klik le

Monday, April 30, 2012

cinta sampai ke syurga..

Selalu kita dengar orang berkata "semoga kita bersama hingga ke akhir hayat".

 Tapi kenapa tidak " semoga kita bersama hingga ke syurga"?.

Aku sebagai perempuan, aku juga berharap lelaki yang bakal aku kahwini akan membimbing aku untuk ke syurga dan juga pasangan aku  yang bakal menemani aku disana.

 Fitrah..
.
 Allah menjadikan setiap makhluknya berpasang-pasangan. Tetapi, ada juga hambaNya yang tidak bertemu pasangannya didunia. Bagi kaum hawa, tak usah risau jika tidak dapat berjumpa jodoh di dunia. Jika amalan didunia  cukup untuk memasuki syurga,  insyaAllah di syurga ada yang menanti. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil lagi Maha Pengasih.

Rasullullah SAW bersabda: “Tiada si bujang di dalam syurga” – (HR Muslim).

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.

Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.


2. Wanita meninggal dunia setelah diceraikan & tak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.


3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.

Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelaki yang masuk syurga.




4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.

Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.



5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.



6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.

Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.

Indah bukan? cinta sampai ke syurga.. InsyaAllah..



oh no! eyebag!