klik le

Saturday, April 21, 2012

Sabtu tanpa tidur ditengahari..

Dah jadi kebiasaan. Selepas subuh, masa hari cuti aku akan membuta sampai tengahari. Ya. memang sangat nikmat.Orang cakap, anak dara yang tidur lepas tengahari memang tak boleh buat bini. Maknanya aku memang tak boleh kahwin lagi la ni. Abaikan...

Tapi, hari ni berlaku anjakan paradigma dalam diri aku. Ya. aku tak tidur lepas subuh. Walaupun keadaan hunjan renyai-renyai di pagi hari  yang menggoda aku untuk terus berselubung dibawah comforter dan berhibernasi macam beruang kutub,  aku tekad untuk bangun dan penuhkan hari aku dengan aktiviti berfaedah.

Hari ni aku joined program  pergi melawat rumah ibu tunggal dan rumah orang yang kurang bernasib baik. Kira macam program kemasyrakatan la. Dah macam YB melawat rumah rakyat sebelum pilihanraya dah aku tengok. Pelajar dibahagikan kepada beberapa buah rumah.
Aktiviti yang dibuat ialah beramah mesra dengan penduduk kawasan tersebut lepastu gotong royong bersihkan rumah dan memasak.
Memasak?
Ye memasak. Aktiviti yang paling jarang aku buat. Tapi aku teruskan juga memasak. Siapa tahu, mungkin ada bakat terpendam dalam diri aku. Cuma masakan yang dibuat agak terhad sebab bahan disediakan oleh pihak kami agak terhad. Hasilnya? ayam masak merah, sup kentang dan acar timun.
Nasib baik tak ada orang yang sakit perut tapi tak tau la kesan dia lepas 24 jam.

Petang tu pulak aku masuk sukaneka.
Motif?
nak dapatkan mycsd@merit untuk duduk asrama.kehkehkeh.
aku masuk bowling kelapa.
1st game- 0 pin yang jatuh
2nd game-0 pin yang jatuh
3rd game- masih kosong, orang yang tengok aku main dari 1st game dah guling-guling gelakkan aku.
4tg game- 2 pin jatuh
5th game- 5 pin jatuh,

tiba tiba semua orang tepuk tangan,'

apakah?adakah ia satu penghargaan ataupun cacian?
ah..aku memang paranoid.

jam dekat tangan menunjukkan hampir 4 petang..

aku terus balik bilik dan tidur.

Ye kawan-kawan tidur...


2 comments:

cik zira said...

niela bila bdk bandar masuk kg ha89

mimo said...

hahahahha..tau takpa