klik le

Sunday, December 30, 2012

Happy besday..kak Mimo!

Assalamualaikum..

Ehemm..ehemm..
Today kan uolss, ialah hari jadi Iolss..
Sekarang umur I....eh I kan perempuan, perempuan sensetif tau bab umur umur ni wakakkakaa..
Yes..aku lahir hujung tahun, kalau aku keluar lambat sikit dari perut mak aku kan mesti umur aku setahun lagi muda dari sekarang..kahkahkah.

Tak ada kek, aku cuma makan nasi goreng USA dengan teh tarik..
Aku jarang mention pasal birthday aku dekat orang, even dekat FB pun aku hide,yang tahu birthday aku pun kawan-kawan rapat, gila exclusive padahal takut kena prank. Budak sekarang kerja nak prankan orang je.
Oh aku tak celebrate pun birthday aku.
Seriously tak suka,  lagi lagi bila bab prank kan orang dengan baling tepung takpun telor, bagi aku sangat membazir.
Tapi kalau dapat hadiah memang aku hambik la..Iolss suka hadiah..hewhewhew.
oh thanks dekat one of my friend yang sanggup datang tempat aku belajar sebab nak belanja aku makan tadi..Iolss terharu..and also all the wishes..even jauh dan jarang berhubung still remember. Sebab tu aku hide birthday aku dekat fb, nak tengok berapa ramai yang ingat, nampak tak?

Memang terbaik siapa yang ingat.

Apa harapan kak Mimo?

semoga yaya dapat melahirkan anak yang cute..
eh semoga hari esok lagi baik dari semalam untuk kak mimo..
Semoga  aku dapat body macam model victoria secret* sambil melantak nasi goreng usa+ burger double ayam special..wakakkaka

sumber  : mr google

p/s : kenapa eh aku rasa macam umur aku masih 18 tahun? kehkehkeh

Friday, December 28, 2012

It's raining..finally


Finally, it's raining..
Hope it will wash away my sorrow..
Take away my pain.
And now I'll wait for the light, I'll wait for the sun..
I'll wait for all the dark clouds bursting into the perfect sky.

Saturday, December 22, 2012

Eh siapa cakap badan gemuk tandanya senang hati?

Assalamualaikum..

Baru je tadi keluar makan dengan kawan aku.
The best thing tentang usm kampus kejuruteraan ni engko boleh keluar masuk sesuka hati.
Yes. tak ada limit. Cuma kena scan kad..lepas tu palang dibuka automatically dan engko boleh keluar sebebasnya.
Nasib aku ni baik, kalau tak lama dah gi clubbing .
Tapi tak ada apa pun dekat nibong tebal ni. Eh aku lupa ada kfc 24 jam..kehkehkeh

Ok. Berbalik kepada makan tadi. Lately aku perasan yang nafsu aku melantak membuak-buak.  Ada orang kata sebab senang hati. Hey bila masa pulak aku senang hati. Tension ada la. dengan projek, assignment, test oh kucing aku pulak pregnant. Banyak benda nak pikir oo.. Jadi, teori yang mengatakan makan banyak tanda senang hati tu dah tak boleh pakai. 

Tadi aku pergi makan char kuew teow dengan kawan aku. Anak dara keluar malam memang tak elok. Tapi siapa kisah? janji perut aku hepi. kan ada pepatah. gendang gendut tali kecapi. Kenyang perut suka hati.. Eh sepatutnya perut gendut..suka hati, baru betul.  Aku keluar dalam pukul 11 malam gitu.  Biar tak manis dipandang orang, yang penting perut dapat diisi ewahh.

Aku pun order char kuew teow. Aku mintak order pinggan besar. Bila makan hati aku pula berkata" eh sedap pulak". Lepas habis sepinggan besar, aku order lagi tapi kali ni lagi best aku order yang special.  Pak cik yang amik order pun sengih tengok tahap melahap aku. Aku pun sengih balik tanda aku tak bersalah. Takpe lah pak cik janji perut saya hepi. Saya makan banyak  sebab tension kucing saya pregnant. Tapi aku cuma berkata-kata dalam hati.

Ni semua salah engko yaya (merujuk kepada kucing aku yang tengah pregnant)..


balik nanti siap aku mandulkan..tu la gatal sangat..

nak sambung basuh kain.
Babai


Friday, December 21, 2012

ke mana mimo menghilang??

Assalamualaikum..

Huish bersawang dah belog ni (ayat tipikal bilik blogger lama tak update..kahkah)
Sebenarnya sebab utama aku tak update blog disebabkan aku bz dengan projek dan kerja sekolah..kerja sekolah banyak tau.
purata aku tidur dalam masa beberapa bulan ni amat menyedihkan. Bila tak cukup tidur baru seseorang itu akan menghargai masa tidur sebelum ni yang dibuang dengan melakuan aktiviti tak berfaedah. For instance tengok movie sampai subuh , katil pun terbiar di tepi menunggu ketibaannya tuannya yang berpoya poya di internet selama berjam jam. ok abaikan.

Alhamdulillah baru baru ni aku dah lepas saat kritikal aku sem ni iaitu viva..
Apa itu viva..
Viva ialah di mana seseorang itu kena present projek mereka dihadapan panel panel yang pakar dalam bidang tersebut. Kalau tempat aku professor lah. Oh viva juga merupakan keadaan dimana seseorang itu akan ditembak secara bertubi tubi oleh panel.

Ada tiga keadaan semasa viva

1) Bila kena tembak, seseorang itu dapat elak . Dan lebih baik jika dia siap boleh hentikan tembakan. Yang ni memang awesome. kes macam ni kompem kompem dapat A.


sumber google



2) kena tembak tapi  ada yang tersasar. Percentage untuk hidup 50-50. Markah tertinggi yang boleh dapat dalam A- tapi kebiasaannya dapat B.

3) kena tembak dan cedera parah. Tak dapat diselamatkan. kompem dapat c. Kes lagi teruk repeat subjek.
 
Bagi aku punya projek pulak, setakat ni ok alhamdulillah. Tinggal tunggu result. Oh ye. Exam pun dah nak dekat. Aku sebenarnya seronok sebab dapat buat aktiviti yang dah lama aku tinggalkan. Doakan aku ye kengkawan.


er aku nak qada balik tidur aku yang lepas..buahahhaha
till then..babai


Friday, November 16, 2012

Mari ke dapur bersama kak mimo..ewahhh

Assalamualaikum..

Ingat tak sebelum ni aku pernah share pasal resepi kek cawan?
Bagi yang tak ingat tekan sini untuk dapatkan resipe kek cawan yang simple tahap budak sekolah rendah. Lupa nak bagitau resipe kek cawan ni aku ubah sikit. Aku letak jem blueberry dalam dia.
Cuma tembak je dalam paper cup tu pakai piping bag.

Ok. hari ni aku nak share cara nak buat ising. Pun mudah dan simple.
sebab apa mudah?
Sebab aku rasa budak sekolah rendah pun boleh buat.
Malu ooo ngan budak sekolah kalau tak gheti buat..
Lagipun aku memang suka share benda yang simple simple ni.





Bahan-bahan

120 gm butter
60 gm gula icing( sila ayak dahulu atau dalam bahasa omputihnya sieve)
Dark choclate @ coklat masakan (incase kalau nak buat cream chocolate..) 
Paste-mengikut kesukaan (aku guna vanilla dan strawberry kali ni)


Cara-cara

Campurkan  butter dan gula lepastu pukul sehingga kembang.
Lepas dah kembang asingkan mengikut perisa yang akan digunakan.
Aku divide kepada 3 sebab aku guna 3 perisa.
Untuk cream choclate, panaskan chocolate dan tuangkan kedalam satu adunan yang dah dibahagi tadi.
Untuk perisa yang lain pun sama. Beli siap siap perisa atau paste dekat kedai. Tuang je dalam adunan.
Mudah dan cepat.

Last sekali, hias. Letak je dalam piping beg, tembak je ikut kesukaan.

Senang gila kan?
Ikutkan tak sampai 10 minit nak buat icing ni


cup cakes


Oh lagi satu aku bukan spesies yang kreatif bab-bab hiasan ni. Sila hias kek ikut kreativiti dan tahap kerajinan.

Selamat mencuba.


Thursday, November 15, 2012

Cuti nak abis dah weiii!!!!

Assalamualaikum..

I'm leaving home..
I'm leaving home..
Er..sila nyanyi dengan penuh perasaan.

Aku dah kata dah jangan bawa buku balik rumah. Tapi aku degil jugak. Buat berat beg aku je. Satu benda pun tak siap. Esok dah nak balik. .Cit!

Kesimpulannya adik adik, masa cuti sekolah atau cuti mid sem, jangan gedik gedik bawak keje sekolah balik ghumah..Ada paham?.

Cuti ni memang rasa sekejap. Seminggu tu rasa macam sehari. Kalau sehari rasa apa pulak ye?Ah..aku memang gedik.Padahal malas nak balik sebab memikirkan kerja sekolah berlonggok yang tak siap. Padan muka aku. Kan dah kena kutuk dengan diri sendiri. Siapa yang tak suka duduk rumah. Duduk rumah kerja melengkor je. Siapa yang tak suka melengkor macam ular sawa ye tak? makan tidur..Lepas tidur makan balik..huish..heaven weh!

Tapi tipu la kalau aku cakap cuti aku makan dengan tidur je. Sebenarnya selain tidur dengan makan, cuti kali ni masa aku banyak dipenuhi dengan aktivit berfaedah. kahkahkah. Macam tak percaya je aku gunakan perkataan ' berfaedah'. Ok. cuti ni aku banyak tolong mak aku dan berjimba bersama adik-adik aku.


kuiz hari ini..berapa banyak gigi budak ni hilang?
 Presiden mafia mengamuk aku upload gambar dekat atas ni..wakakakkakaka..


Cuti baru baru ni juga aku berkhelah dalam hutan sambil makan jagung bakar. Rare kan?
Sebenarnya takde lah hutan mana, sebab tempat tu kebun sebenarnya.

jagung bakar oiii

serenity

yang pakai tudung tu nenek I

Best sebenarnya makan dalam kebun ni. Macam kampung-kampung gitu. Cuti ni tahap melahap aku berada dalama keadaan kritikal. Kerja nak makan je.Oh aku nak ingatkan, kalau balik dari cuti di  rumah atau cuti beraya jangan gedik-gedik timbang berat badan. Anda mungkin tak dapat terima hakikat. Tunggu seminggu dua baru timbang. Takpun sebulan..kahkahkah.

k bai

Istanbul aku datang..

Assalamualaikum..

Cuti sekolah baru-baru ni aku, adik-adik aku termasuk presiden mafia tengok movie cerita Istanbul aku datang. To be honest aku terpaksa tengok cerita ni sebab presiden mafia bawah umur dan masa tu cerita ni je yang budak bawah umur boleh tengok. Biasanya aku download je..kehkehkeh. Nampak sangat aku tak menyokong industri perfileman Melayu.

sumber : google

Cerita Istanbul aku datang ni ialah tentang Dian ( Lisa surihani) yang sanggup datang ke Istanbul dalam usaha untuk memastikan kekasih dia azad (Tomok) untuk melamar dia. Sampai dekat Istanbul, Dian tinggal bersama azad. Azad tak suka dan sebolehnya dia nak Dian pindah ke luar secepat mungkin. Tak manis dipandang orang katanya. Dian pun berusaha mencari dan berpindah keluar semata mata untuk menjaga hati azad. Tapi akhirnya malang tak berbau. Eh, malang memang tak berbau pun kan?. Dian kena tipu dengan orang yang bagi dia sewa rumah . Dian ingatkan dia tinggal sorang dekat rumah tu tapi rupanya ada orang lain dalam rumah tu. Guess what? orang yang serumah dengan dia tu ialah seorang lelaki, Harris (Beto khusairy). Macam macam kekecohan yang kita boleh tengok dalam cerita ni. Dan Dian sedaya upaya rahsiakan perkara ni dari Azad supaya nak jaga hati Azad. Dian dengan Harris pulak memang tak boleh get along. Konflik cerita ni pula ialah masa Azad singgah ke rumah sewa Dian dan semua terbongkar. Azad marah dia gila gila dan tuduh dian macam-macam. Harris dan Dian pergi ke rumah Azad untuk explain dan akhirnya..jeng..jeng..jeng semuanya terbongkar apabila girlfriend Azad dekat Istanbul datang melawat. Rupa rupanya selama ni si Azad ni curang. Ending dia, korang tengok sendiri ye. Tapi memang agak tipikal.

oh aku suka quote kat bawah ni:

"apabila dua jiwa sudah sebati, memang susah nak dipisahkan"

Pendapat aku, Istanbul Aku Datang ni satu karya yang  bagus dari Rafidah Abdullah. Lakonan Lisa dan Beto memang baik, Tu tak boleh nak deny. Tapi lakonan Tomok buat aku gelak. Tak boleh nak salahkan dia jugak sebab dia bukannya selalu berlakon. Sampai satu part bila si Tomok pujuk si Lisa aku gelak sorang-sorang. Budak yang duduk depan aku pun siap dah jeling aku. Tapi bukan salah aku pun aku rasa muka Tomok lawak gila. Mungkin karier lakonan bukan untuk Tomok.

Habisla kena serang dengan peminat Tomok lepas ni. Hahahaha..



Saturday, November 10, 2012

Selamat bercuti untuk diri sendiri..

Assalamualaikum.

Sekarang ni aku selamat bercuti di rumah sendiri.
Macam tak percaya.
Almaklumlah lama tak balik..
Mid sem break dah start.
Seminggu.
Raya hari hari tu aku tak balik sebab cuti 3 hari.
Aku pun tak paham kenapa usm buat cuti mid sem masa deepavali instead of raya haji.
Setahu aku mostly u lain cuti mid sem masa raya haji.
Nak kata ramai India kat sini, jarang pulak aku jumpa kat engineering campus ni.
Tapi tak tahu la pulak yang dekat induk ataupun campus kesihatan dekat kubang kerian tu.
Kalau chinese yang tu memang tak boleh nak deny.
Rosak plan aku nak berjimba bersama kawan-kawan.
Yang tak best, aku banyak kerja sekolah.
Menci la camni..Mencik!
3 lagi project tak start lagi.
Plus assigment.
Oh lupa nak bagitau, beberapa minggu lepas antara minggu yang agak tough untuk aku.
Setiap hari purata aku tidur 2 jam.
Bukan ke ada kajian kata tidur sekurangnya harus 6 jam.
Kalau tak pendek umur.
haish..makin pendek la umur aku. dah banyak dosa.
Tapi, memandangkan sekarang ni aku sedang bercuti,
buat apa nak serabutkan kepala dengan benda lain.
Orang bagi cuti, haruslah bercuti ye dak?
babai assignments and projects..
kita jumpa lagi seminggu..

Regards
Mimo

Tuesday, October 30, 2012

Mat lutfi-drama sebelum kahwin ^_^

Bagi aku mat lutfi ni memang genius. Semua isu dia sentuh dan kupas dengan bijak. Plus video dia memang lawak. Bagi yang tak kenal lagi mat lutfi ni, boleh search dekat youtube dengan nama matlutfi90. Video-video dia memang terbaik. Pendapat aku sendiri, dia merupakan vlogger terbaik yang aku pernah lihat dekat youtube.

Jom layan..


7 perkara yang perlu dielakkan selepas makan..


 Assalamualaikum.

Baru baru ni aku ada baca satu artikel tentang 7 perkara yang perlu dielakkan selepas makan. Antara tujuh tujuh tu, sebahagian daripadanya aku selalu buat..oppssss..

sumber : google


Merokok

Merokok lepas makan ni biasanya orang selalu buat lepas buka puasa. Err..tapi kalau tak puasa pun aku selalu tengok orang buat. Sila elakkan kerana kajian dari pakar menunjukkan bahawa sebatang rokok yang kita hisap selepas makan bersamaan dengan sepuluh batang rokok. Which means,  chances untuk dapat kanser tu lebih tinggi.. Tak takut? sila terjun dari bangunan 10 tingkat..

Makan buah.

Makan buah-buahan memang bagus untuk kesihatan Tapi timing harus kena. Seeloknya makan buah setengah jam sebelum atau setengah jam selepas makan. Makan buah secara tiba-tiba selepas makan, akan buatkan perut kita kembung. Sama juga dengan air. Elakkan makan berselang seli dengan air dan kalau boleh setengah jam sebelum atau setengah jam selepas makan. Tak nak buat? jangan harap nak dapat perut yang kempis. Boroilah anda selama-lamanya. Oh ada orang kata tak nak perut buncit jangan minum ais. aku ingat mitos..tapi guess what..it really works on me...kahkahkah..

Minum teh
 
Tahukah anda, minum teh sejurus makan boleh menganggu sistem pencernaan anda. Patut la kalau minum air teh lepas makan susah nak 'uk uk'. Ni semua disebabkan kandungan asid yang tinggi pada daun teh buatkan makanan yang kita ambil susah untuk dihadam. 

Longgarkan tali pinggang.

Dah jadi kebiasaan, lepas makan je longgarkan tali pinggang. Tanda perut penuh dan tanda kekenyangan. Oh juga tanda kebahagiaan sebab perut naik secara mendadak. Tapi sebenarnya amalan ni perlu dielak sebab tak elok untuk usus. Kalau nak longgarkan, longgarkan siap-siap sebelum makan.


Mandi

Mandi selepas makan. Oh ni memang habit aku. Orang tua- tua selalu pesan jangan mandi lepas makan nanti gemuk dengan perut buncit. Kajian pula menunjukkan ketika mandi, pengaliran darah akan lebih tertumpu kepada kaki dan tangan kita. Jadi, bila kita mandi dalam keadaan perut tengah penuh, darah dibahagian perut akan berkurangan. Kekurangan darah semasa proses penghadaman akan mendatangkan masalah kepada perut kita.

 Bersenam atau aktivit fizikal.

Mungkin sebelum ni kita pernah dengar  berjalan selepas makan mampu memanjangkan jangka hayat. Tapi sebenarnya , aktiviti fizikal yang dilakukan selepas selesai makan boleh mengganggu sistem penghadaman apabila zat-zat makanan akan lambat diserap oleh tubuh. Kita perlu ambil masa sekurang-kurangnya satu setengah jam untuk berehat sebelum bersenanm atau melakukan aktiviti fizikal yang lain.


Tidur

 Tidur sejurus makan memang best. Yang tu aku tak deny. Biasala lepas makan mesti mata berat, tup tup dah tidur.Walaupun diri sendiri sedar yang benda ni tak elok tapi tu jugak yang selalu buat. Tidur selepas makan akan menyebabkan masalah usus disebabkan makanan tak dapat dihadam dengan sempurna. oh ye dari kajian aku sendiri eh dari pemerhatian aku sendiri, tidur lepas makan perut buncit dan boleh tambahkan berat badan. Jadi kalau tak nak perut boroi sila elakkan . Tak nak elak? masih nak amalkan? Jangan bermimpi untuk dapat perut yang flat..kahkahkah..

Ok. tu je nak update..
k bai













Sunday, October 28, 2012

salam aidiladha!

Assalamualaikum..

Aku nak ucapkan salam aidiladha kepada semua pembaca omel omelan.
Semoga kita semua dapat menghayati erti pengorbanan yang sebenar.
Dan apa yang penting, setiap perkara yang kita lakukan, haruslah ikhlas kerana Allah.
Pengorbanan tanpa keikhlasan tu hampir sia-sia.
Oh ye. aku dan enable comment kat blog aku.
Maaf. aku kurang arif bab setting-setting comment ni.
Lagi-lagi lepas tukar layout baru ada je tak kena.
Lepas ni tak mau geram-geram dah  ye. hahahahaha..

^_^


alahai comelnye lembu..sumber gambar : google


Saturday, October 27, 2012

Bukit Bendera,Penang Yawwwwww!

Assalamualaikum.

Ehem..baru baru ni kan I pergi bukit bendera, Penang. You tak tau bukit bendera? shame on you..sila keluar dari menjadi warganegara Malaysia..
Ok..to be honest this is my first time datang bukit bendera setelah sekian lama.hihihihi..titew conot sangat* gila gedik aku..
Ada sesetengah pendapat mengatakan tak best pun bukit bendera, bukan ada apa pun.
Tu pendapat orang tapi pendapat aku, Bukit bendera memang best. Yang penting view dia memang superb. Memang sesuai untuk orang yang suka tengok keindahan alam.

Untuk bayaran masuk, bagi dewasa Rm 8.00 dan kanak-kanak Rm4.00
Tapi kalau tunjuk student kad Rm 4.00 je.. separuh dari harga yang perlu dibayar. Jadi kalau nak pergi jangan lupa kad matrik ye..Pesanan Ikhlas dari penaja..

Ok..kita biarkan gambar berkata- kata..

lai lai..


nak solat?pun boleh..pun boleh..ada masjid..

Nampak tak kat atas tu 2nd penang bridge yg dlm construction
 

nama dia cik lipan..Dia seorang pemalu. nice to meet u cik lipan..



ok.. yang ni 1st penang bridge..

berebut nak duk depan..hihihi








Masa aku pergi tu, hujan renyai-renyai. Jadi mula mula view dari atas tak clear sebab kabus banyak. Tapi alhamdulillah, at the end cuaca bertambah baik dan hampir semua kawasan bandar Pulau Pinang dapat tengok dengan jelas.

Ok. nanti I update lagi.
Bai!



Tuesday, October 23, 2012

obsesi..kulit putih

Assalamualaikum.

Hari ni aku tergerak nak tulis pasal warna kulit. Benda ni dah lama ada dalam otak aku cuma hari ni baru dapat disalurkan ke luar.

Aku nak bercerita pasal obsesi masyrakat sekarang dengan kulit putih.
Rata-rata perempuan nak kulit cantik atau lebih tepat kulit putih.
Tengok kat mana-mana produk, memang tak susah pun nak cari produk yang ada bahan pencerah.
Rata-rata nak kulit putih walaupun originnya kulit gelap.
siapa yang mulakan ideologi yang kulit gelap tu tak cantik.
Dah tentu orang kita sendiri. Orang Melayu.
sampai sekarang orang malaysia lagi lagi melayu nak sangat kulit putih..ye putih bukan cerah.
Sampai sekarang, kalau aku nak pakai uv protection untuk kulit aku, memang susah aku nak cari yang tak ada bahan pencerah.

sumber :google


Pengaruh tv memang banyak mainkan peranan. Contohnya aku memang menyampah iklan yang tunjuk orang tu kulit gelap lepas pakai pakai produk pencerah terus confident sebab kulit putih. Ntah hape hape.
Setiap hari benda ni duk tayang kat tv, makin lama makin meracuni pemikiran orang yang melihat.
Bagi yang kulit putih no hal. tapi yang kulit gelap ni pula yang menjadi masalah.
Diorang ni mempunyai low self esteem sampai kurang keyakinan diri.
Kadang-kadang aku bosan jugak. kalau semua nak kulit putih, memang tak dak variety langsung.
kadang-kadang aku rasa bangsa kita ialah bangsa yang suka mengdownkan bangsanya sendiri.
what even worse, orang sekarang banyak define kecantikan to dengan tengok tahap putih serta mulus seseorang tu.

contoh

A :   "weh cantik tak minah tu"
B      "putih..mestilah cantik"

ataupun

B : "weh aku suka tengok perempuan tu.sedap maat memandang "
A : " tang mana yang cantik pun tak tahu, kulit tak putih pun"

senario ni kalau kita tengok kat mana mana pun ada. Orang Melayu ni kadang-kadang kucing hitam pun nak discriminate. Kalau ada kucing hitam mula la cakap bala la apa la. Sian kucing hitam.
Mungkin sebab mentaliti kita dah dibrainwash dari mula lagi. Bagi aku tak kisah warna kulit kita apa apa pun, gelap atau cerah yang penting jaga betul betul. Tak perlu sampai taksub nak cerahkan. Ada orang beli pencerah sebab nak kembalikan warna kulit asal. Ada pula nak tukar warna kulit asal.
Kat tv pulak,,susah nak cari orang yang muka pure melayu jadi duta iklan, mostly yang pan asian, Kalau ada pun artis-artis yang tengah famous.

Ada orang pernah cakap dekat aku

"nak cari teman hidup jangan cari yang sedap mata memandang..tapi cari yang sejuk mata memandang"..

konklusinya biar muka itam tapi hati putih. eh..tetiba.


Wednesday, October 10, 2012

Sejarah omel omelan


Assalamualaikum..

Hari ni aku nak cerita pasal sejarah omel omelan dan pembabitan aku dalam dunia blog.
Penting sebab lepas ni aku nak bagi quiz dengan test..kahkahkah
Ok.ok aku serius
Aku mula menulis blog dalam tahun 2009 tapi bukan dekat blogger.com.
Tahun 2010, aku mula buat blog dekat blogger.com dengan nama blog aku 'me.my.mine'.
Tapi..tak ada satu post pun aku buat. Saja nak cukupkan syarat. Sebab nanti bila orang tanya " weh hang ada belog kat blogspot?" sudah pasti ketika tu aku akan cakap "ada!" dengan wajah confident. kahkahkah.

Awal tahun 2012 aku buat lagi satu blog dengan nama omel omelan.
Omel omelan. aku ambil dari omel. pengomel. Lepas tu nak kasi kiut sikit aku letak omel omelan.
Omel omelan wujud untuk beritahu pembaca  pendapat aku tentang sesuatu perkara.
Oh ada juga post tentang perasaan aku dan ada juga post yang merapu. Semua tu bergantung pada mood aku ketika tu.
Tujuan aku tulis blog bukan sebab nak follower ramai tak pun nak mencapai traffic beribu riban.
Tapi tujuan aku tulis memang untuk express pendapat aku, pengalaman dan apa yang aku rasa tentang sesuatu perkara.

Ada orang pernah tanya dekat formspring kenapa aku tak letak gambar aku sendiri dekat blog aku.Dia tanya aku huduh ke?Lebih kurang macam tu la soalan dia. Kemain kau kan?

cantik? Tu bergantung macam mana korang beri definisi kepada kecantikan itu sendiri.
Sebab kecantikan tu subjektif. Berbeza pada pandangan mata yang bernilai.

Ok aku akui aku bukan spesies yang suka bergaya macam fatin liyana tak pun nisa kay. Aku tengok gambar diorang bergaya depan kamera pun aku boleh ternganga. Cute sangat.Pandai betul diorang buat gaya kiut kiut gitu.
Aku nak blog aku dikenali, bukan aku. Aku pun kalau boleh tak nak dedahkan siapa aku. Cukup maklumat am yang ada dekat profile. Blog ni pun aku tak promot dekat orang kecuali orang yang rapat.

Alhamdulillah, dalam masa hampir setahun, omel omelan dah ada pengikut sendiri dan korang memang awesome!
Walaupun kadang-kadang ada entry yang merapu tapi kalau boleh aku nak pembaca aku dapat sesuatu dari setiap penulisan aku.

Ok. aku nak sambung tido.
Mendung-mendung macam ni memang tak ada aktiviti lain yang lebih kreatif dan menyeronokkan selain tido.
K bai!


Tuesday, October 2, 2012

Hai nama saya charlie..

Assalamualaikum..

Hangpa semua..hari ni cek nak perkenalkan charlie*tetiba tukar slang penang
Charlie ni bukan sembarangan charlie. .oh ni bukan charlie angles yang kat tv tu.
Tapi ni charlie sejenis serangga..
Sebelum ni aku tak tahu langsung pasal charlie ni.
Pendedahan mengenai charlie aku dapat masa masuk usm..
Dekat usm benda ni berlonggok. Bersepah sepah dekat bilik air.
Kalau dekat tempat lain orang sibuk nak fogging nyamuk..
Tapi lain keadaan dekat usm kejut..
Fogging nyamuk takdak dah..tapi fogging charlie pulak.
Kedatangan charlie memang menakutkan.
Kesan yang charlie tinggalkan mampu menghantui seumur hidup..

hai uollss nama Iolls charlie.. sumber gambar :google

Biodata charlie :
Nama Am: Kumbang Rove
Nama Saintifik : Class : Insecta
Order : Coleoptera
Family : Staphylinidae
Species : Paederus fuscipes Curtis
Nama Tempatan: Semut Semai, Semut Kayap, Charlie etc.

Charlie ni panjang dia kurang dari 1cm..Sangat kecik. Tapi kecik bukan sebarang kecik. Dia punya cecair kat dalam badan dia merupakan antara yang mempunyai kandungan toksid yang tinggi di kalangan serangga-serangga yang lain. Charlie ni dia tak gigit ataupun menyengat cuma contact antara kulit dia dan kulit manusia tu yang menyebabkan racun dia boleh masuk ke dalam tubuh manusia.

parut yang ditinggalkan charlie.. sumber : google
Racun charlie ni memang sakit. Mula -mula tak rasa apa apa. Lepas tiga hari rasa sakit dekat bahagian  yang kena. Lepas tu ada cecair dekat kawasan tu. Lepas cecair tu kering, tinggallah parut. Charlie memang penyayang. Dia nak orang selalu ingat pasal dia sebab tu dia tinggalkan parut.

Jadi kepada semua, hati-hati bila berjumpa charlie. kalau dia hinggap kat badan, tiup je bagi dia terbang tempat lain. Jangan tampar atau tepuk. Nanti jadi macam dekat atas ni.

Harapan aku semoga charlie dengan manusia boleh get along  in the future.
Hidup charlie*tetiba

Shila Amzah a new rising Malaysian icon...

Just a few weeks ago Shila Amzah was announced as Asian wave winner. Well, that was really suprised! She went there without a hype and yet she conquered it all .It gives me goosebumps whenever I watch her performance. She sang mandarin song really well and she nailed it!
Shila is such a person that is really hardworking. It is actually almost 12 years for shila joining the music industry but only few appereciate all her efforts and talent. It is such a long journey for shila to make Malaysian realize about her existence. Finally she made it!

In my opinion 'forever Love' is her best song in the competition. She nailed this one perfectly. Well done Shila!


Whenever I watch this I got goosebump..
Flawlessly performed by her...this song simply suits sheila's vocal...


She rocks this song too.Her voice is superb. She shows a great and eye-catching attitude while performing. She can control her voice and pitch so well that her performance in every songs she contested is almost perfect.
Keep it up shila..
Tetiba I jadi peminat u..

Friday, September 28, 2012

Kadang-kadang berdiam itu lebih baik..


Assalamualaikum..

Dalam dunia ni kita akan berdepan dengan macam-macam orang.
Pelbagai ragam. Ada yang ikhlas dan ada yang penuh muslihat.
Kat mana-mana pun ada.
sebab dalam dunia ni kita bukan hidup sorang- sorang.
Kadang-kadang kita terlalu fikirkan pasal orang lain,,
Kita terlalu pentingkan pandangan orang terhadap kita
Sampaikan kita lupa pandangan mereka tak penting.
Kita lupa pandangan Yang Maha Esa itu penting.
Alpa.
Dulu aku pernah jadi spesies manusia yang terlalu fikirkan tentang orang lain,
sedangkan orang lain itu tak pernah fikirkan tentang aku apatah lagi perasaan aku.
Kadang-kadang aku tak buat salah.
Tapi aku explain sebaik mungkin supaya mereka faham.
Faham tentang aku yang tak bersalah.
Supaya mereka tak salah faham tentang aku.
Itu dulu.
Lumrah. manusia memang suka berprasangka.
cuma sekarang aku lebih suka berdiam.
Biarkan mereka dengan persepsi dan dunia mereka.
Hak mereka untuk menilai.
Menilai dari apa yang mereka nampak.
Aku penat.
Tapi bagi aku berdiam itu lebih baik


Kisah bedak sejuk

Assalamualaikum..

Ni aku nak cerita pasal sorang coursemate aku.
Kulit dia memang flawless..
Aku pun tanya la produk apa dia pakai..
kalau orang yang kulit cantik ni mesti kita expect dia pakai prodok mahal ye dak?
sk2 ke, clinique ke..
Tapi yang keluar dari mulut dia lain dari yang lain..
Bedak sejuk.
tanjat gegurl
Ha..jangan main-main.
Dia kata setiap malam sebelum tidur dia pakai bedak sejuk..
Kulit dia cantik dan flawless ala-ala hanis zalikha gitu.
Tak perlu nak pakai mask yang mahal-mahal.
Bermodalkan tak sampai Rm5 untuk kulit menawan.
Gila kentang aku promot bedak sejuk. Hahahhaha
Tapi jujur, aku sendiri pakai bedak sejuk.
Cuma on off. Aku ni spesies pemalas. Ikut mood
Kalau aku rasa ada jerawat nak tumbuh.
Aku letak bedak sejuk.
Esok tak jadi nak tumbuh si jerawat tu.
Tau pun takut.kahkahkah
Bedak sejuk ni best sebab tak ada chemical reagent
semuanya bahan semulajadi.
Jadi tak perlu kita nak risau side effect dia.
hidup bedak sejuk!
k bai.

hai uollssss

Assalamualaikum..
Hai uollss. Iolls dah ada layout baru.. santek x layout titew? *anak sape la ni ish ish
Okie korang semua tak salah. Ni memang blog omel omelan.
Nampak colourful kan?
Macam kanak-kanak rebena pun ada.
Aku ambil masa seharian nak cari layout baru..
Last-last end up dengan layout ni.
Kalau bab-bab kreatif ni memang aku surrender awal-awal.
Mula-mula aku dah pilih satu layout yang simple but nice.
Tapi tak boleh nak edit dia punya font.
Aku bukan cerdik sangat bab bab coding- coding ni.
Tapi tak apa. so far aku puas hati.
Er..kalo ada yang tak puas hati..
Sila emelkan aduan anda..
ke coremariener@yahoo.com
er..ni bukan aduan rakyat yep.
cuma nak mintak pendapat.

Oh ya. agak lama juga aku tak update.
serius aku agak bizi sem ni.
Hari pertama kelas dah ada assignment dengan projek..
Aku pun pelik, rajin betul pensyarah-pensyarah aku sem ni.
Tapi tak apa, azam aku kan nak rajin sem ni.
Hari pertama boleh la, masih pegang prinsip.
Masuk hari ketiga aku dah download cerita korea berepisod
ye adik adik, kakak-kakak dan abang-abang
cerita tu berepisod. Dan aku habiskan 10 episod sehari.
hebat tak?
kalau benda lagha memang hebat kan?
cuba study..tak perlu sejam
15 minit pun dah hilang fokus.
Ish ish ish.
tapi takpa study smart..
padahal nak cover tahap kemalasan..
kahkahkah..
okie semua wish me the best of luck untuk sem ni.
jiayou!

haip jangan malas!  sumber gambar :google


cetusan rasa..

Sebaik-baik manusia..
Dia bukan malaikat..
Masih ada hati, perasaan..
bahkan  nafsu..

Sebaik-baik manusia..
Iman tetap turun dan naik
Hati tulus dan suci?
Sukar ditemui..
Ya! itu pasti!

Manusia..

Selagi namanya manusia..
Hati sukar untuk puas.
Bersyukur apatah lagi.
Bila ujian menanti..
Bila hati sepi..
Baru dicari Ilahi.

Selagi namanya manusia..
Takbur dan dengki
Sudah sebati.
Bila berada di atas.
Meninggi diri.
Yang dibawah..
Tak pernah di ambil peduli..

Manusia Manusia Manusia..


Selagi  namanya manusia..
Mana mungkin ada yang sempurna..
Mana mungkin tiada cacat cela..
Tak akan terlepas dari kejahilan
Apatah lagi kekhilafan.

Lumrah..
Pandangan orang dipeduli..
Pandangan yang Esa ditolak tepi..
Tapi tak salah..
kalau kita cuba berubah..
Muhasabah diri.
Perbaiki diri..
Sebelum mata tertutup rapat
Sebelum dijemput Ilahi..







Saturday, September 8, 2012

Selamat sudah.

Assalamualaikum.
Sekarang ni aku dah balik belajar.
cuti dua bulan lebih rasa macam dua hari lebih.
Serius tak ada mood langsung belajar.
Ah. aku memang gedik.
Oh sem ni aku dapat bilik baru.
view dia cantik masa pagi sebab mengadap matahari terbit.
Sem lepas bilik aku mengadap blok asrama lelaki.
Tapi..tapi..sikit pun aku tak pernah stalk diorang.
Baik gila kan aku?kahkahkah
Mungkin suasana baru buatkan aku lagi semangat nak belajar.
InsyaAllah, sem ni akan jauh lebih baik dari sem lepas.
Ye. setiap sem perlu ada azam baru..
Alhamdulillah. azam aku sem lepas banyak dah tertunai.
Kepada semua pembaca omel omelan,
Semoga  azam anda juga berjaya.
Jangan cepat putus asa. Kegagalan itu hanya permulaan.
Banyakan bersabar dan jangan putus asa meminta padaNya.
May Allah bless you and may turn all your noble thoughts, wishes and desires into reality.
Ameen..

Desasiswa Jaya, usm kampus kejuruteraan..7.30 pagi


Wednesday, September 5, 2012

Jalan jalan terengganu..Day 2..

Assalamualaikum.

Masuk hari kedua di terengganu, aku dengan family aku singgah ke pasar payang. Kan tak sah kalau tak pergi pasar payang.Kononnya murah. Mak aku sibuk borong kain batik. Perempuan biasalah. Ayah aku relek je. Dapat kain pelikat sehelai sudah. Lepas pergi pasar payang kami pergi beli keropok losong. Pasar payang dengan  keropok losong  memang sinonim dengan kuala terengganu. Jadi memang tak sah kalau tak pergi.

suka sangat..

Gambar diatas. Presiden mafia yang begitu teruja dapat baju I love Terengganu. Weh adik, awak tu orang Pahang..excited bebenor gamaknya..

eh ada ayah kat depan..

Selepas selesai urusan berjual beli, kami  berangkat pulang. Dalam perjalanan ke Pahang, kami sempat singgah di  beberapa tempat yang menarik di Terengganu.


masjid terapung yang tak terapung..tapi cantik giler view dia..
Kami sempat singgah ke Rantau Abang. Ala..tempat yang famous dengan penyu tu. Sebelum tu sempat kami beli jagung bakar yang di jual sepanjang jalan. Jagung dia fresh dan rasa dia manis.

pantai Rantau Abang







Makan jagung bakar sambil mengadap pantai. Perghhh.. memang best gila. View dia memang superb. Sesiapa yang pergi Terengganu tu nanti boleh la singgah. Pantai dia memang cantik dan bersih.

Tu je kot untuk entry kali ni. Selain tempat yang aku mentioned dalam entry yang aku tulis, sebenarnya Terengganu banyak lagi tempat yang menarik seperti  Taman tamadun Islam, Masjid Kristal, Bukit Puteri, Chinatown dan banyak lagi. Overall Terengganu memang best!. ok ..bai..

Febregas??


Febregas ditemui di old town Temerloh. Buat kerje part time jadik waiter. Patut lah dah tak fit..ish ish..

gambo sila kredit kepada mohd zulhilmi harun


Jalan-jalan terengganu...day 1


Assalamualaikum..

Baru-baru ni aku dengan family aku ke kuala terengganu sebab nak hantar adik aku belajar dekat sana. Kami stay dua hari semalam. Kali terakhir aku ke kuala terengganu hampir 3 tahun lepas. Nampaknya bandar terengganu dah banyak perubahan. Makin banyak tempat yang menarik. Tambah menarik, aku dapat jumpa one of my bestie, zira. Dah lama kot tak jumpa almost 2 tahun. Pada hari pertama aku di kuala terengganu, zira bawak aku jalan-jalan sekitar terengganu di sebelah malam. Hari tu juga aku dapat merasa naik kereta kesayangan cik zira, BFE 7001.

Kami singgah di pasir panjang untuk makan malam. Tempat tu terkenal dengan nasi kerabu dia yang sangat sedap. Serius tak tipu. Lepas tu, beli aiskrim oreomcflurry dan zira telah bawak aku ke satu tempat yang aku sangat suka. Pulau warisan! tempat ni lebih kurang macam I city shah alam. Tapi tak la seluas i city. Aku memang suka tengok lampu banyak-banyak ni. Cantik!

Pulau warisan ni berdekatan dengan pasar payang dan merupakan mercu tanda baru bandar Terengganu. Oh pulau warisan ni juga merupakan Pulau buatan manusia dan tak lama lagi akan ada river cruise merentasi terusan yang dibuat . Aku dengan zira sempat snap beberapa gambar. Selain tu pada waktu malam ada benda kat bawah  ni. Aku pun tak tahu nama dia apa. Yang pasti, function dia macam motor cuma kalau nak masuk gear belah belakang, bukan depan dan dia ada 4 tayar. Seronok oo..

ni la ropenya..maaf tak tahu nama benda ni apa.
testing..


kanak-kanak rebena yang keseronokan..

cantik ok!

ekspresi cinta atau vandalisme?

Pulau warisan




Walaupun keesokan harinya cik zira bekerja, tapi beliau semangat melayan karenah aku. Kitaorang lepak dan berborak dekat Pulau Warisan sambil makan eskem. Perghh..heaven sungguh. 4 benda yang aku suka berada di tempat yang sama iaitu kawan baik, lautan, lampu warna warni yang banyak dan cantik serta eskem oreo kegemaran.

ok. to be continued..jangan marah ha..nanti kena jual..kahkahkah