klik le

Wednesday, May 23, 2012

Oreo


Dear oreo mcflurry,

Apa khabar? saya harap kamu baik-baik sahaja.
Lama dah kita tak jumpa kan?
Memandangkan di sini tiada mcd,
saya tak dapat jumpa kamu.
pathetic kan?


sumber :mr google













Disini cuma ada kfc,
Jadi, saya terpaksa membeli KFC oreos crusher.
kalau kamu nak tahu, rupa dia seperti di bawah ini.

sumber :mr google











Saya ingat rasanya seperti kamu,
tapi lagi sekali saya hampa.
Betullah orang cakap,
yang asli tu yang terbaik.
Ya! kamu memang terbaik.
I miss u sooooooooo much!
Tak sabar jumpa kamu.


Love,
Mimo


Kahwin

Tadi aku tidur, agak lama dekat 3 jam.
Mesti ada yang tanya tentang anjakan paradigma yang aku nak buat kan?
Oh abaikan je yang tu..
Macam biasa, bangun tidur sambil lap  air liur basi,
aku terus turn on lappy.
Dekat home aku tetiba penuh gambar orang kahwin.
Overall dekat 8 orang kawan-kawan aku yang dah kahwin.
Mostly kawan-kawan yang satu sekolah dulu.
Lepastu aku pun cakap "eh cepatnya diorang kahwin"
without realize that I'm no longer a kid.
Masa memang cepat berlalu kan?
lagipun sekarang ni memang trend orang kahwin awal.
aku?
lambat lagi kut.
Tapi kalau tiba-tiba ada orang masuk meminang,
lepastu jodoh aku dah sampai seru,
kut kut kahwin tahun ni..kehkehkeh.
Tapi insyaAllah, aku cuba kejar impian aku dulu.
kepada kawan-kawan aku yang dah kahwin,
semoga berbahagia hingga ke anak cucu.
semoga cinta kalian sampai ke syurga..^_^



sumber gambar :mr google


Tuesday, May 22, 2012

second penang bridge

Baru baru ni aku pergi site visit dekat batu kawan, pulau pinang
Kat situ construction jambatan kedua penang masih lagi dalam progress.
Macam sebelum ni jugak aku memang suka pergi site visit sebab tak payah pergi kelas.
Lagipun melalui site visit , aku dapat tengok kerja-kerja praktikal yang sebenar..instead of theory yang lecturer aku selalu beritahu.
Masa dekat tengah laut, ada dolphin lompat lompat dekat bot yang aku naik.
Apek yang bawak aku dengan coursemate aku yang lain pun cakap hari ni hari bertuah.
sebab dolphin dah lama tak muncul.
dekat setengah jam jugak dolphin dengan kengkawan dia main-main dekat tepi bot yang aku naik.
Serius, rasa macam dekat Australia dah. Tambah best bot yang aku naik tu laju gila.
Satu pengalaman yang sangat menarik.
Oh ye! aku dah jumpa satu fakta tentang diri aku yang aku curious dari dulu

AKU TAK MABUK LAUT. KEHKEHKEH* capslock untuk emphasize yang aku tak mabuk laut..sila jangan annoying






The construction work commenced on 8 Nov 2008 an scheduled to be operational by end of year 2013..Once erected, it will be a world class expressway concessionaire in construction, operation and maintenance and also it will be the longest in southeast asia!.

gundah gulala

Hatiku gundah gulana
19 hari 1 jam 2 minit lagi sebelum final exam
Aku tak tau kenapa aku rasa down
aku tak boleh nak study
tak boleh nak buat assignment
semua terbantut
aku log on fb
aku tengok benda yang sama 20 kali.
aku rasa aku dah macam watak Tom
si kucing yang blur bila tak dapat kejar si tikus yang bernama jerry .
atau mungkin si oggy dan lipas lipasnya..
dah beberapa hari aku tak tidur siang.

mungkin..

badan aku terkejut bila ada anjakan paradigma yang berlaku.


Saturday, May 19, 2012

Final exam countdown

Lagi 21 hari 10 jam dan 7 minit nak final exam.
Paper berderet .
Doakan aku kawan-kawan.
Cuak ni..

The prodigal daughter

I've just finished reading  The Prodigal Daughter by Jeffrey Archer. An awesome writer. He is the only author ever to have been a number one best seller in friction for 4 times! Impressive isn't it?



The story is about the titanic battle between two men Kane and Abel that really obsessed with destroying each other follows on into the next generation. Florentyna Rosnovski, Abel's daughter inherits all her father's drive, but none of his wealth. Florentyna is a woman gifted with beauty and spirit, but above all with an indomitable will, she sets out in pursuit of an ambition that dwarfs both kane and Abel as she battles for the highest office of all. She wants more to be the first female president.

I did enjoy this book, although it was slow but it  was an inspiring book that gave me hope that all can achieve, even if our beginnings are difficult. It retaught me that we all need to look for the good in life, have great examples, a positive outlook, and always have hope. Florentyna shows over and over again that each of us has a hero inside. I love the author's style. He moves the reader along at a good pace and the number of characters, twists and turns, didn't overwhelm  but more colors in a great story.





Sunday, May 13, 2012

Pasar malam

Hari ni aku pergi pasar malam.
Dengan  mimi.
Ya. nama kami sama
kadang-kadang janggal bila panggil nama sendiri.
Perancangan awal aku nak beli bihun sup dengan bubur kacang
tapi end up dengan beli selipar jepun, cooler dengan headphone.
Ni pasal kedai komputer baru bukak la ni.
Konklusinya
Tak semestinya apa yang kita rancang tu berlaku.
Dan aku
seperti biasa
masih tak pandai merancang perbelanjaan..

Saturday, May 12, 2012

Kegemaran Masa Ini

Sekarang ni aku dah addicted untuk tengok korean drama. Serius semua best-best .Tapi yang paling awesome  bagi aku ialah rooftop Prince. Lagi-lagi hero dia micky yoochun. Memang boleh buat perempuan cair. Aku tak tahu pun sebelum  ni micky  kumpulan TVSQ. Suara dia sangat best dan aku suka tengok dia main piano . Serius memang boleh buat perempuan pengsan. Orang kata perempuan yang minat cerita korea ni perempuan kesunyian. kahkahkah.

micky yoochun kawaiii


Rooftop prince korean drama mengisahkan putera raja pada zaman dinasti Joseon yang kembali ke Seoul 2012 untuk menyiasat mengenai kematian isterinya iaitu  puteri mahkota. Serius cerita ni memang best. Bila putera raja tu terjatuh atas bumbung rumah budak perempuan nama Pak-ha memang kelakar. Lagi lagi bila orang zaman dahulu kembali ke era masa sekarang, serius sangat jakun. Aku gelak sorang-sorang dalam bilik. Bagi aku cerita ni sama hebat dengan secret garden. Serius boleh buat perempuan cair.

.
sumber gambar; google



sumber gambar :google

* kalau korang perasan aku banyak guna perkataan serius dalam entry ni sebab serius cerita ni memang best. kahkahkah

Al-fatihah..

Di Mana kan Ku Cari Ganti

Hendak ku nangis
Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman
Kalaulah nasib
Sudah tersurat
Begini hebat
Apa nak buat

Di mana kan ku cari ganti
Serupa dengan mu
Tak sanggup ku berpisah
Dan perhati patah, hidup gelisah

Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggalkan sendirian
Tiada berteman dalam kesepian

Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada bergema
Keluhan hatiku membawa derita
Kini kau jua tak kunjung jelma

Di mana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama, selama-lamanya


semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang beriman.
Amin..

Aku Rindu Geng Mafia


Presiden

     


Timbalan Presiden 1


Timbalan Presiden 2




 

Friday, May 11, 2012

Dia Abang Aku


Aku sebenarnya nostalgik bila teringat memori-memori lama. Aku ada dua orang abang yang aku sangat akrab dari kecik lagi. Disebabkan masa aku banyak dihabiskan dengan abang-abang aku, aku tak macam perempuan lain yang main masak-masak dan patung. Cakap apa sahaja permainan budak lelaki kebanyakannya aku dah cuba. Sampaikan aku lebih ramai kawan lelaki berbanding perempuan.


sumber gambar : google

 
Di antara kedua-dua abang aku yang selalu kenakan aku ialah abang aku yang no. 2. Aku panggil dia angah. Dia memang selalu kenakan aku.Lepas dia kenakan aku, dia buat-buat sorry depan mak ayah aku. Lepas tu, bila  mak dan ayah aku tak nampak, dia buat thumb ups sign dan sengih macam kerang busuk. Lepas aku kejar dia, dia lari dan selalu kunci diri dia dalam bilik. Sampai satu tahap jari aku beberapa kali tersepit celah pintu. Aku menangis dan jerit " angah bodoh! angah bongok!". Bila mak aku dengar aku sebut perkataan yang tak patut, aku yang teruk kena marah. Lepastu aku tidur. Tiap kali aku bangun, sakit tu dah hilang. Betullah tidur tu memang boleh hilangkan sakit. Sebab tu tiap kali badan aku sakit atau hati aku sakit, aku suka tidur. Sekurang kurangnya bila aku bangun dari tidur, kesakitan itu hilang.


Walaupun abang- abang aku selalu kenakan aku tapi diorang lah yang buatkan dunia aku semasa kecil seronok. Aku bukan dilahirkan dalam sebuah keluarga yang kaya raya.Jadi, tak banyak permainan yang mak dan ayah aku belikan. Memandangkan kedua dua abang aku seorang yang kreatif, diorang reka permainan sendiri. Tak perlu keluarkan duit, tetapi kepuasan itu pasti. 

Kami ada banyak tempat rahsia.  Bila kena marah atau sedih tempat rahsia itu yang dituju. Antara tempat rahsia yang paling aku suka ialah atas bumbung. Dari situ aku boleh tengok laut, selat tebrau yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura dengan jelas. Oh abang aku juga buat rumah atas pokok dan tiap kali aku nak naik aku kena cas. Aku bayar pakai duit jutaria. kehkehkeh

Antara game yang aku suka main masa kecik ialah nyorok-nyorok. Kebiasaannya game ni aku dan abang-abang aku main dalam rumah  masa malam. Ye lah time malam kan tak boleh main kat luar. Memandangkan aku dan abang-abang aku kanak-kanak hyperactive yang tak reti duduk diam, dalam rumah pun boleh main.  Untuk elak dari mak dengan ayah aku tahu, kami buat id dengan password. Sebagai contoh,abang aku sebut ' nyor mude'..maknanya nak main nyorok nyorok tak? lepas tu kalau aku respon 'o yea' maknanya aku setuju.

Masa hari raya aku dengan abang aku orang paling excited. Masa kecik memang tak ada perasaan  malu. Eh budak mana tau malu ye tak?. Hari raya aku dengan abang aku akan pergi beraya hampir kesemua rumah dalam kampung tak pun di kawasan perumahan yang kami tinggal. Kebanyakannya rumah yang kami pergi ialah rumah orang yang kami tak kenal. Nampak je rumah orang Melayu, terus bagi salam. 

Kami               Asslamualaikum, kami datang nak raya
Tuan rumah   :   waalaikumussalam, haa..meh masuk meh.
Kami              :   Takpe cik. tak yah masuk pun takpe. kami nak duit raya je.


Serius bila aku teringat balik nampak sangat yang aku ni mata duitan kehkehkeh. Tapi budak-budak masa kecik memang tak pandai nak menipu kan? Budak-budak masa kecik memang sangat jujur.

Kadang-kadang aku tak suka abang aku sebab dia selalu kacau aku tapi pada masa yang sama aku bersyukur sebab ada abang. Diorang sangat protective sebab tu masa aku satu sekolah dengan diorang, tak ada yang berani kacau atau buli aku.  

Ya, dia abang aku..
Yang ajar aku cara nak naik motor. 
Yang ajar aku cara nak defend  bila ada orang kacau. 
Yang akan cerita banyak benda baru yang aku tak tahu. 
Yang banyak ajar aku tentang kehidupan.




Tanpa mereka dunia kecil aku pasti hambar.

Wednesday, May 2, 2012

Pulau kucing a.k.a meow island

Setiap orang ada tempat impian yang nak dipergi bukan?
Bagaimana dengan pulau?
Aku juga sukakan pulau.
Tapi antara pulau yang memang aku nak sangat pergi ialah pulau kucing.
pulau kucing yang aku bagi nama meow island..kehkekeh

Kenapa pulau kucing?
kenapa tak carribean? pulau redang? perhentian?

sebab pulau kucing ada kucing yang gemuk dan sihat..
Pulau tu dinamakan sebagai Pulau Tashirojima di Jepun
Ia terletak berdekatan dengan Bandar Ishinomaki, Jepun.
lebih dikenali sebagai pulau kucing kerana populasi kucing adalah lebih besar berbanding jumlah manusia yang tinggal dipulau tersebut.
kucing kat sini gemuk-gemuk  sebab nelayan sering memberi ikan

semua kucing ni sangat mudah dilihat di pulau seluas 314 kilometer persegi yang terletak 20 kilometer dari pelabuhan Ishinomaki di utara Jepun.
Menarik bukan?


rumah kucing

sihat dan mantap

come to mama..kahkah

comel comel

sweet

lagi rumah meow
serius gemuk!



bila tengok kucing gemuk,
hati pun senang.
^_^

Tuesday, May 1, 2012

Mendung kelabu.

Hari ni agak menggembirakan

 kelas aku habis awal,

Seronok?
sudah tentu.

sampai bilik aku terus turn on lappy
dah jadi rutin aku setiap hari.
  
 email- done
elearning-done
blog-done

aku alihkan pandangan ke tingkap.
suasana diluar sungguh menyamankan
mendung selepas hujan.

kicauan burung bersatu
menghasilkan satu ritma yang indah.
menggoda  aku untuk melelapkan mata


TIDAK!

esok ada test!

aku cuba melawan..
Tetapi apakan daya..
godaan si katil begitu kuat.
bukankah tidur juga aktiviti  yang menjana minda kreatif?
otak juga perlu rehat bukan?
ya.aku harus tidur.

selamat berhibernasi kawan kawan.

kehkehkeh..
kbai.^_^

Berkata itu mudah bukan?


Hari ni macam biasa, lepas balik dari lab aku terus turn on lappy. 

buka facebook .

Lepas tu aku tengok ada gambar yang menarik perhatian aku.



















Bila aku tengok gambar ni.
Hati aku sakit, sedih.

Anak luar nikah,
Ni bukan benda baru.

Kalau ikut laporan rasmi yang dikeluarkanJabatan Pendaftaran Negara (JPN) terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!

Aku tak cakap yang benda ni harus dipandang ringan.
Tidak.

Cuma aku nak bercakap tentang sikap sesetengah orang. Bila terjumpa dalam akhbar atau facebook gambar macam ni, terus menghukum,mencarut, menyumpah bagai.

 Setahu aku, Islam tak pernah menyuruh atau menggalakan umatnya menghukum. Orang ramai mudah berkata itu dan ini. Menghukum itu ramai tetapi yang memberi jalan penyelesaian itu hampir tiada. Bagi aku ia antara sebab  masalah seperti  ini tak pernah selesai sejak dari dahulu. Sebab bercakap dan menghukum itu sememangnya mudah.

Lompat ke konklusi?

mudah bukan?

Kau hanya perlu  terus menghukum






Aku tahu, bila tengok gambar bayi dibuang,
hati kita sakit
marah
Sebab tergamak seorang manusia,
yang Allah bagi akal untuk berfikir,
sanggup buat macam tu

Tetapi,
kita perlu ingat,
siapa kita untuk menghukum?

Bila aku tengok komen-komen yang diberi,
aku sendiri kecewa
Berapa ramai yang menghina, mengkeji dan menyumpah

Dan..

berapa ramai yang berdoa,
semoga orang yang melakukan kesalahan tersebut,
berubah dan bertaubat atas semua kesalahan yang dia lakukan?
Aku tengok tak ada pun..
Kalau ada boleh dibilang dengan jari. 

Bagi aku bukan kerja kita untuk menghukum
sepatutnya bagi aku,
jika ada orang yang kita kenal
tak kisah saudara-mara atau pun kawan-kawan yang terlanjur,
Jangan dikeji atau dihina.
Pendekatan yang terbaik harus diguna supaya ibu dan bayi tersebut dapat diselamatkan.
sebab sesesungguhnya mereka ini menjadi mangsa nafsu yang tak terkawal dan cetek ilmu agama
Mereka seharusnya dibimbing ke jalan yang betul agar si kecil itu tidak mati sia-sia.

Bayangkan, mereka dah buat satu dosa,
tetapi jika masyrakat itu sendiri,
menghukum,menghina dan mencaci,
tak mustahil satu lagi dosa akan dilakukan,
dengan  membunuh bayi yang langsung tak berdosa.

Fikirkan..

maaf..bukan niat aku nak menyinggung sesiapa.
aku sendiri insan yang lemah dan jahil
apa yang aku tulis adalah pandangan peribadi aku 
dan juga peringatan untuk diri aku sendiri..