam, sebelum temuduga kena lulus dulu peperiksaan online perkhidmatan awam (PSEE). Dia ada dua bahagian . Bahagian A -Daya menyelesaikan masalah dan bahagian B - Kefahaman Bahasa Inggeris. Aku amik exam ni  25/8/2021 dan keputusan keluar 9/6/2021. Yang ni aku memang tak sangka sebab time jawab tu aku ingat lagi aku jawab sambil susukan anak aku. Lepas dah dapat keputusan  peperiksaan yang mengatakan peperiksaan tu aku dah berjaya, aku kena tunggu pulak email untuk panggilan temuduga. 

Pada 21/1/2022 aku dapat email dari SPA untuk datang interview pada 23/02/2022. Kalau korang tengok timeline dia, memang jarak antara exam dengan temuduga tu agak lama tapi takpe korang lek lek je dulu.  Tipu la kalau aku kata tak aku tak prepare untuk iv tu. Memang masa nak dekat interview tu, seminggu aku stop tengok cerita korea. Aku dok baca isu semasa dengan baca perkara ilmiah. Nak cuci balik otak aku dari benda benda yang lagha gitu..hahaha

Nak dijadikan cerita, aku interview dekat JKR WP Putrajaya, Pukul 8 pagi ye. Kalau nak gerak dari Puncak Alam, sebelum subuh aku dah nak kena gerak, memang  penat la jawabnya. Jadi aku decide dengan husband aku yang aku nak ambik hotel. Dari segi pemakaian aku cuma pakai baju kurung warna kelabu plain dan tudung  bercorak abstract. Simple. Tapi kalau dah cantik pakai apa pun cantik kah! okay gurau. jangan serius sangat gais..

Disebabkan aku tau jarak dari hotel tu dekat , aku siap lambat la. 7.40 baru aku keluar dari hotel sebab jarak tempat interview tu cuma 5-11 minit je dari hotel aku. Aku tak drive sebab husband aku yang hantar. Dah sampai dekat lobby, aku salam husband aku pastu mintak dia doakan aku. Lepas keluar dari kereta, aku perasan kasut yang aku pakai tu rasa lain. Untuk makluman korang, kasut yang aku pakai tu merupakan kasut yang aku pakai untuk interview jawatan yang sama bawah KKM tapi 5 taun lepas. Lepas IV tu memang aku tak pakai dah kasut tu. Kasut tu memang  cantik lawa. Aku beli mahal kut. 

Okay berbalik kepada kasut yang aku rasa pelik tadi, aku pun tengok la kasut aku. Tapak kasut aku tercabut bhaiiii. Rupanya kasut yang lama tak pakai akan rosak walaupun kita cuma pakai sekali.  Aku dah nak nangis tima tu. Aku kol husband aku, aku kata nak balik malas interview. Orang lain pakai baju dah macam pengarah JKR, aku pulak kasut tercabut tapak. Tapi husband aku suruh aku relek. Aku pun pikir okay kut. Aku cabut je la tapak tu buang dalam tong sampah so  tak nampak la sangat.  Bila dah naik lif dan dah sampai ke ground floor, aku perlu ke Blok A untuk pendaftaran dan semakan, kaki aku tiba-tiba terkeluar daripada kasut. Nanti aku attach gambar. Boleh bayang tak jahitan kasut tu dah terbukak. Kaki aku terkeluar weh. Time ni bukan nak nangis dah, aku memang dah nangis. Aku call laki aku, suh amik aku, aku nak balik. Nak Iv apa dengan kasut macam tu. Laki aku kata nanti dia datang dekat aku. Lupa nak cerita, time tu dah pukul 8.10 pagi ye kengkawan. Dah lambat dengan kasut yang terkoyak kaki terkeluar tu.

Suami aku datang bawak cable tight, kebetulan ada cable tight dalam kereta dia warna hitam, match la dengan kasut aku. Husband aku cakap" takpe pergi je interview. awk dah study dah prepare. Kalau saya jadi interviewer, saya tak tengok kasut awk, tapi saya tengok macam mana awk jawab soalan" gitu la ayat dia. Time ni aku dah waras sikit. Betul jugak kan. Alang alang pergi je la. Lulus gagal belakang cerita.


Tapi gais, drama tak habis lagi. Bila sampai dekat meja urusetia. Dia cek jawatan yang aku nak interview, lepas tu dia cek nama aku. "Puan, nama puan takde ni! boleh saya cek surat?" Ah sudah. Nama pulak takde. Sekali cek rupa rupanya aku salah tempat. huawaaaaa. Aku Iv blok F tapi aku pergi blok A. Meleleh lagi air mata aku. Aku tanya dekat akak tu, sempat lagi ke kak? akak tu cakap boleh lagi ni . Pergi je dulu.

Lupa nak bagitau , anak aku ada sekali time ni. Laki aku pulak dengan pakai seluar tido batik bunga bunga sambil pegang anak. Lepas tu tolong ikatkan cable tight dekat kasut aku, dah macam program Bersamamu Tv3 tu. 

Lepas dah tau kitaorang salah tempat, aku dengan laki aku terus keluar cari Blok A tu. Nasib ada cleaner tengah siram pokok, aku terus tanya blok F tu kat mana.Bagus abang tu siap bagi jalan shortcut. tengkiu abg cleaner. Cable tight tu pun tak berfungsi sangat. So aku terpaksa seret kaki aku untuk kurangkan impak dan elakkan kaki aku terkeluar daripada kasut. Aku sampai tempat Iv tu pukul 8.20 tau. Aku terus tanya abang urusetia muka manis baik hati tu " Boleh lagi ke saya interview?" sambil buat muka seposen. Dia kata boleh. Memang aku lega sangat time tu.

Bila nama aku dah panggil, aku bagi salam lepas tu serah file dekat panel temuduga . Aku duduk lepas diorang suruh duduk. Aku minta maaf dan explain pasal kasut aku . Panel temuduga gelak mungkin dia ingat aku buat lawak. hahaha tapi bila ingat balik memang kelakar. Cumnya, tujuan aku bagitau panel bukan nak minta simpati, cuma nak maklumkan keadaan aku ketika tu.

Untuk makluman korang jugak, panel interview ada dua orang satu wakil dari SPA dan satu lagi wakil jabatan daripada KKR.

Panel temudua 1 : Boleh perkenalkan diri?
Time ni dia bagi aku 2 minit. Aku cerita pasal biodata aku, pendidikan dan pengalaman kerja aku.

Panel temuduga 2 : Boleh ceritakan misi dan visi KKR?
Yang ni memang aku dapat jawab sebab dah hafal.

Panel temuduga 1 :
KKR merupakan satu kementerian yang mempunyai banyak agensi. Boleh senaraikan agensi di bawah KKR.
Yang ni pun aku dah hafal. hahaha. seminggu dua sebelum exam tu memang aku duk study pasal benda ni.hihihi.

Panel temuduga 1 : Boleh explain apa yang awk buat dekat company awk dulu?
Dekat resume aku tulis aku dah tak bekerja. Aku explain aku berhenti masa PKP dulu. So aku cerita semua benda teknikal yang aku buat dekat company lama aku.

Panel temuduga 2 :Apa yang awk tahu pasal jawatan awak? Apa tugas penolong jurutera?
Yang ni pun aku goreng . aku pernah baca pasal tugas tugas PJA ni, so aku jawab je apa yang aku ingat.

Panel temuduga 1 : Apa kelebihan awak ? Kenapa KKR perlu ambil awak ? Apa bagusnya awk berbanding orang lain?
Time ni aku cerita la pasal kelebihan aku. Aku bagi contoh situasi jugak masa jawab soalan ni.

Panel temuduga 1 : Dalam resume awak, awak cakap yang awk ada buat CPM. boleh terangkan macam mana awk assign resources dalam CPM?
Yang ni aku dapat jawab sebab aku memang buat. Sebab tu gais, resume jangan tipu. Dosa dapat, kantoi nanti malu .

Panel temuduga 1 : Apa beza asas dalam dan asas cetek?
Soalan ni bagi aku senang, Aku rasa semua dak  civil  confirm boleh jawab

Panel temuduga 2 : Pernah buat projek jalan?
Time ni aku jawab aku pernah buat cuma experience tu tak banyak. Aku counter balik yang pengalaman aku banyak projek infra, bangunan dan penyelenggaraan. Aku jawab dan aku explain gitu la. Tapi aku dah get ready kalau dia tanya basic fundamental pasal jalan. 


Panel temuduga 1: Apa pendapat awak tentang banjir besar yang baru berlaku dekat shah alam baru baru ni. Ada orang kata sebab pembalakan. Pendapat awk macam mana?
Yang ni aku jawab berdasarkan pendapat aku. Masa ni memang ada sesi soal jawab lagi. Tak ingat dah soalan dia.

Panel temuduga 1: Ada apa apa nak tanya tak?
Time ni aku jawab tak ada. tapi aku minta maaf pasal isu kasut dan kelewatan aku tu.

Panel temuduga 1 : Awak okay cumanya tak perlu eloborate panjang kalau kami tanya. Awak sorang je dah makan masa lama untuk temuduga. 

Aku minta maaf lagi sekali. dan ucapkan terima kasih. sebelum nak keluar, kaki aku dua dua terkeluar dari kasut. Cable tight pun tercabut sekali. Dua dua panel tu siap gelak lagi. siot je.

Aku angkat kasut cepat cepat, jalan kaki ayam (ada stoking) terus keluar. 

tu la pengalaman aku iv yang banyak drama.

Dan pada 26/4/2022, aku dapat email dari SPA yang bagitau aku berjaya temuduga tu. Alhamdulillah. Rezeki tu semua milik Allah. Cuma aku nak share, time berdoa aku tak mintak aku lulus IV tapi aku mintak kalau jawatan tu baik untuk aku dan keluarga aku, semoga rezeki lulus IV tu milik aku. Tapi kalau aku gagal, aku tak sedih, sebab aku tau tu bukan yang terbaik untuk aku.


Panjang pulak post kali ni. Nanti aku share pengalaman IV J41 pulak.


Till then..






No comments: