klik le

Monday, April 30, 2012

cuti tanpa bercuti

Hari ni 1 mei ialah hari pekerja. Maknanya, ramai orang yang akan bercuti hari ni.
Tapi hari ni aku kena pergi lab untuk ambil result konkrit yang aku buat semalam.
Oh ye..aku student bukan pekerja.
Baru bercadang nak berhibernasi sampai tengahari.
Aku tengok lab coat aku yang tersidai atas kerusi.
serius..
dah macam belacan.
eh tidak,
belacan menyelerakan
tapi lab coat aku tak menyelerakan langsung.
aku pun tak paham kenapa tiada exception untul lab konkrit.
Bayangkan aku buat test konkrit pakai lab coat putih  yang macam doktor tu..
macam mana la tak kotor ye tak?
Oh..abaikan..
minggu ni tak macam minggu lepas yang memang hectic.
Aku berazam nak jadi rajin mulai minggu ni.
Ye kawan-kawan
Azam di bulan baru.
Ada sebulan setengah untuk preparation sebelum final.


^_^
k bai.

Memaafkan itu lebih baik..^_^

Setiap orang malah aku sendiri tak terkecuali dari rasa disakiti.
Tak kisahlah sama ada yang sakitkan hati itu kawan atau seseorang yang disayangi.
Masa akan terus berlalu, hari demi hari, bulan dan seterusnya tahun berganti. Tapi kadang-kadang bila kita teringat balik perkara yang menyakitkan itu, hati kita akan rasa sakit macam semalam benda tu baru berlaku semalam.

Kenapa?

sebab hati kita masih lagi tersimpan dendam dan juga benci kepada orang yang melakukan perkara tersebut.

 kesannya?

 Hati  akan terasa sakit sebab hati  tak pernah sesekali memaafkan orang itu. Jadi, memaafkan itu lebih baik.
Lapangkan dada dan hati harus percaya bahawa setiap yang berlaku ada hikmah.

Things happen for a reason. 

 Bagi aku memaafkan dan melupakan itu lebih baik. Kalau hati tetap terasa sakit bila teringatkan orang tersebut, cara yang terbaik lupakan orang itu dan tidak salah berdoa untuk kebaikan mereka. Dengan cara ini insyaAllah, hati akan jadi lebih tenang.

Alhamdulillah..





cinta sampai ke syurga..

Selalu kita dengar orang berkata "semoga kita bersama hingga ke akhir hayat".

 Tapi kenapa tidak " semoga kita bersama hingga ke syurga"?.

Aku sebagai perempuan, aku juga berharap lelaki yang bakal aku kahwini akan membimbing aku untuk ke syurga dan juga pasangan aku  yang bakal menemani aku disana.

 Fitrah..
.
 Allah menjadikan setiap makhluknya berpasang-pasangan. Tetapi, ada juga hambaNya yang tidak bertemu pasangannya didunia. Bagi kaum hawa, tak usah risau jika tidak dapat berjumpa jodoh di dunia. Jika amalan didunia  cukup untuk memasuki syurga,  insyaAllah di syurga ada yang menanti. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil lagi Maha Pengasih.

Rasullullah SAW bersabda: “Tiada si bujang di dalam syurga” – (HR Muslim).

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.

Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.


2. Wanita meninggal dunia setelah diceraikan & tak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.


3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.

Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelaki yang masuk syurga.




4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.

Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.



5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.



6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.

Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.

Indah bukan? cinta sampai ke syurga.. InsyaAllah..



oh no! eyebag!

Saturday, April 28, 2012

MY GENERASI




an awesome video.. It reminds me my old days during school..^_^



Saturday, April 21, 2012

love at first sight?

love at first sight atau bila digoogle translate kepada bahasa melayu membawa maksud cinta pada pandangan pertama.
Sejujurnya aku tak percaya pada cinta pandang pertama.

Sebab?

bagi aku mustahil untuk mencintai seseorang hanya dengan sekali pandang.
tapi untuk menyukai seseorang pada pandangan mata pertama itu tak mustahil.
suka dan cinta itu bagi aku sangat berbeza.
suka dan cinta tu sendiri berbeza definisinya.
Kita menyukai seseorang dan sesuatu kerana sebab yang tertentu.
Tapi, tak ada sebab yang dapat kita berikan bila kita mencintai seseorang.

Cinta bagi aku tak mencukupi  dengan hanya sekali pandang.
sebab tu lah ada pepatah "tak kenal maka tak cinta" bukan "tak pandang maka tak cinta"
Pandai orang dulu-dulu buat pepatah ye tak?
Maksudnya, nak mencintai seseorang, kita kena kenal dia dan barulah perasaan cinta itu boleh wujud.

Jadi,berhenti dari berkata"aku cintakan dia sejak kali pertama aku nampak dia" atau "aku nampak dia terus jatuh cinta".

serius..bullshit!

 tapi kalau "aku sukakan dia sejak kali pertama nampak dia" atau "aku nampak dia terus suka"
yang tu acceptable..

esok aku ada lunch dengan najib razak.
motif aku pergi?
sebagai student, aku memang suka event yang dapat makan free..kehkehkeh

k.bai..


Sabtu tanpa tidur ditengahari..

Dah jadi kebiasaan. Selepas subuh, masa hari cuti aku akan membuta sampai tengahari. Ya. memang sangat nikmat.Orang cakap, anak dara yang tidur lepas tengahari memang tak boleh buat bini. Maknanya aku memang tak boleh kahwin lagi la ni. Abaikan...

Tapi, hari ni berlaku anjakan paradigma dalam diri aku. Ya. aku tak tidur lepas subuh. Walaupun keadaan hunjan renyai-renyai di pagi hari  yang menggoda aku untuk terus berselubung dibawah comforter dan berhibernasi macam beruang kutub,  aku tekad untuk bangun dan penuhkan hari aku dengan aktiviti berfaedah.

Hari ni aku joined program  pergi melawat rumah ibu tunggal dan rumah orang yang kurang bernasib baik. Kira macam program kemasyrakatan la. Dah macam YB melawat rumah rakyat sebelum pilihanraya dah aku tengok. Pelajar dibahagikan kepada beberapa buah rumah.
Aktiviti yang dibuat ialah beramah mesra dengan penduduk kawasan tersebut lepastu gotong royong bersihkan rumah dan memasak.
Memasak?
Ye memasak. Aktiviti yang paling jarang aku buat. Tapi aku teruskan juga memasak. Siapa tahu, mungkin ada bakat terpendam dalam diri aku. Cuma masakan yang dibuat agak terhad sebab bahan disediakan oleh pihak kami agak terhad. Hasilnya? ayam masak merah, sup kentang dan acar timun.
Nasib baik tak ada orang yang sakit perut tapi tak tau la kesan dia lepas 24 jam.

Petang tu pulak aku masuk sukaneka.
Motif?
nak dapatkan mycsd@merit untuk duduk asrama.kehkehkeh.
aku masuk bowling kelapa.
1st game- 0 pin yang jatuh
2nd game-0 pin yang jatuh
3rd game- masih kosong, orang yang tengok aku main dari 1st game dah guling-guling gelakkan aku.
4tg game- 2 pin jatuh
5th game- 5 pin jatuh,

tiba tiba semua orang tepuk tangan,'

apakah?adakah ia satu penghargaan ataupun cacian?
ah..aku memang paranoid.

jam dekat tangan menunjukkan hampir 4 petang..

aku terus balik bilik dan tidur.

Ye kawan-kawan tidur...


Thursday, April 19, 2012

Malam yang sepi..

Hujan masih turun diluar. Cuaca semakin sejuk..
Irama titisan hujan itu sendiri sangat asyik..
membuatkan seseorang itu terus diulit mimpi..
Aku tarik comforter sampai ke kepala..
serius..
Sangat bahagia.
Sungguh menyamankan..
Yes! test besok cancel..
YES!YES!YES * sila jangan annoying, capslock sengaja dibuat untuk emphasize tahap kegembiraan aku*
tu ja yang aku nak cerita.
kehkehkeh..
Selamat malam~~

Sunday, April 1, 2012

keterujaan

Sejak kecil mak dengan ayah aku membesarkan aku dengan menidakkan apa yang aku nak. Aku nak magic pen yang boleh mix kaler, tak dapat. Aku nak power rangers pink, tak boleh. Aku nak kasut merah bunga-bunga tak dapat. Ya dengan cara ni aku berhenti dari meminta itu dan ini. Cara mak dan ayah aku yang tak manjakan aku buatkan aku membesar dengan berusaha untuk dapatkan apa yang aku nak. Satu satunya benda yang aku akan dapat kalau minta ialah buku cerita . Benda yang parents aku takkan deny bila aku minta. First fast food yang aku makan ialah Merrybrown. Aku dengan abg aku yang dua orang lagi  tu kumpul duit raya semata mata nak makan fast food. Bayangkan kami bayar dengan duit syiling. Memang kesian aku tengok akak cashier tu nak kira.

Sampai sekarang, bila aku dah besar, kalau aku nak dapatkan sesuatu aku dah biasa untuk berusaha tanpa bantuan sesiapa.Everything that I desire.. I get it myself.Aku buat kerja part time untuk dapat duit poket sendiri. Sampai mak dengan ayah aku nak offer beli barang yang aku nak, aku tolak.  Jadi bila aku dah besar dan  ada duit sendiri , aku tak macam orang lain orang lain yang  akan teruja untuk beli baju,seluar,kasut dan beg bila shopping, tapi  aku mudah teruja pada benda benda yang mengarut contoh patung yang comel, belon air tak pun pen kaler kaler. Sampaikan masa aku keluar dengan kawan aku dekat satu ekspo, aku berhenti dekat gerai yang jual kucing mainan yang boleh bergerak. Lama kut aku duduk situ sampai kawan aku perasan.

Tapi aku bersyukur dengan cara mak dan ayah aku didik aku. Sekurangnya aku tak manja macam sesetengah orang yang menangis bila tak dapat benda yang dia nak. 



nama dia cik diq..aku tak beli tapi orang bagi.^_^






"the best teacher in our lives is our experience, life without experience is nothing"